Dear Knight
- i'm here because of you, my dear knight -
- only know you're been high when you're feeling low, only hate the road when you're missin' home, only know your lover when you're let her go .. and you let her go. -
__________________DAUN PINTU bilik meeting terkuak dari dalam. Akhirnya, setelah berhempas pulas perah otak fikir idea nak jayakan kerjasama antara Hotel Antalsya dan AZ Holding's, akhirnya membuahkan hasil.
Masha bergelak tawa dengan Qas. Tak disangka dek akal Masha bahawa sahabatnya itu CEO AZ Holding's. Yupp, memang dia tahu Qas ni CEO tapi tak sangka pula AZ Holding's. No wonder si Rayyan ni beria ajak dia join meeting ni.
" So, lepas ni korang back to work or lepak-lepak dulu? " tanya Qas bersama lagak pasarnya. Dalam meeting je semua formal. Mula-mula awkward lah juga bahasa kan cik-cik dengan si Qas ni.
Pandangan dilarikan pada Rayyan dibelakang. Keningnya terangkat memohon jawapan yang bakal keluar daripada mulut Rayyan adalah seiras dengan pilihan hatinya. Ecehhh, ayat.
Faham akan pandangan Masha itu, Rayyan membuat rolling eyes. " Kau lepak lah sana. Aku balik hotel dulu. " serentak itu Masha memandang Rayyan hairan. Qas disebelah dipandang sekilas. Asal nada macam ayam merajuk hidup alone je ni?
" Habis saya nak balik naik apa? "
" Kau off awal. Lagipun aku tengok kau macam tak sihat je. " balas Rayyan lalu pergi meninggalkan Masha yang masih terpinga-pinga disitu.
Qas memandang Masha hairan. " Kau tak sihat? " bukan dia tak perasan tadi, Masha lah yang paling banyak bersuara dekat meeting tadi. Si Rayyan pula, diam angguk geleng itu je. Tang mana tak sihatnya?
" Hahh, mananya. " Masha menggelang kepala lalu tergelak kecil.
" Habis tu? "
" Kau pun tahu kan, aku mabuk kenderaan. So, normal lah aku pening-pening dalam kereta tadi. " Qas hanya meng'o'kan sahaja. " tapi untung juga, boleh lepak dengan kau sekarang ni. " kata Masha mengiyakan. Bahu Qas disenggol perlahan. Keningnya terangkat sebelah.
Qas mencebik. " Iya lah Masha. " gelengan kepala diberikan.
" Hekk. So sekarang ni nak lepak mana? "
" Ye tak yee jugak. " sekeliling dipandang. Entah apa yang dicari Masha pun tak tahu. " Kau turun bawah dulu, aku ada benda nak discuss dengan assistant aku. " pamit Qas lalu meninggalkan Masha bersendirian disitu.
Wa-whut?
Kesadisan apakah yini? Ditinggalkan begitu sahaja. HEJSHSHSHSHSJJSSH.
Dengan langkah bentak-bentak macam budak tak dapat aiskrim, Masha menuju ke arah lif. Butang pada dinding tepi lif ditekan geram lalu dia berpeluk tubuh. Lif terbuka lalu tubuh disumbat masuk ke dalam perut lif. Tidak menunggu lama, butang G ditekan.
Berbakul-bakul rungutan juga lah yang meniti di bibir Masha sampailah di pintu keluar masuk AZ Holding's. Masha mendengus. Tiupan kasar dilepaskan mengenai bucu tudungnya. Pelukan pada tubuhnya dieratkan.
Punggung dihenyakkan pada bangku berdekatan. Sinaran mentari yang mengenai wajah Masha membuatkan matanya mengecil. Allahu, Qas. Mana kau?
Terasa muka pun dah terasa bahang. Lantas punggung diangkat. Buat sunburn muka je tunggu si Qas yang tak berpenghujung ni. Hati yang panas dibawa menerokai kawasan disitu.
Kalau ikutkan mata, aiskrim lah yang paling membuatkan matanya memandang lama kearah dessert itu. Aumm. Tetiba tekak terasa kemarau tiga bulan pulak. Malas berfikir lama, langkah diatur menuju ke kedai aiskrim diseberang jalan.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Dear Knight
Novela JuvenilTheBest Floriarity Teen Fiction 2020 [ COMPLETED ] ✔ " i'm here because of you, my dear knight " Masha Darwisy, gadis kelahiran Istanbul yang telah berumah tangga. Kasih sayang yang diterima daripada orang tersayang membuatkan dia sedar dunia ini ti...