- ' 4

409 43 5
                                    

Dear Knight

- i'm here because of you, my dear knight -

- i love you, love you, love you. inyeonin geol neukkyeossjyo nan [ i call it fate ]. -
__________________

SUDAH genap dua minggu Masha berada didalam wad ini. Kelibat suaminya Aryan langsung tidak kelihatan. Dia mengeluh lemah.

" Kalau aku boleh kawal perasaan aku waktu tu, mungkin .. " perut kempisnya diusap lembut. " .. kandungan aku hidup lagi. Dan .. " air mata yang sudah mengalir membasahi pipi dikesat kasar. " Aryan takkan kecewa dengan aku. " langsir yang menghalang pandangan matanya diselak ketepi, pemandangan luar hospital dari tingkap wad diperhatikan. Matanya meliar mencari, namun hampa.

" Puan? " lamunannya terhenti. Tubuh dipusingkan kebelakang. Nurse wanita yang tersenyum manis kepadanya dilihat.

" Yee? " senyuman manis sedaya upaya diukir namun masih kelihatan hambar.

" Hari ini puan dah boleh discharge. " ujar nurse itu. Langkahnya diatur menghampiri Masha. " Ini bil nya. " kata nurse itu seraya menyerahkan resit bil sepanjang penempatan Masha disitu.

> 🥀 <

SELESAI melunaskan semua bayaran sepanjang dia di hospital itu, senyuman nipis dilemparkan sebelum dia mengatur langkah.

Sling bag nya dibuka lalu disumbatkan masuk purse berwarna soft pink itu. Sedang leka dia mahu menutup zip beg, bahu kanannya dilanggar. Pegangan pada totebag nya terlepas.

" Maaf, maaf. " kata Masha sambil menunduk-tundukkan badannya. Totebagnya yang jatuh diambil kembali. Tubuh kembali ditegakkan. Lelaki berhoodie hitam dipandang hairan. " Encik? " lelaki misteri itu seperti tersedar daripada lamunannya apabila Masha menegurnya. Dia berdehem kemudian berlalu pergi meninggalkan Masha yang masih terpinga-pinga.

Figura lelaki misteri itu dipandang hairan sampailah ia hilang dari penglihatannya. Bahunya diangkat sedikit. Lif dihampiri, butang untuk turun ke bawah ditekan.

Setelah menunggu selama satu minit, pintu lif terbuka luas. Tubuh disumbat masuk kedalam lif lalu butang G dan menutup pintu lif ditekan. Pantulan dirinya daripada lif yang diperbuat daripada silver itu dipandang.

" Masha, kau nampak ... " pantulan dirinya dipandang lama. " Menyedihkan. "

Keluhan berat dilepaskan.

> 🥀 <

USAI memberikan beberapa keping wang kertas dan mengucapkan terima kasih, bayangan uber yang sudah membelah jalan dipandang sekilas kemudian pandangan dilarikan pada rumah teres 3 tingkat dihadapannya.

Totebag miliknya disangkutkan pada bahu kanannya. Pintu pagar kecil bersebelahan pagar besar dipandang. Tangan dimasukkan dari balik lubang pagar lalu pengunci pintu pagar ditarik ketepi. Daun pintu ditolak lalu tubuh dibawa melaluinya. Pintu pagar kembali ditutup.

" Eh? " kereta BMW hitam milik suaminya dipandang bersama satu kerutan didahi. " Off-day kot. " gumamku perlahan. Langkah diteruskan menuju kearah pintu masuk rumahnya. Sling bag dibuka lalu segugus kunci dibawa keluar lalu dibawa ke tombol pintu.

" Eh, tak berkunci? " pintu yang tidak tertutup rapat dipandang dengan penuh tanda tanya. Bermacam-macam andaian negatif yang bermain dalam benak fikirannya. Tanpa berfikir panjang, langkah diatur masuk kedalam. Pintu dibuka luas sebagai satu persediaan. Yelah mana tahu ada benda-benda tak diingini berlaku, boleh dia terus redah je. Totebag diletakkan disisi manakala kunci dan sling bag diletakkan diatas meja kecil bersebelahan pintu masuk.

