- ' 26

237 12 0
                                    

Dear Knight

- i'm here because of you, my dear knight -

- ooh, i see you, see you, see you every time. and oh my, i, i like your style. you, you make me, make me, make me wanna cry. and now i beg to see you dance just one more time. -

________________________

TOMBOL pintu dipulas lalu tubuh disumbat masuk kedalam ruangan bilik. Persekitaran yang samar-samar diterangi dengan lambu tidur membuatkan dia tersenyum nipis. Yelah, selalu terang benderang lampu dalam bilik ni. Jarang betul lampu tidur tu dihidupkan.

Suasana yang dingin membuatkan Aydil berpeluk tubuh. Tuxedo yang tersidai dilengannya dibawa disidai dibahu kerusi. Birai katil dihampiri lalu punggung dilabuhkan. Dahinya berkerut apabila melihat dahi Raykal terletak kemas cool fever. Tanpa berlengah, tangan dibawa menyentuh leher Raykal.

" Demam. " keluh Aydil perlahan. Tangan dibawa meraup rambut keperangan Raykal.

" Maafkan papa, please. " punggung diangkat lalu pipi mulus Raykal dikucup lama. Usai itu, Aydil berura-ura mahu mencapai kembali tuxedonya namun terhenti apabila dia melihat sedulang pinggan mangkuk yang sudah tidak terisi dengan lauk pauk. Sticky note kecil di bucu dulang dicapai lalu dibaca perlahan.

" Makan kalau nak sihat or esok pagi mandi ais. "

Aydil tergelak kecil. Tak sangka Raykal terpedaya dengan ugutan bohong ni. Hahahaha.

Sticky note kembali dilekatkan ditempat asalnya tadi. Tuxedo dicapai lalu langkah terhala ke arah pintu yang sudah terbuka luas.

Pandangan terhala kerarah Raykal. Senyum nipis diukir spontan lalu terhala pula pada dulang di meja sisi.

Matanya terkebil-kebil.

Ugutan tu, tipu-tipu je kan?

> 💗 <

KERETA yang dipandu Qas berhenti dihadapan rumah banglo mewah. Usai melambaikan tangan, kereta itu bergerak meninggalkan Masha sendirian. Bak kata Qas, dia dah lambat. Maklumlah, CEO an.

Skrin phone dipandang sekilas.

" Awal lagi ni. " gumam Masha sambil pandangan dijengah melihat kedalam rumah melalui lubanh pada pagar gerbang rumah. Sedang sibuk mata meliar melihat rumah banglo dihadapannya, phone dalam genggaman Masha berbunyi menandakan notification masuk.

Segera phone di'on'kan lalu app hijau putih itu dibuka. Keningnya terangkat sebelah apabila melihat gerangan yang menghantar pesanan itu.

" No respon boss ? " pandangan kembali bertapak pada rumah banglo itu. Sudut cermin tingkap rumah ditenung. Dia nampak aku ke?
Sedang sibuk otak tertanya-tanya, chat itu ditekan.

No Respon Boss
" Hari ni tak payah datang kerja, biar aku jaga Raykal. "

Membulat mata Masha membacanya. Deyy ! Aku dah sampai lah. Hishh. Cari nahas betul lah mamat ni.

Dengan penuh rasa geram didada, jari tangan dibawa menaip di keyboard.

" Aku .. Jap. " jari tangan Masha terhenti. Bawah bibir digigit perlahan. " Macam kuajo pulak guna aku kau dengan bos ni. Lagi-lagi bos yang spesis macam ni. Hishh. " omel Masha perlahan.

[C] Dear Knight Where stories live. Discover now