- ' 15

328 21 0
                                    

Dear Knight

- i'm here because of you, my dear knight -

- i know there's pain in your heart, and you're covered in scars, wish you could see what i do. -
__________________

HAMPIR setengah jam juga lah masa dihabiskan dengan menyambut panggilan daripada si dia. Phone yang terletak di atas meja dipandang sepi. Otak ligat berfikir cara terbaik untuk dia membalas dendam. Dagu ditongkat, matanya meliar memandang sekeliling. Akalnya tidak henti-henti menanti idea bernas yang bakal tersemat dalam ingatannya.

Tiba-tiba dia jadi tidak senang duduk. Dagu yang ditongkat dijatuhkan. Terasa ada sepasang mata memerhatikan dirinya dari jauh, kepala diangkat. Matanya menangkap figura wanita berbaju seksi yang terduduk kurang sopan di sofa ruangan kerjanya.

Telinganya berasap. Nafasnya turun naik menahan amarah. Tubuh spontan terbangun. Muka meja dihentak kuat sehingga menyebabkan bahu si dia terhinjut sedikit. Matanya dijegil tanda yang dia benar-benar tak suka akan kehadiran tetamu yang tak diundangnya itu.

" What the hell you doing here?! " jerkahnya kasar. Rahangnya bergerak-gerak tanda dia mencuba untuk tidak melepaskan amarah yang terbuku dalam jiwanya.

" R-Ryan, I boleh .. explain. I .. " kata wanita itu tersekat-sekat. Debar jantungnya bukan main laju mengepam darah. Bukan debaran cinta, tapi debaran ketakutan. Sungguh, dia takut sekarang ni. Peluh yang menitik langsung dihiraukan.

" Get out! " malas mahu mendengar alasan yang penuh dengan tipu helah, langkah selamat diambil dengan cara menghalau wanita tersebut dengan kadar segera.

" Ryan .. I .. "

" I said .. GET OUT ! " jerkahnya sekuat-kuatnya. Wanita itu tergamam besar mungkin tak sangka yang lelaki itu baharu sahaja menghalaunya dengan cara yang amat memalukan. Jatuh merundumlah saham dirinya macam ni.

Usai itu, terus wanita tersebut membawa diri keluar daripada ruangan kerjanya. Dia mendengus geram. Rambutnya diraup kebelakang. Sungguh dia penat dengan permainan wanita tak cukup akal itu. Terlalu, penat!

» 💗 «

MULUT yang masih penuh dengan roti berinti kaya itu kembali disumbat dengan roti yang sama. Almaklumlah waktu launch hour macam ni memang kena cepat makan, biar waktu makan dan bergosip mampu dibahagikan sama rata. Ecehh cehh, tak sedor bergosip itu berdosa. Haihh maaflah, wanita seperti dia takkan mampu terlepas dari dosa bergosip.

Sebotol air mineral dicapai lalu diminum rakus lalu kembali ditempatkan asalnya di meja sisi. Air yang meleleh keluar dari celah bibirnya dikesat dengan hujung lengan.

" Ok, jom. " luah Masha sedikit berminat dengan gosip yang bakal keluar dari mulut Yaya. Whut? Fikir dia hadap sangat ke gosip-gosip ni? Mulanya tak tapi bila dengar gosip pasal boss mereka terus Masha tertarik. Ingat senang nak lupa memori hitam dia memaki hamun boss nya? Erkk, takda lah sampai memaki hamun kan? Yaya dihadapan dipandang tanpa kelipan matanya.

Yaya menggeleng kepala melihat perangai kebudak-budakan Masha. Saki baki roti yang masih dalam pegangannya terus disumbat masuk kedalam mulutnya lalu dikunyah. " Macam ni .. " kunyahan ditelan. Plastik roti diletakkan diatas meja lalu ditindih dengan botol air mineral yang masih bersisa separuh kandungan air botol itu.

" Macam? " tanya Masha tidak sabar. Hatinya berdebar kencang. Takut-takut gosip yang bakal diceritakan Yaya adalah ' pekerja baharu yang dibuang kerja kerana kelancangan mulutnya berkata-kata. ' Oh, no!

[C] Dear Knight Where stories live. Discover now