Dear Knight
- i'm here because of you, my dear knight -
- i'm sorry but, don't wanna talk, i need a moment before i go. it's nothing personal. -
__________________SUAMINYA disebelah yang sedang berbaring menghadapnya bersama mata yang tertutup dipandang. Dah tidur ke?
" Biey. " panggil Masha sedikit meleret. Jarinya bermain di pipi Aryan.
" Hmm. " sahut Aryan acuh tak acuh. Jari tangan Masha yang berlegar diwajahnya dibiarkan.
" I nak something boleh? " ujar Masha perlahan. Jari masih kekal berlegar diwajah sang suami.
" Apa? "
" I nak aiskrim McD. Craving sangat ni. " bibirnya dimuncungkan.
Aryan tergelak kecil. Tangan Masha yang bermain dengan wajahnya diraih lalu diletakkan didada bidangnya. " Nanti I buat McD sebelah rumah kita ea? Hari-hari sayang boleh makan aiskrim. "
Masha mendengus. " Ishh dia ni, memain pulak. Boleh tak ni? "
" Esok pagi kita bersiap. "
" Pergi mana? "
" McD. "
" Seriously? "
" Yess my dear. "
Keadaan kembali sunyi. Dekuran halus kedengaran daripada Aryan. Wajah suaminya yang sudah terlena itu ditatap penuh rasa sayang.
Ya Allah. Semoga kebahagiaan ini berkekalan. Aku tak boleh hidup tanpa dia. Dia satu-satunya insan yang paling aku sayang didunia ini, Ya Allah.
Terima kasih, biey .. sebab jadi ibu dan ayah saya. Cuma satu je saya minta, tolong jangan tinggalkan saya.
Dan dia, terlena.
> 🥀 <
MASHA mengeliat kecil. Mata yang masih tertutup rapat digosok perlahan. Tangan kanannya meraba sebelahnya. Eh, kosong?
" Biey. " panggil Masha bersama suara seraknya. Well, suara orang baru bangun tidur kan?
Sunyi. Tiada yang menyahut panggilannya.
Pantas dia bangun dari perbaringan. Posisi duduk dibetulkan. Spec dimeja sisi diambil lalu dipakai. Kelibat Aryan langsung tidak kelihatan.
" Mana pula dia ni? " tanya Masha bersendirian. Hairan, tak pernah pagi-pagi lagi dia dah dibiarkan alone. Jam diatas meja sisi dikerlip sepintas lalu. " 9.30 a.m. " omel Masha. Selimut tebal yang membaluti tubuhnya diselak ketepi. Kakinya bergerak menuruni katil. Segala jenis sendi tulang diregangkan.
" Maybe dia dah bersiap then tunggu dekat bawah kot. " kata Masha sendirian. Tangannya ligat melipat selimut tebal bercorak geometri itu. " Tapi .. " kelakuannya terhenti. " Kenapa taknak kejut aku? " Bukan dia tak tahu, lepas je Aryan balik dari masjid terus dia ingatkan pasal janji McD dia tu. Masjid? Yupp, Aryan sembayang dekat masjid, Masha dekat rumah. Lelaki ann? Ofcos lah sembayang dekat masjid. Takdenya hadis sahih yang mengatakan pasangan yang berkahwin hendaklah solat bersama-sama. " Dia nak bagi aku rehat secukupnya kot. " kata Masha sekadar menyedapkan hatinya. Bahu dihinjut sedikit, kelakuannya diteruskan.
Usai mengemas bilik, langkah diatur menuju ke arah almari. Pintu coklat pekat berjalur putih itu di'slide' ketepi. Dua helai baju yang sudah ber'hanger' dibawa keluar lalu disusun di birai katil. Baju blouse hitam labuh paras atas lutut diteliti. Jahitan bunga-bunga merah pada kedua belah lengan dipandang sejenak. Kemudian pandangan dilarikan pula pada blouse disebelahnya. Blouse pink pastel paras atas lutut yang hanya ada juraian labuh pada kedua belah bahunya tanpa sebarang hiasan. Dagunya diusap. Berfikir mungkin.
