Dear Knight
- i'm here because of you, my dear knight. -
- we were both young when i first saw you. i close my eyes and the flashback starts. i'm standing there, on a balcony in summer air. -
_________________________
" Will you marry me ? "
Bagaikan disambar kilat, sepasang mata Masha membulat luas. Tangannya menggeletar. Perasaan yang sepatutnya berdebar bahagia bertukar menjadi ketakutan.
Imbasan aksi luar kawalan Aydil membuatkan Masha mengundur kebelakang setapak demi setapak. Wajah Aydil yang masih tidak dapat Masha rungkaikan ditatap dengan penuh ketakutan.
Gelengan tanda tidak percaya Masha berikan.
" Kau— kau bukan Aydil ! " usai melaungkan kata itu, terus Masha berpaling. Baru sahaja langkah mahu diambil, pergelangan tangannya terlebih dahulu diraih oleh seseorang. Mujur berlapik dengan lengan pakaiannya.
Tidak perlu melihat siapa gerangan yang berani meraih pergelangan tangannya, Masha sudah dapat menjangka siapa dia.
" Le-le-pas. " tergetar-getar bibir Masha menuturkan ayat itu. Sebutir mutiara jernih mulai kelihatan dibalik tubir matanya.
Aydil tergamam dan akhirnya—
Pegangan dilepaskan.
Figura Masha berlari pergi sambil tangan dibawa mengesat kasar air matanya membuatkan kedua belah tangannya mengigil keras. Pandangan tertumpu pada tangannya pula.
" Apa aku dah buat ? "
" Di-dia mena-ngis "
> 💗 <
LUGGAGE disumbat masuk kedalam bonet. Usai itu, bonet ditutup. Baru sahaja kaki Masha mahu melangkah ke pintu seat sebelah pemandu, bebola matanya tertancap pada seseorang. Terus langkahnya terhenti.
Pandangan mereka bertaut.
" Ar— " belum sempat nama si dia meniti dibibir Masha, Aryan terlebih dahulu berpaling lalu berlalu pergi. Masha tergamam.
Dia, hiraukan aku ?
Kepala yang sedikit berdenyut membuatkan Masha menggelengkan kepalanya. Tidak mahu mendera kesakitan kepala, segera langkah diatur kembali ke tujuan asalnya.
Pintu seat sebelum pemandu dikuak lalu punggung segera dihenyakkan. Usai memastikan pintu sudah ditutup rapat, kepalanya dibawa bersandar pada bahu seat bahagian kiri. Sepasang mata di pejamkan bagi meredakan denyutan yang bersarang pada pelipis dahinya.
Bunyi pintu dikuak dari luar membuatkan Masha tersentak. Segera pejaman matanya terbuka. Pandangan terarah pada kanannya.
Figura Qas melabuhkan punggung pada seat pemandu dipandang lama. Qas yang perasan dirinya diperhatikan pada menoleh ke arah Masha.
" Huhh ? " soal Qas sambil menjongketkan sebelah keningnya. Wajah terpinga-pinga Masha dipandang hairan.
Masha tersentak. Pantas gelengan perlahan diberikan.
" Erk, nothing. " balas Masha sepatah lalu kembali memandang kehadapan menembusi cermin hadapan kereta.
YOU ARE READING
[C] Dear Knight
Teen FictionTheBest Floriarity Teen Fiction 2020 [ COMPLETED ] ✔ " i'm here because of you, my dear knight " Masha Darwisy, gadis kelahiran Istanbul yang telah berumah tangga. Kasih sayang yang diterima daripada orang tersayang membuatkan dia sedar dunia ini ti...