Dear Knight
- i'm here because of you, my dear knight -
- well you only need the light when it's burning low, only miss the sun it starts to snow, only know your lover when you let her go. -
__________________PANDANGAN Masha terhala kepada Rayyan disebelah. " Bos, saya pergi basahkan tekak dulu boleh? " pertanyaan daripada Masha membuatkan Rayyan berpaling kearahnya.
" Hahh, ok. Nanti aku follow kau. " balas Rayyan mengizinkan. Tubuh dibawa membolosi perut kereta diikuti Masha. Tanpa menghiraukan Rayyan, Masha mula mengorak langkah mencari gerai berdekatan. Mata meliar ke sana dan sini.
Tengak syok-syok berjalan, tiba-tiba.
Langkahnya terhenti. Pandangan dibawa ke arah tudung yang menutupi bahagian dadanya. Mulutnya ternganga. Manusia dihadapannya dipandang dengan wajah tak percaya. Mahu sahaja dia menghamburkan ayat berbaur amarah namun segera nafas diambil lalu dihambus keluar.
Tubuh dicangkukkan bagi wajah mereka berada dalam keadaan separas. Senyuman tak berapa ikhlas dipamerkan. " Adik, lain kali jalan tengok depan yee. " nasihat Masha dengan suara yang lembut. Rambut hitam yang sedikit keperangan itu diusap lembut.
" Eleh, dia yang tak tengok depan. Cakap orang lain pulak yang salah. " dengus budak lelaki itu berhadiahkan muka kerek plus acah macho tu. Ya Allah, budak alien mana sesat dekat bumi ni? Budi bahasa langsung ke dasar laut.
Masha tercenggang. What? Aku salah dengar ke duhh? " Yae? " Masha terkebil-kebil.
Budak lelaki itu mendengus bosan. " Kau pekak ke buat-buat pekak? Aku dah cakap kan. " senyuman smirk merekah di bibir comelnya.
Masha pandang budak lelaki itu atas bawah. Amarah yang ditahan sampai kemuncak. Tunggu nak meletus sahaja namun memikirkan lawannya adalah budak tak cukup umur, lantas nafas diambil lalu dihembus keluar. Biasalah, nak redakan sikit amarah yang datang. Sikit jelah. Kan tak, ada budak ni trauma dengan manusia bernama Masha. Hehh, bukan bashe-bashe. HOHOHO.
" Hye, budak. " jelingan tajam diberikan. " .. dah tahu kau tu pendek bermulut puaka, jalanlah ikut jalan budak-budak. Ni menyemak jalan macam orang dewasa. Hehh, ukur baju dekat badan sendiri lah deyy. Dasar pakcik versi budak tak cukup umur. " bebelan Masha hanya dibalas dengan muka tak beriak.
" Whatever. " kata budak itu perfect. Amboii! Budak kecik pandai speaking bhaii! Takda pelat langsung, perfect sungguh. Ishh, tak boleh kalah ni.
" Listen here, boy. The question is, why can't you behave like a kid? This dangerous area you know? Maybe serial killers are here, who knows? " ujar Masha dengan penuh riak om'puteh nya. Dia pasti, budak sekecil ni takkan faham apa dia cakap. Sengihan mengejek dipamerkan tanpa berselindung.
" Listen here, sis. This area is under complicated system security. So, how can serial killers be here? " jawapnya dengan penuh confident.
Masha terkebil-kebil. Depan dia ni memang seorang budak normal kan? Bukan macam movie kartun Boss Baby tu kan?
Terasa seperti diambang kekalahan, Masha mencebik. " Kau! " pipi lembut kiri kanan budak itu dicengkam perlahan. " Nasib cute, kalau tak. Aku Hi-five tapak tangan aku dekat pipi tembam kau ni. " kata Masha saja mahu menaikkan amarah budak kecil tu. Tau benor, biasa budak acah macho je yang berlagak macam badboy ni. Hehh.
" Comel? " mata sepet dibesarkan. Habis merah padam muka budak tu dibuatnya. Entah sebab sakit kena cengkam pipi atau marah sebab kata dia comel. Halahaii, memang comel pun. " Aku macho lah, bukan comel! " bentak budak lelaki itu seperti menegakkan kebenaran. Ecehh.
