- ' 22

288 14 0
                                    

Dear Knight

- i'm here because of you, my dear knight -

- oh, it hurts the most 'cause i don't know the cause, maybe i shouldn't have cried when you left and told me not to wait. -
__________________

DENGAN langkah yang tergesa-gesa, kunci kereta disumbat masuk kedalam poket seluar jeannya. Lengan kirinya masih erat memeluk pasu berwarna putih bercorak bunga lavendar purple bersaiz medium itu.

Tanpa sedar, dirinya dilanggar.

" PRANGG ! "

Habis berkecai pasu yang barusan dipeluknya erat. Kaca-kaca yang berterabur di lantai dipandang sekilas lalu dibawa memandang si pelanggar yang tak diundang itu. Amarahnya memuncak. Dahlah pasu import dari negara barat! Arhh! Baru sampai Malaysia pulak tu!

Mata helang yang memerah bertentang dengan mata budar si dia. Rahangnya bergerak-gerak. Tangan yang sudah dikepal ditahan daripada menguasai dirinya. Wanita bertudung litup itu ditenung tajam.

" I'm dead ! " gumam Masha perlahan.

Nafas diambil lalu dihembus keluar. Serba sedikit, mengurangkan amarah yang berkumpul didada.

Jari ditunjuk dibawa menghala wajah pucat lesi Masha. " Kau ! " mata helangnya masih tidak berkelip memandang wanita itu. Nafasnya turun naik.

Masha tersentak. " Ma-maafkan saya. " Lantas tubuh yang kaku tadi bergerak membongkok. Tisu dalam sling bag dibawa keluar lalu diletakkan di tapak tangannya. Cebisan kaca pasu itu berura-ura mahu dikutip.

Pergerakan Masha dipandang bosan. " Stop ! " laungnya membuatkan pergerakan wanita itu terhenti. Kepala didonggakkan memandang lelaki itu bersama kerutan didahi.

Perasan akan wajah bengis itu, pantas Masha bangun. Pakaiannya dikemaskan.

" By hook by crook, I want you to pay it. " arahnya dengan nada kosong. Masha terpinga-pinga. Bayar?

" Yae? " omel Masha blank.

" 67 thousand dollars, in one week or .. " Masha dipandang atas bawah. Senyuman senget terukir membuatkan Masha menelan air liur kelat. " you will pay in my own way. " masih dengan nada yang kosong namun dengan nada tulah buat Masha semakin gelisah. Amboi! Dasar pervert! Pandang dia atas bawah pulak tu pastu pay in my own way. Pale abahmu!

Sedang sibuk Masha membebel dalam hati, kelibat lelaki itu sudah berjalan menjauhi Masha. Masha yang melihat terkebil-kebil. Manusia hati alien mana yang dia jumpa ni?

Kelibat lelaki itu dihantar dengan pandangan tak percaya. Sibuk usya laki tak guna, lengan Masha ditarik oleh seseorang. Pantas Masha berpaling.

" Nah. " seorang budak lelaki menghulurkan memo kepada Masha. Huluran disambut. Mata Masha mengecil. Macam pernah dilihat muka budak ni tapi ..

Haipp! Hilang?

Sekeliling dipandang mencari budak postman namun hampa. Dunia menghilang mana yang dia masuk ni?

Memo ditangan dibawa ke ruangan mata budarnya. Sebaris ayat yang tertulis disitu dibaca.

" after a week, go to this location with your money. "

Wa-whutt?!

» 💗 «

Tubuh dihempas jatuh keatas katil. Sampai sahaja ke apartment dengan menaiki teksi, terus langkah terhala menaiki biliknya. Benda first melekat dalam kepala otak dia ni, katil je. Sungguh, rasa nak terlerai anggota badannya.

Ingatkan hari ni hari beruntungnya sebab dapat off kerja awal, rupanya tidak. Hari malang paling berjaya dalam hidup dia disebabkan seketul pasu mewah. Hmm. Kenapa benda seketul tu boleh beli sebuah banglo?

