- ' 42

228 15 0
                                    

Dear Knight

- i'm here because of you, my dear knight. -

- romeo, save me. they're trying to tell me how to feel. this love is difficult, but it's real. don't be afraid. we'll make it out of this mess. it's a love story. baby, just say ' yes ' . -

_________________________

USAI puas menilik penampilan diri yang mengenakan baju kurung dhia cotton bunga-bunga pink diikuti shawl pink pastelnya, akhirnya sling bag putih disangkut di bahunya. Tidak mahu berlama-lama dalam ruangan biliknya, suis lampu dan kipas dimatikan lalu tombol pintu segera dipulas. Tubuh dibawa keluar.

Kelibat Qas menuruni anak tangga segera menyapa ruangan mata Masha. Tergesa-gesa langkah dilajukan bagi menyaingi langkah Qas. Qas yang perasan akan itu sekadar menggelengkan kepalanya sebagai tanda ' macam budak-budak ! '

" Before sampai sana, kau nak singgah or makan mana-mana ke ? " soal Qas sambil tangan dipanjangkan mencapai gugusan kunci di atas meja kaca.

" Hm, tak. " balas Masha sepatah. Bayangan mulai dipenuhi dengan hidangan makanan yang bakal dilihatnya. Uwauu !

" Hahh ! " jerit Qas tiba-tiba. Naik terhinjut bahu Masha dibuatnya. Terkejut titew. Orang kat sebelah dia, nak jerit-jerit lakk.

" Apo ? "

" Btw, mana kau dapat bunga dalam vase tu. Semalam aku tengok, layu je bunga kat vase tu. Ni sekarang, segar bugar pulakk. Nak kata bunga yang sama, semalam bunga matahari, sekarang mawar. Kau— "

" Well, secret admirer. " balas Masha penuh bangga. Kembang kempis hidung Masha dibuatnya. Qas yang mendengar mencebik bosan. Pandangan yang tertumpu pada bunga mawar itu terus beralih ke muka pintu.

" Nyesal tanya. " omel Qas lalu jelingan sekilas diberikan buat Masha. Namun, disebabkan jelingan sekilas tulah, dia nampak Masha sedang bahagia flip tudung shawl nya.

" Ughh ! " naik berhangin Qas dibuatnya. Langkah dilajukan meninggalkan Masha dibelakang. Masha yang melihat sekadar tergelak kecil.

Usai kelibat Qas sudah tidak kelihatan, langkah Masha terhenti. Pandangan penuh makna kemudian terhala pada bunga yang dimaksudkan Qas tadi.

Keluhan panjang dilepaskan.

> 💗 <

" Weyhh An, nanti kau jadi pengapit aku au. " ujar seorang lelaki yang sudah terletak kemas pakaian bagi pengantin lelaki. An yang barusan dimaksudkannya mengangkatkan kening sebelahnya tanda hairan.

" Eh, asal aku pulak ? " tangan yang sedikit berminyak akibat pegangan pada kuih karipap sebentar tadi bergerak mencapai tisu pink di atas meja bulat itu.

" Jadi jelahh. " arah si dia tak mahu kalah.

" Sukati kau lahh. " balas An surrender. Jawapan An dibalas dengan senyum sorok. Senyuman penuh makna. Senyuman penuh tanda kemenangan.

> 💗 <

SUASANA yang penuh dengan manusia-manusia serba pelangi membuatkan perjalanan mereka berdua terasa sesak. Ingat highway je ada sesak bagai ni. Hailahaii.

Masing-masing memanjangkan leher. Anak mata dari tadi meliar memandang sekeliling. Figura seorang perempuan melambai tangan ke arah mereka berdua membuatkan Masha segera melajukan langkah kearah perempuan itu. Rintangan yang agak berat untuk diharungi, digigihkan juga.

[C] Dear Knight Where stories live. Discover now