" Whatever. " ulang Masha seperti memerli budak tersebut. Makin bengang lah dia dengan ayat Masha tu. Malas nak dengar budak otak student PHD, pantas Msha menyambung semula ayatnya. " Ni tudung aku basah sebab fresh orange kau tu. " jari telunjuk ditunjuk kearah cawan kertas bersaiz medium yang sudah terbaring di jalan tar. " siapa nak ganti? " tanya Masha sambil menghinjutkan sedikit kening sebelahnya.
" Of course, not me. " ujar budak lelaki itu bernada acah matang. Tangan kiri dan kanan diangkat separas bahu seperti kelakuan orang tak bersalah. Masha tercengang. Belum sempat mood lawyer Masha di'on'kan, budak itu sudah mengambil seribu langkah menjauhi Masha.
Bibirnya memuncung geram. " Aku tahu doakan keburukan orang tu tak baik, tapi .. aku harap budak tu jatuh tergolek-golek masuk longkang pastu lepas sejam masa berlalu, baru ada orang jumpa. Kalau boleh biar longkang tu berair and burung semua sepakat berak atas kepala dia. Biar rambut dia rosak. HOHOHO. " luah Masha gembira. Kalau betullah terjadi, dialah manusia paling bahagia hati ini. Muahahaha.
Back to reality, tudung nya kembali dipandang. Keluhan berat dilepaskan. Apalah nasib aku. First, kena paksa ikut meeting. Now, Boss Baby pulak muncul? -_-
» 💗 «
PILI air ditutup. Tangan dibawa mencapai tisu di dinding sinki lalu dikoyakkan. Tangan yang basah dilap lalu dibuang kedalam tong sampah. Langkah terhala keluar daripada ladies. Ingat nak pergi beli air tin mesin tapi tulah, terserempak pula dengan si bos.
Sengihan kelat diberikan.
" Beg apa tu? " mata helang Rayyan terpaku pada beg kertas yang berada dalam genggaman Masha.
" Owh ni. " beg kertas tersebut dipandang sekilas lalu kembali memandang Rayyan. " tudung. "
Malas nak tahu lebih lanjut, Rayyan hanya meng'o'kan sahaja. " Nah. " air cincau tin berserta straw kuning dihukurkan.
Huluran disambut. " Oww, so sawit. " kata Masha acah melting. Klip tin dibuka lalu straw disumbat masuk kedalam. Sedutan pertama diambil. Ahh, lega.
Rolling eyes diberikan. " Dah lambat ni, meeting. " langkah laju Rayyan, Masha ikuti. Apa ni, tengah syok rasa nikmat air cincau boleh pula jalan laju ni. Heyy!
Jalan laju punya pasal, akhirnya mereka berdua berjaya terpacak dihadapan pintu bilik meeting. Tapi tak terpacak mana pun, terbongkok-bongkok layan cungap ada lah.
Tidak sampai seminit, nafas kembali berfungsi dengan normal. Kemasan pakaian diperkemasan. Rayyan sibuk dengan tie. Masha sibuk dengan tudung. Hailahai.
" Ok, ready? "
" Ready! " laung Mashha sedikit bersemangat. Almaklumlah, for the first time in forever .. dia ada meeting. HSJSBHSHS
" Wait. " kening Masha berkerut. Wajah Rayyan dipandang hairan. " Mana notebook kau? " pertanyaan daripada Rayyan berjaya membuatkan Masha mati akal.
Ah, sudah!
Ingatan kembali diputarkan. Saat-saat dimana notebook nya berada dicuba sedaya upaya untuk diingati.
Saat segalanya berada dalam ingatan, hanya satu yang terpancul keluar daripada bibir pink Masha.
" Boss Baby! "
" Agak lah nak tengok movie kartun tu sekarang, ada meeting ni. Kau dah besar kan? Ada akal nak fikir mana matang mana tak? " bebel Rayyan tah pape. Serius, sekarang ni memang dia blank. Dunno what to do without you. Eh?
YOU ARE READING
[C] Dear Knight
Teen FictionTheBest Floriarity Teen Fiction 2020 [ COMPLETED ] ✔ " i'm here because of you, my dear knight " Masha Darwisy, gadis kelahiran Istanbul yang telah berumah tangga. Kasih sayang yang diterima daripada orang tersayang membuatkan dia sedar dunia ini ti...