Dear Knight
- i'm here because of you, my dear knight -
- waktu pertama kali, kulihat dirimu hadir. rasa hati ini, inginkan dirimu. hati tenang mendengar, suara indah menyapa. geloranya hati ini, tak kusangka. rasa ini, tak tertahan. hati ini, selalu untukmu. -
__________________KELIBAT seorang lelaki yang dicari-cari akhirnya muncul juga. Tanpa berfikir panjang, nama lelaki tersebut diseru.
" Encik L ! "
" Shut up or you're fired. " kata Encik L itu dengan nada biasa yang penuh ketegasan. Pandangannya hanya tertumpu pada langkahnya tanpa menoleh kebelakang. Takut akan ugutan itu, si pemanggil terus mendiamkan diri.
Langkahnya diatur perlahan diatas jalan tar itu. Suasana yang sunyi, laluan gelap yang hanya dibantu oleh pancaran cahaya dari balik cahaya lampu dan bangunan yang jauh nun sana. Malas berlengah lagi, kereta hitamnya dituju. Yee, memang dia saja parking kereta dekat sini. Pencuri? Hehh, siapa je berani curi kereta dia. Memang minta sempang 44 malaikat lah.
" bipp. " daun pintu dikuak dari luar. Baru sahaja dia ingin meloloskan diri kedalam perut kereta, tiba-tiba angin yang tak berapa kuat menyapa dirinya. Segera dia berpaling ke belakang.
" Pencuri. hehh. " katanya apabila melihat seorang lelaki berbaju gelap melarikan diri. Encik L tersenyum sinis namun akhirnya memudar apabila mata helangnya menangkap figura seorang wanita bertubuh kecil mengejar si pencuri tersebut.
Encik L yang melihat terus menutup kembali daun pintu dan menumpuhkan perhatian kepada wanita misteri itu sebagai tanda berminat. Langkah lariannya yang laju akhirnya terhenti. Getaran pada kaki wanita tersebut dapat dilihat olehnya.
" Mungkin dia baru sedar dia dekat mana. " gumam Encik L perlahan. Dan dengan itu, derapan kaki seperti orang berjalan semakin kuat kedengaran menandakan mereka semakin hampir di tempat wanita itu berdiri. Encik L tidak menunggu lama untuk bertindak, segera pergelangan tangan wanita itu ditarik menyorok dibalik dinding bangunan lama lalu menekup mulut wanita itu takut-takut dia menjerit.
Rontaan yang tak seberapa daripada wanita itu langsung tidak menjejaskan pelukan Encik L terhadapnya. " Shushh, diam. Aku bukan orang jahat. Kau tengok tu, aku nak selamat kau je. " bisik Encik L perlahan betul-betul bersebelahan telinga wanita itu yang sudah dilitupi kain tudung.
Perasan akan itu, segera wanita itu berhenti meronta. Akhirnya, pelukan dilepaskan.
" Asal kau follow dia? " tanya Encik L apabila perasan wanita itu hanya mendiamkan diri sahaja.
" Dia, curi. " kata wanita itu sedikit trauma apabila tubuhnya barusan sahaja dipeluk oleh orang yang tidak dikenalinya.
Encik L meraup kasar wajahnya. " Lebih penting daripada nyawa kau sendiri? " pertanyaan daripadanya membuatkan wanita itu terdiam kaku. " Dah kau pergi je balik. " arahnya acuh tak acuh.
" Tapi beg saya? "
" Penting sangat ke beg tu ! " tanyanya sedikit bengang apabila arahannya dibantah.
" pe-penting. " balas wanita itu tergagap-gagap.
" haishh. kau tunggu sini, jangan pergi mana-mana. " kata Encik L tegas.
YOU ARE READING
[C] Dear Knight
Teen FictionTheBest Floriarity Teen Fiction 2020 [ COMPLETED ] ✔ " i'm here because of you, my dear knight " Masha Darwisy, gadis kelahiran Istanbul yang telah berumah tangga. Kasih sayang yang diterima daripada orang tersayang membuatkan dia sedar dunia ini ti...