- ' 29

247 16 0
                                    

Dear Knight

- i'm here because of you, my dear knight. -

- i'll wait, i'll wait. i love you like you've never felt the pain. i'll wait, i promise you don't have to be afraid. i'll wait, the love is here and here to stay. so lay your head on me. -

_________________________

DUA minggu sudah berlalu namun perangai Masha masih sama, dingin. Segalanya bermula pada saat dia menerima lafaz cerai daripada suami tercinta. Punyalah sehari suntuk selepas kejadian tak diingini itu difikir, akhirnya dia mandapat kesimpulan yang selama ini dia gali.

Semua nya salah, Aydil !

Kalau dia tidak berkata sedemikian, mesti hubungan dia dengan Aryan sudah bahagia seperti sediakala.
Iyaa, dia pasti.
Aydil lah penyebabnya.

" Weyhh. " panggilan daripada Raykal membuatkan Masha tersentak daripada lamunannya. Segera pandangan dibawa memandang Raykal disisi kemudian beralih pula pada Ipad ditangannya.

" Yee? " tanya Masha bersama riak kosongnya. Raykal mendengus apabila bicaranya sebentar tadi hanya masuk ke telinga kanan Masha namun keluar melalui telinga kirinya. Lalu segala bicaranya hilang ditiup angin sempoi bahasa.

" Tolong ambilkan aku sepiring cheesecake dekat dalam freezer, dengan .. " jari dibawa menyentuh kulit dagunya. Mata terkebil-kebil seperti memikirkan sesuatu. Masha yang melihat sekadar mendiamkan diri sehingga Raykal kembali mengatur bicaranya.

"—hahh ni ! " mata Raykal membulat. " Susu fresh farm perisa cafe latte. " kata Raykal dengan nada biasanya. Pandangan dibawa memandang Masha kemudian beralih pula pada skrin Ipad di tangan.

" Baik. " balas Masha akur dengan arahan yang diberi. Punggung diangkat lalu langkah diatur malas menuju ke arah dapur.

Raykal yang melihat sekadar mengerutkan dahinya hairan. Sudah 2 minggu Masha berkelakuan aneh. Entah, mungkin sudah di ceramah Aydil supaya berkelakuan sopan dihadapannya. Mungkin.

Kabinet dibuka lalu segelas dan sepiring kaca dibawa keluar lalu pintu kabinet kembali ditutup. Dengan pegangan yang penuh terisi, langkah terhala menghampiri peti air besar di sudut tepi dinding dapur. Daun peti dibuka.
Sepotong cheesecake diambil lalu diletakkan berhati-hati diatas piring. Usai itu, tangan dibawa ke dinding pintu mencapai sebotol susu fresh farm perisa cafe latte. Penutup botol dibuka lalu isi botol dituang ke dalam gelas.

Tidak menunggu lama, pintu peti ais kembali ditutup. Dulangan diambil lalu sepiring cheesecake diikuti segelas cafe latte diambil dan diletakkan diatas nya.

Langkah berura-ura mahu bergerak ke ruang tamu namun kelibat seseorang membuatkan Masha tersentak. Dada yang sedikit berombak diurut perlahan.

" Erkk, Masha. Aku ada benda nak cakap ni. " keadaan yang sedikit janggal antara dia dan Masha membuatkan Aydil menggaru belakang lehernya yang tidak gatal. Wajah dingin Masha dipandang dengan wajah serba salah. Ayat yang kekok sebentar tadi kembali disusun.

Deheman perlahan diberikan. " Sebenarnya aku nak cakap pasal kes kau dengan ar- "

Tahu kemana hala tuju ayat Aydil, pantas Masha memotong.

[C] Dear Knight Where stories live. Discover now