Tubuhnya diregang-regangkan. Sling bag yang kosong dicampak daripada tubuhnya. Tudung yang masih melilit dikepalanya dicabut dalam keadaan yang masih berbaring lalu tudung shawl itu dicampak ke lantai.

" Huwarh! Mana aku nak dapat duit sebanyak tu? Arhh ! " rambut hitam keperangan miliknya diserabaikan. Memikirkannya membuatkan otak Masha mahu sahaja berangkat mencari tuan baru. Ok-ok, hiperbola benor tu.

Kedua belah kakinya ditendang-tendang kearah langit bilik. Tubuh digulingkan ke kiri dan kanan dan seterusnya. Gulingan terhenti apabila tubuh seberat anak gajah itu terjatuh mengegarkan apartment Qas itu. Nasib batu, kalau kayu. Aiyoo, cari rumah baru untuk bermalam lah jawabnya.

" Aduii. " adu Masha. Mangsa hentakan pada tubuhnya diurut perlahan. Pelipis dahi yang turut merasai diurut perlahan.

" Ting. "

Bagaikan mentol rosak kembali bernyala di atas kepala Masha, pantas tubuh dibawa menghampiri meja kerjanya. Punggung dilabuhkan lalu bebola laci dipegang. Nafas diambil lalu dihembus. Dengan kudrat semangat yang ada, laci ditarik.

Buku bank diambil lalu dibuka. Helaian demi helaian diselak.

" Ssapp, ssapp, ssapp "

" ZZAPP ! " bunyi hati yang sudah dininja dengan bilah pisau Fruit Ninja sudah bergema dalam telinganya. Hati yang tadinya kental perlahan-lahan luluh. Angka yang tertulis didalam helaian buku bank itu membuatkan roh Masha berterbangan lalu menggelakkannya dari jauh. Lahaii, sadis sungguh hidup.

" RM 10k je? " omel Masha sedih. Wajah paling sadis seumur hidupnya dipamerkan. Buku bank dicampak tah kemana.

Pandangan dibawa ke sekeliling biliknya. Mana tahu ada barang berharga boleh gadai ke?

Haihh, sendu lahai nasib.

Hmm, barang kemas takda.

Dan begitulah Masha meroyan sendirian di petang hari. Huwarhhh !

» 💗 «

LAMUNAN Masha tersentak apabila telinganya menangkap bunyi kuat mug bertembung dengan meja kaca. Qas dihadapan dipandang hairan.

" Kau pahal? Baran semacam je aku tengok. " komen Masha lalu mugnya kembali dihirup perlahan. Usai itu, mug dijatuhkan perlahan dihadapanya.

" Klien aku tulah. Beria kata sibuk nak jumpa last minute. Bila dah prepare semua benda boleh pula kata cancel. HSJSSHSH. Nasib klien, kalau tak .. dah lama aku lunyai-lunyai muka kerek dia tu. " bebel Qas. Penumbuk kanannya dibawa melunyai tapak tangan kirinya. Bibirnya memuncung.

Masha menggeleng. Baru nak share problem, tapi takpayah lah. Buat semak kepala Qas je kan nanti.

Sedang sibuk Qas dan Masha melayan perasaan ..

Tiba-tiba dunia mereka berubah gelap. Bukan sebab pengsan ke hape tapi ..

Bekalan elektrik takda?

Uwatt?!

Wait.

Time macam ni tetiba teringat kes pecah masuk rumah. Hurmm, serial killer pun boleh jugak.

" Papp! " pipi ditampar menghilangkan bayangan negatif dalam fikirannya.

Sekarang ni, apa benda kena buat?

" Qas! " panggil Masha namun tiada sahutan. Hati Masha menjadi tak tenteram.

[C] Dear Knight Where stories live. Discover now