- ' 18

287 21 1
                                    

Dear Knight

- i'm here because of you, my dear knight -

- and everything happens for a reason. it's all a blessing in disguise. i used to question who i was, but now i see .. the answer's in your eyes. -
__________________

USAI membasahkan muka, pili air ditutup. Pantulan imej dirinya pada cermin satah diperhatikan. Lipatan tudung bawal hitamnya diperbetulkan lagi.

Keluhan berat dilepaskan. Langkah terhala membawa diri keluar daripada ladies.

Yaya yang setia memerhatikan setiap tindak-tanduk Masha dibalas dengan senyuman nipis. Pandangan dipalingkan melihat langkahnya sehinggalah langkahnya terhenti barulah kepala didongakkan memandang hadapan. Moodnya saat ini benar-benar telah terbang bersama titisan mutiara jernih ketika di rooftop.

Yaya yang berkerut dahinya dipandang sekilas. Punggung dilabuhkan di kerusinya.

" Kau pahal babe? Ada problem ke? " tanya Yaya prihatin. Tangan Masha cuba diraih lalu digenggam. Niatnya ingin merasai bebanan Masha namun hampa. Yelah, kenal tak sampai sehari kot.

" Nothing. " ujar Masha senada. Senyuman kelat merekah dibibirnya.

Yaya menggeleng perlahan. Teringat akan sesuatu, pantas kerusi rodanya dibawa menghampiri Masha.

Kening Masha bertaut menandakan ' apa? '. Maklumlah mulut pun takda pun nak bercakap. So, kening-kening saja gerak.

" Tadi bos suruh kau gi bilik dia lagi. Katanya ada benda tak settle lagi. " kata Yaya. Wajah kosong Masha dipandang lama.

" Bos? " balas Masha terkebil-kebil.

" Bos, Encik Rayyan. "

Masha terangguk-angguk. Baru dia teringat pasal mamat sekor tu. Tu lagi sorang, buat semak pale hotak dia je.

" Kau ada num bos tu tak? "

" Ada. Kau nak buat apa? " tanya Yaya hairan. Bukan main benci si Masha ni dengan bos sekor tu. Tupp tupp dah minta num phone. Haih, hati sudah diketuk kah? Haipp, haip. Bini orang ni.

Masha hanya mendiamkan diri. Hanya keningnya sahaja yang bergerak-gerak memberi arahan. Entah si Yaya faham ke tidak dia malas nak ambil tahu.

Yaya hanya menghinjutkan bahunya sedikit. Kerusi beroda yang diduduki dibawa menghampiri meja kaunter. Phone diambil. Jari tangan laju bermain di skrin phone.

" Tingg. " phone di poket Masha berbunyi. Pantas tangan disumbat masuk kedalam poket lalu dikeluarkan semula bersama phone dalam pegangan. Notification dibuka.

Usai itu, punggung diangkat. Langkah diatur meninggalkan Yaya yang masih terpinga-pinga. Langkahnya kini terhala ke bilik staff wanita.

» 💗 «

PUNGGUNG dilabuhkan di atas bangku kayu yang sudah tersedia disitu. Sudut rehat yang berpayung membuatkan Masha berasa nyaman. Dengan angin sempoi-sempoi bahasa yang menampar lembut pipinya, sungguh berjaya membuatkan dia hampir terlena.

Teringat akan sesuatu, pejaman mata kembali terbuka luas. Sling bag hitam disisi dicapai lalu dibuka. Phone dibawa keluar. Setelah memasukkan password, aplikasi WhatsApp dibuka.

Chat daripada Yaya ditekan.

" Kau nak gi mana? "
" Bos tahu tak? "
" Kau jangan buat hal, Masha. "
" Kalau ada problem jangan sampai bunuh diri. "
" Kau dah kahwin, please be matang. "
" ++ "

[C] Dear Knight Where stories live. Discover now