Dear Knight
- i'm here because of you, my dear knight -
- 'cause baby everything you are, is everything i need, you're everything to me. baby every single part, is who you're meant to be, 'cause you were meant for me, and you're everything i need -
__________________RAYYAN yang leka bermain dengan jari tangannya dipandang hairan. Entah mengapa, hati Masha tidak senang melihatnya. Pasti ada benda penting yang ingin diperkatakan sehingga menganggu dirinya dan itu pasti berkaitan Masha. Kalau tak, takkan dia panggil Masha ke sini?
Keluhan berat dilepaskan. " Tentang meeting kita dekat AZ Holding's . " dengan nada yang tenang sebaris ayat itu diluahkan.
Dan dengan sebaris ayat itu juga, berjaya membuatkan Masha tergamam.
" Wa-whut? " Rayyan dihadapan dipandang tak berkelip. Mengingatkan kisah di kaunter hotel tadi membuatkan Masha tergelak kecil. " HAHAHA, lawak lah. Tahu dendam, tapi takyahlah bergurau sampai macam ni sekali. " gelak hambar terhambur keluar daripada mulut Masha.
Rayyan berdehem seketika menandakan yang dia tidak bermain-main dengan kata-katanya sebentar tadi. Ketawa Masha semakin hambar kedengaran. Air liur ditelan kelat.
" Encik Rayyan tak maksudkan apa-apa kan? " tanya Masha inginkan kepastian. Dalam hati punyalah berdoa segalanya hanyalah jenaka semata-mata. Rayyan dihadapan dipandang.
" Masha Darwisy. " jiwa Masha semakin tak tenteram apabila nama penuhnya meniti di bibir Rayyan. Bibir bawah digigit gelisah. Jari tangan dimain-main. " Lucky you, awak terpilih untuk menghadiri meeting di AZ Holding's. "
Geli taik telinga Masha mendengarnya. Lucky? HAHAHAHA.
" Erk, Encik Rayyan. I think .. "
" Nope. " alasan penolakan yang diberikan Masha pantas dibantah awal-awal tanpa mendengarnya dahulu. " What i say, i mean it. " putus Rayyan membuatkan Masha terdiam seribu bahasa. Dalam hati dipenuhi dengan sumpah serana khas buat boss tercenta plus cayang melampau-lampau.
Tapi, Masha pernah ke tak degil? " Boss, saya rasa boss silap ni. Saya baru je start kerja dekat hotel ni hari ini. Kerja dekat kaunter pulak tu, tup tup suruh datang meeting? Can't brain it. " berkerut-kerut dahi Masha membayangkan dia menghadiri meeting tersebut. Apa kata orang nanti? Hubungan special dengan boss? Euww euww euww.
" Ok, listen here Masha. "
Firasat Masha kuat mengatakan bahawa Rayyan akan memujuknya. Hyee, fikir aku wanita yang melting ke bila lelaki hensem pujuk? Ehem ehem, kadang-kadang tu melt jugak lah. Ehh? So better kita elakkan daripada ter-melt.
" Nope. " putus Masha. Rayyan terkebil-kebil. " Saya rasa perbincangan kita tamat disini sahaja. " punggung diangkat. " Saya tetap dengan pendirian saya yang saya takkan join meeting tu. " ujar Masha yang disudahi dengan secebis senyuman nipis. Langkah dibawa keluar daripada ruangan kerja itu.
Figura Masha, Rayyan pandang tak berkelip sehinggalah bayangan Masha hilang dari ruangan matanya.
" Dia. " bibir dikemam. Jari telunjuk yang terarah ke pintu keluar biliknya bergerak-gerak.
Rayyan tergelak kecil. Tangan digenggam. " Dia tolak offer aku? " wajah bengang terpamer dimukanya.
" DIA REJECT AKU ?! "
» 💗 «
LANGKAH diatur laju menuju ke lif. Butang anak panah ke bawa ditekan berkali-kali sehingga terbuka. Tubuh disumbat masuk kedalam. Mulut terkumat-kamit menyumpah serana. Pandangan sekeliling langsung dihiraukan. Sekarang ni, dia bengang dengan manusia bernama Rayyan!
YOU ARE READING
[C] Dear Knight
Teen FictionTheBest Floriarity Teen Fiction 2020 [ COMPLETED ] ✔ " i'm here because of you, my dear knight " Masha Darwisy, gadis kelahiran Istanbul yang telah berumah tangga. Kasih sayang yang diterima daripada orang tersayang membuatkan dia sedar dunia ini ti...