- ' 36

263 11 0
                                    

— ' 15 dis 2k11

aku insan yang lemah dan disini, tempat memori derita aku dikuburkan. tapi, tak salah untuk melihat kebodohan lalu bukan ?

[ masha darwisy ]



— ' 15 dis 2k11

seperti yang dinantikan, hari ini result pt3 diumumkan. nak cerita pasal excited, debar didada masih melekat. dup dap, dup dap.

" Masha Darwisy— "

wajah guru wanita itu aku pandang dengan seribu harapan. sinar cahaya kegembiraan ingin diraih.

" —straight A's. Congratulations ! "

tidak seperti pelajar lain, usai sahaja mengucapkan terima kasih pada guru yang pernah berbakti pada seketul masha, terus aku berlalu pergi menuju ke arah kebahagiaan aku. wajah mereka aku pandang dengan senyuman yang melebar. fikir senyumanku bakal berbalas, tapi aku silap.

" pangg ! " tamparan dipipi membuatkan aku terkedu. tubir mata yang sudah bertakung ditahan. senyuman nipis cuba aku ukir. why ? sebab aku tahu, benda ni akan terjadi. then kenapa nak buat semua ni ? hm, tak salah kan berharap ? :)

" kau pergi mana hahh ? kan aku suruh kau jaga rumah ?! " tengking nya aku jawap dengan gagap. entah, aku takut.

" result kau straight A's pun, belum tentu boleh buat parents bahagia. faham ?! dah pergi sana. "

" ka-kau nak pergi mana ? "

" holiday dengan parents. bye. " skru lutut yang terasa longgar membuatkan aku jatuh terduduk. aku— bukan keluarga dia ke ? kenapa ? aku pun nak bahagia. dan saat ini, aku terluka. usaha aku untuk bahagia mereka langsung tiada hasil seperti yang diharapkan. semuanya, bagai debu berterbangan.

untuk itu, aku berlari. berlari ke suatu tempat yang tiada manusia. cukup hanya ada udara, dataran rumput dan pemandangan indah. atleast ada benda indah yang terselit pada penglihatan aku.

saat aku meluahkan semuanya, ada yang mendengar. dia tidak mengeluarkan suara, tapi sekadar mendengar. malunya aku ! menangis berair apa semua, tup-tup ada yang melihat. arghhh ! serius nak tanam je muka kat situ terus.

" Allah uji sebab Allah sayang kau. stay strong duhh. "

" si-siapa kau ? "

" aryan william. "

dan sejak itu, aku dan dia berkawan. hari demi hari, setiap kali aku menangis pasti akan ada senyuman yang terukir di bibirku. tiada lagi ' dunia ini tak adil ' yang meniti dibibirku. betul kata orang, semua yang berlaku pasti ada asbab. takdir kita semua indah, dan saat ini— baru aku percaya.

terima kasih Ya Allah kerana hadirkan dia dalam hidupku.



— ' 21 feb 2k14

aku tersedar dari lenaku. penglihatan yang sedikit bercahaya membuatkan mataku mengecil. sekeliling aku pandang, hospital. imbasan lalu kembali berlayar. segera tangan bergerak memegang balutan didahiku dan akhirnya kerutan terhasil.

sakit.

figura seseorang memandang ku tajam aku pandang dengan tanda tanya. bibir yang masih luka aku gigihkan untuk mengeluarkan satu pertanyaan. namun belum sempat aku bersuara, dia terlebih dahulu memulakan bicara dengan— nada bencinya. namun kali ini, lebih benci. kenapa ?

[C] Dear Knight Where stories live. Discover now