" Bismillahirahmanirahim. " gumamnya perlahan. Langkah diatur dengan penuh waspada. Dapur dituju. " Takda? Huhh. " seluruh pelusuk di tingkat satu dicarinya namun masih hampa. Dari ruang tamu ke dapur, dapur ke stor, stor ke halaman rumah. Masih tiada kelibat suaminya.

Anak tangga didaki laju.

Bilik utama iaitu bilik dia dan suaminya dihampiri. Langkah dilakukan. Tombol pintu teragak-agak untuk dia pulas. Debaran didadanya semakin menggila.

Nafas diambil lalu dihembus keluar. " Anything will be okey, Masha. " katanya memotivasikan dirinya sendiri. Tombol pintu dipulas. Daun pintu ditolak.

Keadaan bilik yang agak bersepah memedihkan matanya. Pancuran air dari bilik air menandakan bahawa suaminya sedang membersihkan diri. Baju-baju kotor dikutip lalu diletakkan diatas kerusi bersebelahan pintu bilik. Bantal tidur yang sudah selamat jatuh di karpet bulu berwarna putih diambil lalu ditepuk berkali-kali. Usai itu, bantal empuk itu disusun semula ditempat asalnya. Selimut putih ditarik dan seketika dia tergamam.

" Allahu. " mulutnya ditekup. Berderai jatuh air matanya. Lututnya menggeletar. Matanya masih tidak lepas pandang daripada memandang gadis berambut perang yang sedang nyenyak tidur. Dengan bahu putih mulusnya yang terdedah itu, makin berdegup kencang degupan jantungnya.

" Apa kau buat dekat sini? " tanya satu suara garau dari belakang. Masha kenal akan suara garau itu. Segera air matanya yang sudah membasahi pipinya dikesat kasar lalu tubuhnya dipusingkan kebelakang. Terpamer indah seraut wajah yang paling dia rindui dihadapannya.

Aryan mendengus kasar.

Segera Masha tersedar. Dengan tubuh yang menggeletar, kaki digagahkan juga untuk menghampiri Aryan. " Awak .. " tangan Aryan cuba dia raih namun pantas Aryan menaik tangannya. Masha terkedu. Wajah bengis Aryan dia pandang.

Rambut basahnya diserabaikan. Tubuh sasanya yang hanya bertuala separas pinggang menampakkan uratnya yang bergerak. Mungkin, dia masih marah pada aku.

" Babyyy " meleret sahaja satu suara itu memanggil. Penuh dengan kemanjaan. Dia yang baru bangun dari lena mengosok matanya. Selimut putih yang menutupi dadanya hampir sahaja terlucut dan itu menampakkan benda yang tak sepatutnya diperlihatkan. Lidahku kelu. Ya Allah, dugaan apakah ini.

" Keluar. " arah Aryan  bersama senyuman sinisnya.

" Tapi wak ... "

" Aku kata keluar .. KELUAR LAH! " jerkah Aryan menyebabkan bahu Masha terhinjut sedikit. Mashaallah. Aryan. Tanpa kata lagi, Masha mengatur langkah keluar. Pintu bilik, Masha tutup rapat.

Badan disandarkan pada pintu bilik. Gelak tawa halus dari dalam bilik membuatkan skru lututnya longgar dan akhirnya jatuh terduduk bersandarkan pintu.

" Aryan. " air matanya semakin galak mengalir turun. Lututnya dipeluk erat lalu wajah disembabkan. Masih berharap dirinya hanyalah bermimpi dan apabila dia bangun, wajah ceria Aryan yang menyapa. Please, i just wanna wake up from this nightmare!

[C] Dear Knight Where stories live. Discover now