- ' 3

427 38 0
                                    

Dear Knight

- i'm here because of you, my dear knight -

- i draw the blinds. they don't need to see me cry. 'cause even if they understand, they don't understand. -
__________________

DADA semakin sesak. Mutiara jernih yang mulai bertakung di kantung mata sedaya upaya ditahan daripada mengalir turun. Perut kempisnya diusap lembut.

Wajah yang beriak biasa kini bertukar. Lebih, mencuka. Tangan yang mengusap perut kempisnya tadi digenggam sekuat hati.

" Aku nak anak aku. " katanya perlahan. Cukup hanya dia yang mendengar rintihan dirinya. Genggaman tangannya dibawa memukul perut kempisnya. Semakin kuat dan .. semakin kuat. Bertubi-tubi perut kempisnya menerima tumbukannya sendiri. Sakit perut yang kini semakin bertambah dihiraukan.

" Puan! " jeritan daripada nurse yang kebetulan lalu disitu berjaya memalingkan semua mata-mata untuk memandang kearah Masha. Setiap satu wajah yang memandangnya penuh dengan simpati.

Arhhh. Hatinya semakin sebak. Air mata yang sudah tidak dapat ditahan lagi akhirnya mengalir perlahan membasahi pipi putihnya. Tumbukan bertubi-tubi yang dilancarkan akhirnya berhenti apabila tangan sasa seseorang mencengkam erat pergelangan tangan Masha yang berlapik dengan baju blousenya. Wajahnya didongakkan ingin melihat gerangan itu
Kehampaan menguasai diri. Bukan dia.

Sedar-sedar sahaja, tubuhnya sudah menjadi lemah. Melihat akan jarum yang dipegang nurse itu membuatkan Masha tersenyum hambar. Ubat penenang yang sudah sebati dengan cecair air botol itu mengalir turun masuk kedalam tubuhnya.

2.34 petang. Waktu dimana dia percaya bahawa dialah wanita paling malang dimuka bumi ini.
Episod yang takkan dia lupakan sepanjang hayatnya kini kembali berlayar dalam benak fikirannya. Kembali menyakitkan hati yang sudah terluka. Kembali mengalirkan air mata yang semakin kering.

Tanganku diraih oleh sang suami
Belakang tanganku menerima ciuman hangat daripada si dia. Lama. Terlalu lama.

" Masha sayang, wakeup please. "
rintihnya perlahan. Tembok keegoan seorang lelaki yang telah lama terbina akhirnya runtuh apabila melihat sang isteri terbaring lemah disisinya. Setitis mutiara jernih jatuh mengenai tanganku.

Wait, dia nangis? Ingin sahaja aku membuka mata namun tenagaku tidak mencukupi. Entah apa yang berlaku, perutku terasa berdenyut-denyut

" Encik Aryan William? " pantas Aryan berpaling apabila namanya disebut.

" Yee, saya. " tanganku kembali diletakkan disisiku. Punggung diangkat. Tiga langkah diatur kehadapan. Doktor lelaki yang kini sudah berada dihadapannya dipandang meminta penjelasan.

" Macam mana dengan isteri saya? "

Disebabkan kedudukan mereka yang dekat dengan katil tempat aku baring, perbualan itu dapat aku dengari dengan jelas. Telinga aku pasang.

" Isteri encik tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman
" sebaik itu, Aryan terus melepaskan nafas kelegaan.

" Alhamdulillah. " ujar Aryan perlahan.

" Tapi .. " riak wajah Aryan terus berubah. Hatiku tidak senang mendengarnya. " .. kandungan berusia 3 minggu itu tidak dapat saya selamatkan, disebabkan hentakan kuat stering kereta yang
mengenai perut Puan Masha dan dibawa ke hospital dalam tempoh masa yang lama, peratus untuk kandungan itu diselamatkan adalah sangat rendah. " Aryan terkedu. Lidahnya membeku. Statik dia berdiri disitu. Bagaikan patung cendana. " Harap Encik Aryan dapat bersabar. " nasihat doktor itu sebelum berlalu pergi.

Usai itu, pintu bilik itu tertutup kuat. Berdentum bunyinya memenuhi ruangan bilik itu. Seperti ada yang keluar.

Aryan?

> 🥀 <

DULANG makanan yang sudah terisi itu dipandang kosong. Fikirannya bercelaru.

" Puan nak saya suapkan? " wajah Masha dipandang penuh simpati.

" Takpalah. Saya makan sendiri. " pelawaan nurse itu Masha tolak lembut. Senyuman hambar diukir.

" Ok. Kalau takda apa-apa, saya minta diri dulu. " kata nurse itu sopan.

" Nurse. " dia yang berura-ura mahu mengatur langkah terhenti.

" Yee saya? "

" Ada nampak suami saya tak? " tanya Masha penuh harapan.

" Encik Aryan William? " tanya nurse wanita itu meminta kepastian.

" Yee. "

" Ada, tapi dah keluar hospital. Around 3 pm. "

" Ok. Thanks. "

" Welcome. " ujar nurse itu lalu bergerak keluar. Pemergiannya dihantar dengan lirikan mata.

Masha mengeluh lemah.

Betul sangkaannya, Aryan .. kecewa dengannya.

Jam dinding dipandang sekilas.

" 9 malam. " gumamnya perlahan. Dulang makanan yang terisi dengan hidangan makan malam dipandang kosong. Selimut tebal yang membaluti tubuhnya ditarik menutupi dadanya. Tudung sarung hitamnya dibetulkan. Hujung lengan baju hospital ditarik menutupi buku limanya. Matanya dilelapkan.

Berharap hari esok akan menjadi lebih baik daripada hari ini.

[C] Dear Knight Where stories live. Discover now