Dear Knight
- i'm here because of you, my dear knight. -
- i'm only one call away. i'll be there to save the day. superman got nothing on me. i'm only one call away. -
_________________________
PHONE yang dari tadi dipandang lama membuatkan seketul hati Masha terasa memanas. Jelingan penuh tajam dilepaskan pada phone miliknya yang terletak kemas dimeja kaunter sebelum dia kembali berpeluk tubuh. Perasaan sakit hati terasa bergunung.
Yaya disebelah mengangkat kening tanda kehairanan. Terkebil-kebil dia memandang Masha yang tahpape main jeling-jeling dengan phone sendiri. Nak kata phone tu sakitkan hati dia, phone kena hempas dengan Masha tadi dekat meja kaunter pun phone tu elok je diam tak bersuara.
" Pelik, pelik. " gelengan perlahan dilemparkan sebelum kerjanya yang bertangguh tadi kembali disambung.
Masha mendengus kasar.
Yaya yang mendengar mencebik geram. Pantas kerusi berodanya dibawa menghampiri Masha yang berserabut. Elok-elok si Masha je yang berserabut, kang dengan dia-dia sekali ikut serabut. So better, selesaikan jelah kann.
" Kau ni pahal hahh ? Dari tadi mendengus je, dah macam kerbau dah aku tengok. " tegur Yaya. Masha yang mendengar sekadar memandangnya sekilas sebelum jelingan dihadiah.
Yaya tergamam.
" Ya Allah. Dia jeling dekat aku pulak. " riak bengang dipamerkan.
" Woi, kau jawap boleh tak. Kau ni asal senanya ? Tak senang jari aku nak menari dekat keyboard komputer tu kau tahuu. " balas Yaya masih menanti jawapan yang keluar dari bibir mungil Masha.
Pandangan lama Masha berikan sebelum posisi kerusinya dipusing menghadap Yaya.
Keluhan berat Masha lepaskan.
" Aydil. " ucap Masha sepatah.
" Hah kenapa dengan dia ? Dia curang ke ? Dia mintak putus ? Dia sakit ? Kesiannya, tahap bape dah tu ? " balas Yaya mengelabah.
Yaya disebelah dipandang atas bawah, kalau tak kenang member dah lama minah ni Masha cekik biar dia yang sakit sat gi kang.
" Mulut kau, kalau aku cili ni pun belum tentu nak insafkan ? Cuba bagi aku habis cakap dulu. " tegur Masha bengang. Yaya yang mendengar sekadar tersengih kambing.
" Hahh sila-sila. " kata Yaya menyuruh Masha meneruskan story nya itu.
" Kau tahu tak, dah dua bulan Aydil menghilang. Nak kata call, seminggu pun belum tentu ada. Kalau wassap pun, nak taknak je balas. Macam aku pulak yang beria sekarang ni. Eyy, sakit hati aku. Lamar aku tapi buat cara macam nothing happen. Ughh ! " tercebik-cebik mulut Masha dibuatnya. Yaya yang mendengar sekadar tayang muka kosongnya.
" Halah kau ni, itu je pun. Kecoh macam Aydil tu ada orang lain je. " balas Yaya hampa lalu kembali membawa kerusinya menuju ke tempatnya. Kerja yang tergendala kembali diteruskan.
" Je pun kau cakap. Eyy, sakit betul hati aku ni kau tahuu. " balas Masha masih tak puas hati namun Yaya sekadar menghiraukan.
Mood yang terasa sudah hangus dek amarah terus bertukar menjadi abu apabila phonenya berdering. Tidak perlu memeriksa lama siapa pemanggilnya, mata helangnya sudah menangkap nama si pemanggil. Tidak terus menjawap, Masha sekadar menghiraukan.
Yaya yang terasa terganggu pantas menegur.
" Jawap laa phone tu. " tegur Yaya sambil pandangan tertumpu sepenuhnya pada skrin putih komputer. Seperti tadi, Masha sekadar menghiraukan.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Dear Knight
Novela JuvenilTheBest Floriarity Teen Fiction 2020 [ COMPLETED ] ✔ " i'm here because of you, my dear knight " Masha Darwisy, gadis kelahiran Istanbul yang telah berumah tangga. Kasih sayang yang diterima daripada orang tersayang membuatkan dia sedar dunia ini ti...