Dear Knight
- i'm here because of you, my dear knight -
- take your hands, my dear, and place them both in mine. you know you stopped me dead while i was passing by, and now i beg to see you dance just one more time. -
_______________________
SENYUM tak ikhlas dilemparkan buat budak kecil dihadapannya. Budak bernama Raykal yang sibuk menyamu selera diperhatikan tanpa lepas. Dalam banyak-banyak budak, budak acah bos ni juga yang dia kena jaga. Dasar betul! Nak kata takdir, ehemm. Biasa takdir kahwin, hehh kahwin dengan budak kecil apede class.
" I'm done. " ujarnya bernada tegas. Sudu dan garfu yang dipegang dijatuhkan pada pinggangnya lalu ditolak tepi. Tisu yang terlipat kemas disisinya dicapai lalu dibawa mengesat kotoran kecil dipinggir bibirnya. Usai itu, seorang wanita berjalan laju menghampiri Raykal. Kerusi yang didudukinya ditarik kebelakang perlahan. Tanpa sekelumat senyuman dan kata terima kasih, Raykal mengangkat punggungnya lalu berlalu pergi. Tangga utama dihampiri.
Eh, bukan tangga.
Mata Masha mengecil. Perilaku Raykal diperhatikan tanpa berkelip. Tangan comelnya bergerak mencapai dinding bersebelahan tangga lalu dibuka.
Wait, whut?
Makin membulat mata Masha melihat nya. Butang merah yang tersimpan dalam lubang itu ditekan. Tidak sampai 1 minit masa berlalu, satu pintu kecil terbuka.
" Lif? " gumam Masha perlahan. Raykal menyumbatkan tubuhnya kedalam lif lalu pintu kembali tertutup rapat.
Hilang sahaja bayangan Raykal, masing-masing mengeluh lemah. Nureen segera melabuhkan punggungnya dikerusi berhampiran. Chef yang masih belum dikenali pantas berlalu menuju ke ruangan dapur. Bahu Masha disentuh membuatkan Masha tertoleh ke sisinya.
" Hahh? " kening Masha terangkat sebelah. Pandangan blank dipamerkan. Wajah bersih Tiara diperhatikan.
" So, amacam. Bos kedua kau tu. Ok? " tanya Tiara mengusik. Keluhan kecil terlepas. Budak tu? Hehh. Nak cakap satu je, bala.
Tiara tergelak kecil mendengar keluhan kecil Masha. Gelengan perlahan diberikan. Tapak tangan dijatuhkan diatas bahu kanan Masha.
" Moga kau tabah hadap dugaan ni. " usik Tiara dengan wajah simpatinya. Mulut yang diketap seperti menahan tawa membuatkan Masha memandang Tiara dengan pandangan pokerface.
" Ishh, Tiara ni. Tak baik kacau newbie sampai cam tu. Nanti lari macam babysitter sebelum ni macam mana? " tegur seseorang dari belakang membuatkan Tiara tersengih kerang busuk. Glup. Macam sebelum ni? Air liur ditelan kelat. Teruk sangat ke duhh kerja ni?
Pandangan Masha bawa memandang kebelakang. Wajah ceria wanita yang menyambut kedatangannya di luar rumah dipandang dengan sebaris senyuman nipis.
" Sebelum tu, saya Lily. Ketua maid dekat sini. " perkenalan singkat itu dibalas dengan senyuman nipis. " Yang chef tu .. " tundingan jari terhala ke arah dapur. " Yang tu, Daisy. Memang perangai dia kasar sikit tapi sokey, dia ok je. Cuma, don't mess with her.
Anggukan kecil diberikan.
> 💗 <
USAI meneguk fresh orange, gelas itu dibawa menuju singki lalu dibasuh dan diletakkan di atas rak bersebelahan singki. Tangan dibawa mengelap di tuala kecil yang tergantung di dinding.
Langkah diatur menghampiri meja. Phone dicapai lalu di'on'kan. Ruang notification dilihat.
" Unknown number? " tanya Masha hairan. Dahinya berkerut seribu. Tidak mahu tertanya lama-lama, password dimasukkan. Aplikasi WhatsApp ditekan. Chat daripada nombor yang tidak dikenali ditekan.
