Dear Knight
- i'm here because of you, my dear knight -
- you can count on me, like one two three, i'll be there. and i know when i need it i can count on you, like four three two. you'll be there. 'cause that's what friends are supposed to do. -
__________________SETELAH memastikan pintu dan gate rumah berkunci, gugusan kunci disumbat masuk kedalam sling bag. Pemegang bagasi beroda dipegang lalu ditarik. Keluhan berat dilepaskan. Keliling rumah dipandang penuh nostalgia. Disinilah, kenangan mereka tercipta. Suka duka bersama. Namun kini, tidak lagi.
" Masha? " teguran Qas berjaya menyentakkan lamunan Masha.
Air mata yang mulai jatuh pantas dikesat. Tanpa berlengah lagi, bagasinya dibawa masuk kedalam bonet kereta. Seusai itu, Masha dan Qas bergerak masuk kedalam perut kereta. Masha di sebelah pemandu manakala Qas di seat memandu.
Perlahan-lahan kereta yang dipandu Qas bergerak membelah jalan raya yang semakin sesak seiring waktu. Mujurlah mereka bergerak pada pukul 10 pagi, takdalah sesak sangat. Maklumlah, hari bekerja macam sekarang ni jalan raya sesak waktu 7 - 9 pagi dan 6 petang - 10 malam.
Suasana dalam kereta kini hanya dipenuhi dengan celoteh DJ dalam corong radio diikuti lagu-lagu yang dimainkan sesuai dengan pemintaan para pendengar radio. Masha mengelamun jauh ke tingkap kereta. Matanya ke suasana bandar jiwanya entah ke mana melayangnya.
Qas yang sedang memandu menoleh ke kiri, wajah kosong Masha dipandang sekilas. Sungguh, dia tak sanggup melihat keadaan sahabatnya saat ini. Walaupun wajah penuh dengan kepuraan, namun hati yang lara pasti mempamerkan segalanya.
> 🥀 <
SELEPAS mengharungi perjalanan kurang dari satu jam, akhirnya mereka berdua sampai ke destinasi mereka. Tubuh dibawa membolosi perut kereta. Apartment yang serba mewah dipandang dengan penuh keterujaan. Mulut tidak berhenti menceritakan keindahan seni bina manusia dibangunan hadapannya.
Qas yang mendengar hanya tergelak kecil. Bagasi-bagasi di dalam bonet kereta segera dibawa keluar. Usai itu, kereta miliknya dikunci. Tubuh Masha dibawa bersama memasuki apartment dihadapannya. Pintu dikuak dari luar dengan bantuan kunci yang berada dalam pegangan tangan Qas.
" Woww. " mata Masha sedikit terbelalak apabila ruangan rumah serba mewah yang menyapa pandangan matanya. Matanya meliar pada setiap sudut dalam apartment. Tangan tidak berhenti-henti memegang perabot-perabot yang tersusun kemas didalamnya. " Qas. " panggil Masha tiba-tiba.
" Yee? " sahut Qas. Masha yang membelakanginya dipandang dengan pandangan seribu tanda tanya.
Segera tubuh Qas dihampiri. " Betul ke kau nak aku stay dekat sini? For free?! " kening Masha bercantum.
" Yupp. Kau just perlu stay and teman aku dalam apartment ni. Lagipun creepy lah stay sini sorang-sorang. " terang Qas. Senyuman nipis dilemparkan kepada Masha.
" Tapi .. "
" Nopee. No tapi-tapi. Bilik kau ada dengan tingkat dua yang pintu warna pastel, purple and grey. Sekarang ni .. " jam DW dipergelangan tangan dipandang sekilas. " .. aku kena gerak office dulu. Kau buatlah macam rumah kau sendiri. K caww. " tangan dilambaikan kearah Masha yang masih terpinga-pinga sebelah berlalu pergi meninggalkannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Dear Knight
Fiksyen RemajaTheBest Floriarity Teen Fiction 2020 [ COMPLETED ] ✔ " i'm here because of you, my dear knight " Masha Darwisy, gadis kelahiran Istanbul yang telah berumah tangga. Kasih sayang yang diterima daripada orang tersayang membuatkan dia sedar dunia ini ti...