Dear Knight
- i'm here because of you, my dear knight -
- now i laugh about the things that used to be important to me, used to have a hold on me, used to have a hold on me. like what do you think, and what he thinks, and what they think. but I love ... me. -
__________________KERETA yang dipandunya diberhentikan dihadapan sebuah bangunan yang megah berdiri menjejak tanah. Pandangan dibawa keluar melihat bangunan pencakar langit tanpa menurunkan cermin tingkap keretanya. Kemudian kepala ditolehkan pula pada sahabatnya di seat sebelah pemandu.
Dahinya sedikit berkerut apabila Masha tidak henti-henti mengelamun merenung ke luar. Masha dipandang dengan pandangan ' seriously? '.
Jam dipergelangan tangan dipandang sekilas kemudian kembali pada Masha. " Aku dah lambat boleh dia termenung macam ibu kematian anak. " dengus Qas perlahan. Segera bahu Masha ditolak sedikit kuat. Biar bagi dia kembali sedar ke dunia realiti.
Seperti drama klise yang lain, Masha memandang Qas dengan riak blank nya. Mulutnya tergerak perlahan. " Apa? " keningnya terangkat.
" Wa-whut? " Masha dipandang dengan pandangan bengang. " Kita dah sampai, babe. " kata Qas yang disudahi dengan hembusan nafas yang panjang.
" Owhh ok. " dengan mood blank yang masih bersarang dalam fikiran Masha, Masha segera bertindak membuka seat belt nya. Masha berura-ura mahu membuka pintu namun Qas pantas bertindak menarik tangan Masha daripada membuka pintu.
Pandangan blank sekali lagi terpancul di mata Qas. Naik rimas dibuatnya. Pelipis dahinya diurut perlahan. " Allahu, asal lah member aku ni bengap semacam pagi-pagi ni. " keluh Qas kemudian jarinya dibawa menjauhi dahinya.
" Kau ok tak? " tanya Masha apabila melihat Qas barusan mengurut dahinya. Fikirnya mungkin Qas pening-pening kepala. Bak kata om'puteh, headache.
" Bukan aku, tapi .. kau tu ok tak? Dari tadi termenung je, cakap pun sepatah-sepatah je. Kalau kau ada masalah, bagi tahu aku. " luah Qas sedikit hairan dengan perangai pendiam Masha. Masha yang dia kenal bukan macam ni. Sikap pendiam dengan orang yang dia dah ngam memang jauh sekali.
Masha tersengih kerang busuk. " Aku ok lah. " senyuman dilebarkan lagi. Qas menggelangkan kepalanya perlahan.
" Betul ini? " tanya Qas sekali lagi seperti tidak percaya dengan ayat yang keluar daripada mulut sahabatnya. Usai itu, Masha menganggukkan kepalanya laju. Keluhan dilepaskan Qas. " Aku harap betullah kau ok. " gumam Qas perlahan.
Masha yang perasan mulut Qas bergerak segera menjongketkan kening sebelahnya. " Kau ada cakap apa-apa ke? " tanya Masha namun dibalas dengan gelengan daripada Qas.
" Ni aku nak cakap pasal tempat kerja kau. " cakap pasal itu terus Masha menumpuhkan seluruh perhatiannya kepada Qas. " First at all, sorry sebab aku tak dapat nak bagi kau kerja satu office dengan aku. Aku fikir ada jawatan kosong tapi semuanya orang dah ambek. " ujar Qas sedikit serba salah.
" Sokeyy lah. Lagipun aku tak kesah kerja dekat mana pun. Janji kau yang uruskan sebab apa yang kau rasa terbaik untuk aku, then tu baik untuk aku juga. " balas Masha ikhlas. Betul memang dia tak kesah kerja apa pun malah dia bersyukur sebab masih diberikan kerja walaupun pembelajarannya tidak setinggi mana. Nilah orang kata, untung kalau ada 'orang dalam'.
Qas tersenyum nipis. Sepertinya ayat yang terpancul keluar daripada mulut Masha berjaya mengusir perasaan serba salahnya.
YOU ARE READING
[C] Dear Knight
Teen FictionTheBest Floriarity Teen Fiction 2020 [ COMPLETED ] ✔ " i'm here because of you, my dear knight " Masha Darwisy, gadis kelahiran Istanbul yang telah berumah tangga. Kasih sayang yang diterima daripada orang tersayang membuatkan dia sedar dunia ini ti...