Selepas berfikir panjang. Cehh, nak pilih baju pun nak fikir panjang ke? Ofcuz lah, aku kena make sure yang baju aku tutup aurat dan bukan macam sarung nangka. #deepside
Blouse hitam dicapai lalu disangkutkan semula didalam almari lalu dikeluarkan palazzo pant berwarna pink pastel. " Nice. One set. " ujar Masha riang. Pakaian yang telah dipilihnya diambil lalu disangkutkan pada penyangkut ditepi almari. Tuala mandi yang bersidai di bahu kerusi dicapai lalu disidai pada bahu kirinya. Langkah diatur riang menuju ke bilik mandi.
> 🥀 <
SELEPAS mengenakan baju one set pilihannya, bawal sifon yang sudah membentuk segi tiga diletakkan diatas kepalanya yang sudah dilitupi anak tudung. Usai memastikan hujung kedua belah tudung sama, bahagian bawah dagu dipin. Tiga jarum peniti kosong diambil lalu diselitkan pada garisan ditudungnya. Ok, nice! hastagtudungsekolah. Hahh ni, hakak nak bagi tips kat hijabster-hijabster diluar sana. Tak kesahlah tudung kau pakai tu labuh ke tak, janji tudung kau pakai tu tutup dada. Yang kau pakai tudung atas dada tu pahal, nak tayang apa? #smirk
Wajah yang hanya dilitupi dengan bedak kompak dan bibir yang dicolet dengan gincu aloe vera ditilik. Sling bag dicapai lalu disangkut dibahu kirinya. Segala jenis suis ditutup, langkah diatur keluar bilik lalu anak tangga dituruni perlahan.
" Biey. " sunyi.
Kelibat Aryan langsung tidak kelihatan. Tekak yang kering pantas dibawa menuju ke dapur. Sedang Masha berura-ura mahu membuka pintu peti ais, anak matanya menangkap sticky note yang melekat di muka pintu peti ais. Tangan ke udara, sticky note dicapai lalu dibaca.
" sayang sorry. biey ada urusan kerja. nanti biey balik biey belikan sayang aiskrim McD ok? promise :) "
Air mata yang laju mengalir dihiraukan. Tubuh longlai Masha jatuh menyembah lantai.
" Kiranya, kerja lagi penting daripada isteri? "
" Promise? How can i trust your promise? "
Tanpa berfikir panjang, langkah diatur laju. Kunci kereta yang tersangkut di tepi pintu dicapai. Rumah dikunci. Butang merah ditekan lalu tubuh disumbat masuk kedalam perut kereta.
Enjin dipanaskan.
Keretanya mulai membelah jalan.
> 🥀 <
DERINGAN pada phone menganggu konsentrasinya dalam menjayakan meeting kali ini. Aryan mendengus geram. Siapalah yang kacau dia time-time macam ni.
Nama si pemanggil dibaca.
' Masha Sayang? ' monolognya sendirian. Selepas meminta kebenaran dari semua pihak yang terlibat dengan meeting kali ini, panggilan dijawap lalu ditekapkan di telinganya.
" .... "
" Yee, saya. "
" ... "
" Allahu. "Pegangan pada phone nya terlepas. Aryan jatuh terduduk. Pandangan sekeliling dihiraukan. Wajahnya diraup kasar.
Apa sayang dah buat ni?
YOU ARE READING
[C] Dear Knight
Подростковая литератураTheBest Floriarity Teen Fiction 2020 [ COMPLETED ] ✔ " i'm here because of you, my dear knight " Masha Darwisy, gadis kelahiran Istanbul yang telah berumah tangga. Kasih sayang yang diterima daripada orang tersayang membuatkan dia sedar dunia ini ti...