Dear Knight
- i'm here because of you, my dear knight -
- sayonara no mae ni let go, demo koroko no meiro no naka de mayou, sutereo kara mono e wakaremichi wa sou. [ before we say goodbye let go, but i'm lost in the maze of my heart, from stereo to mono that's how the path splits. ] -
__________________SELEPAS memastikan hidangan sarapan yang tersusun diatas meja kaca segi empat tepat berada dalam keadaan yang perfect. Senyuman kepuasan diukir dibibir mungilnya. Matanya meliar pada setiap dekorasi dalam rumahnya.
' masih sama, tak berubah langsung cuma .. Aryan. ' keluhan berat dilepaskan. Matanya yang masih meliar tiba-tiba sahaja menangkap dua figura yang kemesraannya bagai merpati dua sejoli. Senyuman nipisnya semakin memudar namun dia mencuba untuk mengukirnya semula kerana dia rasa, dia perlu berbuat demikian. Tak perlu tunjuk kesedihan atau meraih simpati daripada orang lain. Lagipun, takkan ada yang akan kasihankan dia dalam rumah teres tiga tingkat ni.
Tangan yang sejak tadi bertaut akhirnya dilepaskan kemudian kerusi ditarik untuk memberi ruang buah hatinya melabuhkan punggung di situ. Wanita berambut perang itu tersenyum manis lalu ciuman dijatuhkan pada pipi Aryan. Masha terkedu.
" Thanks. " punggung dilabuhkan. Aryan yang sedar Masha sedang memandangnya segera mengalihkan pandangannya pada dia. Senyuman mengejek yang penuh dengan kesinisan dilemparkan kepada Masha lalu punggung dijatuhkan bersebelahan gadis berambut perang itu tadi.
Masha mengetap bibir. Ingin sahaja dia mengalirkan air mata yang sudah tiada nilainya disitu namun dia perlu kuat. Yee, kuat untuk diri sendiri. Kuat untuk mengharungi ujian hidup yang telah tertulis dalam takdirnya. Dia tahu, dia boleh hadapinya. Yee, dia boleh!
Langkah berura-ura mahu diatur untuk melabuhkan punggung di kerusi meja makan namun niatnya terhenti. " Sayang. " panggil Aryan. Segera Masha mengangkat wajah apabila mendengar gelaran keramat itu meniti dibibir Aryan. Senyuman manis yang ingin diukir akhirnya memudar apabila melihat fokus Aryan hanyalah pada gadis disebelahnya dan bukanlah pada dia. Okey, dia sedar akan satu perkara ini. Gelaran ' sayang ' bukan lagi untuk dirinya tapi untuk wanita disebelahnya.
Wanita yang sedang menghirup perlahan air Hot Chocolate pantas berpaling ke arah Aryan. Mug yang dipegangnya kembali diletakkan diatas piring kecil, tempatnya sebelum ini. " Yes bieyy? " hati Masha bagai dirobek berkali-kali apabila panggilan mesranya antara suami tercinta sudah digunakan oleh wanita yang pastinya bukan dirinya.
" Biey nak kenalkan sayang dengan someone. " kata Aryan penuh kelembutan. Andai wanita itu adalah dia, pasti dialah wanita paling gembira dimuka bumi ini.
" Siapa, dia? " tanya wanita itu sambil matanya terarah pada Masha. Pertanyaan itu disambut anggukkan kepala daripada Aryan. Masha tersenyum nipis. Sekurang-kurangnya dia tahu siapa Masha dan status dirinya sekarang. " Kenalkan lah. Sayang pun nak tahu jugak siapa pompuan ni. " ujar wanita itu bernada cemburu. Muka dimasamkan.
" Heyy kenapa ni? " wajah beriak selamba wanita itu diusap lembut. " Jealous ea? " usik Aryan namun wanita itu hanya menghiraukannya.
' Ya Allah ya tuhanku, kalau ye pun nak berdrama sangat, tak payah lah nak mengedik-gedik depan aku. Huhh. ' monolog Masha meluat. Siapa je tak bengang bila tengok laki sendiri tergedik-gedik dengan pompuan lain. Sekali aku lenyek muka tu kang baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Hehh.
