Dear Knight
- i'm here because of you, my dear knight -
- you can say i'm wrong. you can turn your back against me. but i am here, to stay
( i am here to stay ). -
__________________KELIBAT loceng bilik dicari. Almaklumlah, loceng 5 star ni memang cerewet sikit. Loceng pun nak sorok-sorok. Cehh, pikir tekan loceng terus pintu terbuka ke hape? Cari punya cari, baru teringat cerita Yaya pasal hotel ni.
Jari tangan dibawa menyelit dicelah pintu. Loceng bilik ditekan.
"Ding.Dong"
Handkerchief didalam genggaman dipandang lama. Entah kenapa hatinya terdetik untuk melihat sapu tangan yang kononnya berharga sampaikan penghuni bilik sanggup memaki hamun house keeping hotel. Dia yang tak simpan nak salahkan orang.
Kiri kanan dipandang, takut-takut perilakunya sebentar nanti dilihat orang. Yelah, privasi guest kot. Air liur ditelan kelat. Bibir diketap perlahan. Lipatan handkerchief perlahan-lahan dibuka.
' takdalah lawo mana. ' desis Masha sambil handkerchief peach itu dibelek. Mata meliar di setiap sudut handkerchief. Matanya kini jatuh pada jahitan kemas di bucu kain lembut itu.
" Ar'Sha "
Dengan jahitan tebal diikuti tulisan ber'font' elegan sudah cukup membuatkan Masha tersenyum nipis. Not bad lah. Jari tangan dibawa mengusap jahitan hitam itu.
" Arsha. Singkatan bagi Aryan dan Masha. " tanpa sedar, ayat itu yang terpancul keluar dari mulutnya. Senyuman nipis masih terukir kemas dibibirnya.
" Hanya dia yang ada sapu tangan ni. " jari masih leka mengusap. Mata budarnya memaparkan 1001 perasaan.
Setitis mutiara jernih jatuh mengenai permukaan sapu tangan yang ber'material' lembut. Tika itu, baru dia sedar akan sesuatu. Kepala didonggakkan memandang muka pintu yang masih tidak bergerak.
" Aryan. " perlahan sahaja nama itu meniti dibibirnya. Mahu sahaja dia membawa diri pergi dari situ namun tubuhnya kaku bagaikan patung cendana.
"Klikk" pintu terbuka. Serentak itu pandangan Masha terangkat memandang penghuni bilik. Seperti yang dijangka.
Dada yang semakin sesak membuatkan kantung mata Masha kembali ditakungi dengan air mata. Jiwa yang kuat untuk tidak nampak lemah dihadapan suami tercinta membuatkan Masha tekad tidak mengalirkan air mata. Biarlah rohani terseksa, janji tiada setitis pun bukti sengsaranya hati bertarung melawan derita hadir.
Bibir yang tergetar-getar dikuatkan juga untuk mengeluarkan suara. " Erkk, a-awak .. " senyuman kelat terukir.
" Kau buat apa dekat sini? " kasar sahaja suara itu mengetuk cuping telinga Masha. Air mata semakin meronta untuk mengalir namun ego diri memaksa tidak.
" Owh awak. " air liur ditelan kelat berharap semuanya berjalan lancar. Nafas diambil lalu dihembus keluar. Ayat yang tergantung kembali diatur. " Awak ingat tak saya ada cakap saya dah dapat kerja? Saya kerja dekat sini lah. " senyuman nipis terpamer di wajah Masha. Sungguh dia gembira dapat melihat wajah kesayangnya di sini.
Wajah Aryan ditatapnya penuh rindu. Sungguh dia rindu tatapan manja Aryan. Pelukan hangat Aryan. Arhh, semua tentang Aryan dia rindu! Tapi, rindukah dia pada sang isteri?

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Dear Knight
Teen FictionTheBest Floriarity Teen Fiction 2020 [ COMPLETED ] ✔ " i'm here because of you, my dear knight " Masha Darwisy, gadis kelahiran Istanbul yang telah berumah tangga. Kasih sayang yang diterima daripada orang tersayang membuatkan dia sedar dunia ini ti...