Dear Knight
- i'm here because of you, my dear knight. -
- i'm only one, call away. i'll be there to save, the day. superman got nothing on me. i'm only one call away. -
_________________________
KETUKAN pada muka pintu diberi bersertakan ucapan salam. Tidak menunggu lama, daun pintu terkuak dari dalam. Wajah cemas Qas menyambut kehadiran Masha dimuka pintu.
Pandangan itu dibiarkan tanpa jawapan. Langkah diatur memasuki ruangan apartment Qas seusai menanggalkan sepasang kasut tumit rendah yang dipakainya. Belum sempat dua tiga langkah diambil, riak terkejut Masha pamerkan. Langkahnya kaku.
Qas yang melihat reaksi Masha pantas menghampirinya.
" So macam mana, terharu ? " balas Qas. Pantas Masha berpaling ke arahnya. Wajah tak percaya Masha pamerkan.
" Aku tahu kau risau dengan aku tapi tak payah lah sampai bunga-bunga bagai ni. Macam wad hospital kau tau. " balas Masha bersama gelengan kepalanya. Lebih dari 10 jambak bunga yang sudah terhias cantik. Setiap jambak, terdiri dari bunga yang berlainan. Ada ros merah, ros pink, ros kuning, bunga matahari dan unknown flower. Fikir aku kesah sangat pasal bunga ni ?
" Kau patut cakap tu dekat Aydil. " balas Qas. Pandangan Masha disertakan beribu kerutan didahi dibalas dengan senyum mengusik.
" Aydil ? " kening Masha terangkat sebelah.
" Yupp, dia yang bagi semua bunga ni. Nak harapkan aku ? Semestinya tidak lah aku nak bagi bunga untuk kau. Nampak macam bendera pelangi kau tauu. Haihh. " tidak tertumpu pada wajah Masha, pandangan Qas lebih tertarik pada kotak pastel aneh yang dipegang erat Masha. Keningnya bercantum.
Sedar akan itu, segera Masha berkata.
" Erkk kotak ni— " jawapan yang sedikit teragak-agak membuatkan Qas sekadar tersenyum nipis." Sokey, aku tak paksa kau cerita sekarang. Get your time, ok. " jawap Qas seakan-akan memahami diri Masha yang masih diulit dengan satu perasaan. Dia tahu perasaan itu tapi biarlah Masha yang menyedari rasa yang bersarang dalam hatinya itu.
Masha yang terasa terharu hampir sahaja memeluk tubuh Qas namun Qas terlebih dahulu menghalang gerak-gerinya.
" Haipp, kau tengah peluk kotak tu. Kang peluk aku, habis kotak kau jatuh then terburai semua rahsia dalam kotak tu kau. " bebel Qas.
Sengih kerang busuk Masha pamerkan. Usai pamit, langkah diatur menuju ke biliknya.
" Btw Masha, kau terima jelah Aydil. " ujar Qas tiba-tiba membuatkan langkah Masha terhenti. Pandangan dibawa kebelakang memandang wajah tertanya-tanya Qas.
Keluhan perlahan dilepaskan.
" Tengoklah macam mana nanti. "
" Ishh kau ni Masha, tak baik tau reject lelaki perfect macam Aydil tu. Dia— wait whut ? Kau terima Aydil ! OMO ! " wajah penuh tergamam Qas pamerkan. Kedua belah tangannya dibawa menekup mulutnya tanda terkejut tahap meganya itu.
"I SAID , tengoklah macam mana nanti. " balas Masha. Amboii, main tarik tali nampak.
" Green light sudahh. Kena bagitau Aydil ni. " ujar Qas pantas. Phone diatas meja segera dihampiri.
" Noo. Biar aku— " pantas Masha mengemam mulutnya apabila ayat itu hampir terlucut keluar meniti dibibirnya. Wajah terasa membahang.
" Alolololo dia, malu-malu gituu. Takpe-takpe, faham kau nak cakap sendiri dengan Aydil kan. Baru suwit gituu. " balas Qas bersama riak mengusiknya itu.
" Syuhh, syuhh. Pi bilik sana. Busuk nauu, bape hari tak mandi hah ? " sambung Qas lagi.
Jelingan manja-manja gitewww diberikan diikuti bebola mata yang digulingkan tanda menyampah. Dalam menyampah bercampur malu, langkah tetap bergerak menuju ke arah biliknya.
Terjengah-jengah Qas melihat kelibat Masha. Usai terasa kelibat Masha menghilang dari radar penglihatannya, sengih nakal pantas diukir.
" Tapi— "
Phone dicapai lalu di'on'kan. Contact yang dari tadi berlegar dalam fikirannya ditekan lalu mesej dihantar.
" Green light, bruhh. Green light ! "
" Benda baik tak boleh tunggu lama-lama. Nak tunggu si Masha ambil next step, sampai ke sudah takdanya. Cepatlah, nak pakai baju cantik-cantik jadi pengapit ni. "
Dari single tick berubah ke double tick dan akhirnya—
—bluetick.
Senyuman yang sedari tadi terlakar semakin melebar. Aww, so jealous lahh diri yini.
> 💗 <
USAI meletakkan kotak dan fail dibirai katil, segera langkah diatur keluar. Tidak banyak memikirkan jika kalau ada soalan cepumas yang bakal dihadapan, terus posisi terletak bunga-bunga itu dihampiri lalu dipeluk.
" Eh, Masha— "
Terus menghilang figura Masha ditelan dinding.
" Woww ! Hilang. "
Dengan nafas yang tercungap-cungap, daun pintu kembali dirapatkan. Langkah diatur menuju ke birai katil lalu jambakan bunga-bunga diletakkan disitu. Lipatan kertas keras yang terselit dibalik bunga pantas Masha ambil lalu dibuka.
" I Miss You. "
Pemilihan secara random diteruskan. Tanpa sedar, senyuman penuh kebahagiaan sudah terlakar dibibirnya.
" Please say you're fine. Please. "
" Get your time. "
" Raykal miss you. "
Raykal ? Mustahil budak sombong tu rindu aku. Tipu nauu. Lipatan kertas keras kembali diteruskan.
" Go to google and search this word ' 381 meaning , 224 meaning .... "
" Eh ? " kening Masha bertaut. Tidak terus membiarkan diri tertanya-tanya, terus phone di sling bagnya dicapai. Belum sempat app google ditekan, notification yang sedari tadi terpapar di skrin phone terlebih dahulu menarik minatnya.
" Asal aku tak perasan— owhh mode silent. "
Mesej itu ditekan.
Matanya terbelalak. Text itu dibaca berulang kali. Terkebil-kebil dia menghadam situasi yang dirasainya itu.
" Esok, jam 10 am. Saya jemput awak . "
.
.
.
.
YOU ARE READING
[C] Dear Knight
Teen FictionTheBest Floriarity Teen Fiction 2020 [ COMPLETED ] ✔ " i'm here because of you, my dear knight " Masha Darwisy, gadis kelahiran Istanbul yang telah berumah tangga. Kasih sayang yang diterima daripada orang tersayang membuatkan dia sedar dunia ini ti...