Usai sisi pujuk-memujuk antara Aryan dan wanita itu, perhatian kembali diberikan kepada aku.
" So, siapa dia ni? " tanya wanita itu acuh tak acuh.
" Mulai sekarang, dia maid rumah ini. " ujar Aryan dalam satu nafas. Mata Masha terbelalak. Ini ke status dia sekarang ni?!
Wanita itu berpaling kearah Aryan. Senyuman manisnya langsung tidak dapat dibendung. " Akhirnya setelah dua minggu, sayang boleh juga rest. " kata wanita itu sedikit meninggi nada suaranya. Tubuh sasa Aryan didakapnya erat.
Wait. Kiranya lepas je dia keguguran hari tu, terus Aryan cari pengganti? Woww. Murah sungguh cinta dan sayang kau pada aku.
Jam dipergelangan tangan dipandang sekilas. " Sayang, kita dah lambat ni. "
" Owhh ha,ah lah. " punggung diangkat. Kot hitam yang tersangkut dibahu kerusi disebelahnya diambil lalu disangkutkan di lengannya pula.
" Sayang tunggu dekat kereta dulu ea, biey nak ambil fail. "
" Okey. "
Setelah memastikan hanya mereka berdua di dalam rumah itu, Masha yang bagai patung cendana dihampiri. " Pindah semua barang kau dekat bilik orang gaji. Make sure lepas aku balik je, semua dah settle. " arah Aryan kemudian berlalu pergi.
Serentak itu, tubuh longlai Masha jatuh terduduk. Air mata kedukaan semakin laju mengalir. Salah aku kah Aryan berubah?
> 🥀 <
DAUN pintu terkuak dari luar. Keadaan bilik yang macam tongkang pecah diperhatikan. Dia mendengus kasar.
" Well, as a maid rumah ni. Aku yang bertanggungjawab. " kata Masha bengang. Aku ada master kot, takkan jadi maid je. Patut ke aku lari rumah? Huhh. Tunggu dia ceraikan aku then aku berambus. Macam mana? Senyuman sinisnya melebar.
Setelah membuang masa selama 26 minit, akhirnya .. bilik itu sudah bersih tanpa sebarang kekotoran. Tapi kekotoran bermaksiat boleh ke buang? Hehh.
Segala benda hak miliknya diambil. Pakaian, barang kemas, skincare, makeup, syampu, sabun dan lain-lain. Kalau boleh, satu bilik ni nak dikosongkan kecuali katil tu. Tapi atas dasar kasihan, so just .. aku boleh beli baharu. Bukan hari ini untuk aku balas. Disebabkan rumah ini aku yang beli dan masih atas nama aku lagi, so .. bila-bila masa je aku boleh tarik. Takpayah nak happy sangat.
Begnya yang sudah penuh itu dilihat. " Did I .. forget something? Huhh. " dahinya berkerut-kerut mencuba untuk memerah otak. Sekeliling dipandang kalau-kalau ada yang dia terlepas pandang sehinggalah anak matanya jatuh pada kotak diatas almari. Disebabkan ketinggian hanyalah 163 cm, kerusi meja solek diambil lalu dinaiki untuk mengambil kotak tersebut.
Kotak berjaya diambil, kerusi kembali diletakkan ditempat asalnya. Penutup kotak dibuka.
Senyuman manisnya melebar.
" The meaning behind the pictures. "
Kotak kembali ditutup. Segala peralatan hak miliknya dibawa keluar.
" Mulai sekarang, aku adalah Masha Darwisy yang baharu. Yang takkan .. " senyuman sinis diukir. " .. dipandang hina lagi. "
YOU ARE READING
[C] Dear Knight
Teen FictionTheBest Floriarity Teen Fiction 2020 [ COMPLETED ] ✔ " i'm here because of you, my dear knight " Masha Darwisy, gadis kelahiran Istanbul yang telah berumah tangga. Kasih sayang yang diterima daripada orang tersayang membuatkan dia sedar dunia ini ti...