Dear Knight
- i'm here because of you, my dear knight -
- maybe i'm foolish, maybe i'm blind. thinking i can see through this and see what's behind. got no way to prove it, so maybe i'm lying. -
__________________SUDAH hampir dua minggu Masha menetap di apartment milik Qas. Hari ini dia nekad, dia tidak ingin lagi menjadi mayat hidup yang kerjanya hanya tidur, bangun, mandi, tv dan seterusnya. Qas yang leka menonton kdrama " Extraordinary You " lakonan Rowoon SF9 di kaca televisyen dipandang bersama keluhan berat.
Qas yang perasan akan itu segera menegur. " Kau dah kenapa mengeluh-geluh semua ni? " tegur Qas tanpa menoleh memandang Masha. Tumpuannya hanyalah pada kdrama kegemarannya. Maklumlah, bias dia berlakon.
" Aku nak kerja, boleh? " usai Masha melaungkan hasratnya, terus Qas berpusing spontan ke belakang. Masha yang tersengih kerang busuk dipandang bersama kerutan didahi.
" Asal? " tanya Qas acuh tak acuh. " Kau dah bosan ke? " soal Qas cliche. Maklumlah, terikut sangat dengan drama-drama melayu yang hangat dipaparkan di kaca televisyen.
Masha hanya mendiamkan diri. Pandangannya masih tertumpu sepenuhnya kepada Qas. Bahu dihinjutkan sedikit.
" Hmm. Kalau betul kau nak kerja, kau boleh kerja dekat office aku. " cadang Qas. Tanpa amarah, segera tubuh kurus Qas dipeluknya erat. Qas yang masih dalam mood blank memandang Masha hairan.
" Gomawo unnie. " ujar Masha manja bersama mata puppynya yang masih terhala ke wajah bersih Qas.
" Ahh, berambus kau. " ujar Qas senada. Tubuh Masha ditolak tepi. " So, bila kau nak start kerja? " tanya Qas yang semakin fokus kepada Masha dihadapannya. Kdrama dah habis, tu yang boleh buat masyuarat tengah malam dekat tengah-tengah ruang tamu.
Jari Masha bermain-main didagunya. " Maybe, lusa. " balas Masha membuatkan Qas memandangnya hairan.
" Why, tak esok je? " tanya Qas bersama angkatan kening sebelahnya.
" Aku nak enjoy luu baru hadap kerja bertimbun-timbun. " Qas terangguk-angguk mendengar alasan Masha yang agak boleh diterima dek akal. Ingat senang newbie nak act macam oldbie?
» 💗 «
DUA mug yang sudah terisi dengan milo panas dibawa ke arah meja makan. Sampai sahaja, terus mug-mug itu diletakkan diatas meja yang diperbuat daripada kaca jernih tebal tanpa sebarang alas piring. Kerusi ditarik lalu punggung dilabuhkan.
Qas yang sedang menuruni anak tangga dipandang sekilas. Salah satu mug dicapai lalu diletakkan betul-betul dihadapannya. Perlahan-lahan mug tersebut diangkat lalu tiupan dilepaskan.
Pergerakan Masha, kini diikuti oleh Qas. Usai mencicip sedikit air buatan Masha, terus mug diletakkan kembali diatas meja. " So lepas ni kau gi mana? " tanya Qas sambil matanya tertumpu pada figura sahabatnya yang sedang membasuh mug disinki.
Mug yang sudah dibasuh diletakkan dirak cawan, tangan yang basah dilapkan pada tuala kecil yang tergantung kemas di dinding sebelah rak cawan. " Dunno, asalkan tempat tu buat aku enjoy. " kata Masha senada. Tubuh dipusingkan kebelakang menghadap Qas. Senyuman riang dilepaskan sambil kedua belah tangannya.
Qas mencebik. " Cehh ayat. Sat-sat budak baru lepas broken punya ayat. " kata Qas mengejek.
" Eleh kau. " bahu kanan Qas ditonyoh dengan jari telunjuknya. Punggung kembali dilabuhkan di tempat asalnya tadi. Kini, giliran Qas pula mambasuh mugnya.
YOU ARE READING
[C] Dear Knight
Teen FictionTheBest Floriarity Teen Fiction 2020 [ COMPLETED ] ✔ " i'm here because of you, my dear knight " Masha Darwisy, gadis kelahiran Istanbul yang telah berumah tangga. Kasih sayang yang diterima daripada orang tersayang membuatkan dia sedar dunia ini ti...