- ' 7

382 35 0
                                    

Dear Knight

- i'm here because of you, my dear knight -

- but i'm only human and i bleed when i fall down. i'm only human and i crash and i break down, your words in my head, knives in my heart, you build me up and then i fall apart. 'cause i'm only human -
__________________

SUDAH genap dua minggu kes pasangan serasi bagai lohong hitam disumbat larva gunung berapi berambus keluar daripada rumah janji setia jantan tak guna konon ' disinilah kisah cinta kita bermula. ' puihhh lah deyyy. Sejak kes tak diundang itu, rutin harian Masha terus berubah. 24 jam menghadap kdrama sahaja. Almaklumlah, dalam pantang lagi. Hekk. Tapi alhamdulilah, segalanya semakin membaik. Bak kata umi, " Masha lain sikit tu yang sembuh awal ". HOHOHO. enggak sabar mahu balas dendam.

Tangan kanannya dibawa masuk kedalam bungkusan makanan ringgan yang sudah terbuka lalu isi dikeluarkan dan disumbat ke dalam mulutnya. Mata masih tertumpu pada kaca mata televisyen manakala tangan ligat bergerak memainkan peranan.

Tidak hanya sekadar itu, mulutnya juga tidak ketinggalan daripada melaungkan isi hatinya terhadap kdrama yang dipamerkan dikaca tv. Antaranya ..

" Apahal lah hero dia ni tak hensem? Yang hensem tu jugak lah jadi watak sampingan. Haihh. "

" Eyy, asal pompuan tu wujud hahh?! "

" Dah suka tu cakap jelah, takpayah acah malu-malu. Cehh. Baju pun pakai tak cukup kain ada hati nak malu-malu. "

" Wushhh. Dia main basketball. Wushh peluh mengalir. Wushhh rambut dia. Wushhh ... "

Dan akhirnya, ber fangirling lah seketul Masha dihadapan kaca televisyen.

" Tok.tok. " ketukan pada pintu menarik perhatian Masha. Segera punggung diangkat lalu berlalu menuju ke pintu rumah.

" Yee? " ujar Masha dari dalam rumah.

" Penghantaran pizza. " balas satu suara garau.

Segera tingkap bersebelahan pintu dibuka sedikit. " Erkk, sini. " balas Masha. Satu kotak pizza bersaiz medium dihulurkan kepada Masha. Usai membayar bunyi deruman motor semakin perlahan tanda si penghantar sudah menjauhi perkarangan rumah Masha.

Kenapa guna tingkap tak guna pintu? Haipp, disebabkan zaman sudah semakin globalisasi, so tak semua orang kita boleh percaya. Lagi-lagi stranger. Almaklumlah diri ini comel-molek, takut pakcik penghantar terpikat je. HOHOHO. Mohon jijiks sama yini Masha.

> 🥀 <

RAMBUT yang basah dikeringkan dengan menggunakan tuala mandi. Seusai itu, tuala disidai dibahu kerusi. Punggung dilabuhkan dibirai katil. Phone di meja sisi dicapai. Tiba-tiba sahaja phone miliknya memainkan ringtone.

" Qas? " segera panggilan dijawab. Phone ditekapkan ditelinga.

" Hell.. " belum sempat Masha berkata apa-apa, si pemanggil sudah memaki hamunnya. Segera phone dijauhkan sedikit dari deria pendengarannya. Kang tetiba pekak kang, tak dapatlah aku nak kahwin lagi.

" BDISBSHHSHSBDHSHHSJSJSJJSJSJSJSJJSJSJSJ. " makian alien mana entah dia guna, satu hapak pun Masha tak faham. Sebelum dia guna bahasa serupa mantera tu, lebih baik aku bertindak. Haihh payah.

Phone kembali dilekapkan ditelinga. " Cuma kau explain slow-slow. " Makian alien kini diganti dengan hembusan nafas yang tercungap-cungap. Cehh, tulah. Maki sampai tak cukup nafas lagi. Agaknya kalau aku tak bertindak tadi boleh jadi mayat tak si dia ni? Wushh, boleh viral bhai rumah aku. Berita terkini! Mayat ditemui dihadapan pintu. Kejadian yang berlaku masih dalam penyiasatan. Ada juga rumor-rumor yang mengatakan si mati dikacau penunggu rumah kerana jiran-jiran sering mendengar tangisan dalam rumah tersebut. Haipp! Benda aku fikir ni?

[C] Dear Knight Where stories live. Discover now