+60 13-291 ++++
" ni aku, bos kau. jaga raykal baik-baik. "
" 📷 "
" ni jadual kerja kau. "
" jangan risau, aku dah discuss dengan bos kau kat hotel tu. kerja kau dekat hotel tu, still berjalan. "
" hadam betul-betul jadual tu. "Masha tergamam. Sampai ke discuss eh?
Tawa kecil terhambur. Entah berita tu gembira atau tidak, dia pun tak tahu. Dua kerja dalam masa 1 hari, kau rasa? Hishh.
Nombor unknown itu di'save'.
Selepas berfikir nama yang sesuai diletakkan, yelah .. bos sendiri tak bagi tahu nama. Kita bagilah nama. Gituww.
Jari bermain di keyboard phone.
" No Respon Boss "
" Save ! "
Why? Hmm entah. Tengok time vc kat guard tu macam takda perasaan je. Senyum pun tak. Straight je muka tu. Cehh, tipikal bos.
> 💗 <
ANAK tangga terakhir didaki. Kelibat pintu bilik Raykal dipandang bersama keluhan berat lalu pandangan teralih pada dulang yang terisi segelas susu coklat dan sepiring macaron dalam pegangannya.
Tak menunggu lama, langkah diatur perlahan menuju ke pintu yang barusan dilihatnya. Sampai sahaja dihadapan pintu berwarna soft chocolate, langkah terhenti. Ketukan perlahan diberikan namun seperti yang dijangka, tiada sahutan.
Nafas diambil lalu dihembus keluar. Tombol pintu dipulas perlahan lalu daun pintu ditolak dengan berhati-hati tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Dulangan yang dibawa dipandang dengan ketapan bibir. Takut-takut je langkah Masha diatur. Yelah, dah lama tak buat kerja dulang-dulang ni. Kang jatuh, dia juga yang kena marah. Hikss.
Meja kecil bersebelahan katil dituju lalu dulangan itu dijatuhkan dengan berhati-hati diatas meja. Usai itu, badan kembali ditegakkan. Senyuman nipis diukir.
" Akhirnya, tamat disini. " gumam Masha perlahan. Langkah berura-ura mahu diatur keluar bilik namun kelibat Raykal menarik perhatian. Dengan kepala disembam dalam lipatan tangannya diatas meja belajar, Raykal terlena. Comel je dia perhatikan si Raykal ni. Dengan muka baby boy tu, uishh. Kalau anak aku ni. Shhh, tapi sayang. Arrogant!
" Pergi ke taknak? " tanya Masha sendirian. Tengok lama-lama macam kesian lah pulak. Yelah, dia pernah merasai tidur atas meja. Mesti sakit badan-badan lepas bangun nanti. Pastu muka jadi berbekas-bekas. Haihh.
Regangan kecil dibuat. Tulang leher dipatah-patahkan diikuti tulang jari tangannya. Ipad dalam pegangan Raykal diambil lalu dibaringkan dimuka meja. Wajah Raykal perlahan-lahan diangkat lalu kepalanya yang beralaskan rambut tebal keperangannya dijatuhkan pada lengan kanan Masha. Manakala lengan kirinya dibawa menyentuh kedua-dua belah bawah lutut Raykal yang berlapis dengan seluar treknya. Tudung comel itu dibawa perlahan-lahan menghampiri katil empuk itu lalu tubuh Raykal dijatuhkan dengan berhati-hati. Kedudukan bantal diperbetulkan dahulu lalu kepala Raykal dijatuhkan.
Remote aircond di meja sisi dicapai.
" 10 ? " guman Masha hairan. Wajah lena Raykal dipandang dengan pandangan tak percaya. Budak ni tak rasa sejuk ke hah? Tak berfikir lama, tapak tangan kanannya diletakkan didahi Raykal.Keluhan lemah diberikan.
" Demam, patutlah. " ujar Masha lalu selimut ditarik menutupi tubuh Raykal sehingga paras dadanya. Kemudian langkah terhala menuju ke pintu bilik. Pandangan terhala kearah Raykal sebelum tubuh Masha menghilang dibalik tutupan pintu itu tadi.
" Dia. Angkat, aku? "
YOU ARE READING
[C] Dear Knight
Teen FictionTheBest Floriarity Teen Fiction 2020 [ COMPLETED ] ✔ " i'm here because of you, my dear knight " Masha Darwisy, gadis kelahiran Istanbul yang telah berumah tangga. Kasih sayang yang diterima daripada orang tersayang membuatkan dia sedar dunia ini ti...