Dear Knight
- i'm here because of you, my dear knight. -
- call me baby, if you need a friend. i just wanna give you love. c'mon, c'mon, c'mon. reaching out to you, so take a chance. no matter where you go, know you're not alone. -
_________________________
NOTIFICATION yang tiba-tiba masuk membuatkan phone dalam genggaman Masha mengeluarkan bunyi diikuti getaran membuatkan dia tersentak. Lamunannya terhenti tanpa penghujung.Sedar akan dirinya yang sudah terbuai jauh dari dunia realiti, pantas phone menjadi tumpuannya. Password dimasukkan lalu notification itu dibaca.
" saya dah dekat luar. "
Tanpa sedar, Masha meleret senyuman nipis.
Qas yang memerhati dari jauh sekadar mencebik tanpa bosan. Butang remote ditekan geram, mula-mula gaduh, sekarang ? Cehh, MELUAT AKU.
Punggung diangkat.
" Ok la, Qas. Aku gerak dulu. " pamit Masha lalu phone disumbatkan kedalam sling bag nya.
" Hahh pergi sana, tak payah balik pun takpa ! " omel Qas geram. Masha kehairanan.
" Haihh Qas, kau jealous ke ? Bukan kau dah ada kesayangan ke ? " soal Masha polos. Wajah bengang Qas pemerkan.
" Baik kau pergi Masha, sebelum aku halau kau. " ugut Qas tanpa memandang wajah Masha. Pandangannya masih tertumpu pada skrin TV yang sedari tadi hanya menukar channel nya sahaja.
" Bukan kau memang tengah halau aku ke sekarang ni ? "
" YAHH ! " dengan spontan, bantal petak dibalingkan ke arah Masha. Untung Masha sempat menggelak lalu pantas memboloskan diri daripada rumah itu. Hushh semangat. Gelengan perlahan Masha berikan. Emo semacam nau si Qas ni. Ada battle dengan kesayangan dia la tu.
Usai menyarungkan sepasang kasut bertumit rendah, kekemasan baju kurung cottonnya diperbetulkan. Pantulan imej diri pada cermin kereta milik Qas ditilik bagi memastikan lipatan dan kedudukan tudung shawl yang dipakainya dalam keadaan yang diinginkan setiap hijabista diluar sana, sempurna dan perfect !
Tidak menunggu lama, langkah diatur menunggu ke arah kereta yang sedari tadi berhenti didepannya seperti menunggu kedatangannya. Daun pintu seat sebelah pemandu dikuak dari luar lalu tubuh disumbat masuk kedalam. Usai itu, daun pintu kembali dirapatkan.
Perlahan-lahan, kereta yang dipandu mulai membelah highway yang kian sibuk dengan kereta-kereta sama ada disisi kanan jalan, ataupun kiri.
> 💗 <
SUASANA yang sunyi tanpa sebarang bicara dan juga celoteh dari DJ radio membuatkan Masha terasa awkward. Jari tangan dibuat main bagi menghilangkan kegelisahan yang sudah lama terbit dalam sanubarinya.
Aydil yang perasan akan itu, pantas menegur.
" Masha, awak ok ? Ke awak tak sedap badan ? Kalau macam tu, kita— " entah kenapa, Aydil turut gelisah. Mulutnya tidak henti menyoal. Berjangkit mungkin ?
" Ehh, saya ok je. " potong Masha membuatkan bicara cemas Aydil terhenti disitu. Dan suasana kembali sunyi. Masha yang tidak betah dengan suasana janggal itu pantas membuka bicara.

YOU ARE READING
[C] Dear Knight
Genç KurguTheBest Floriarity Teen Fiction 2020 [ COMPLETED ] ✔ " i'm here because of you, my dear knight " Masha Darwisy, gadis kelahiran Istanbul yang telah berumah tangga. Kasih sayang yang diterima daripada orang tersayang membuatkan dia sedar dunia ini ti...