- ' 14

327 21 0
                                    

Dear Knight

- i'm here because of you, my dear knight -

- do you ever feel like a misfit? everything inside you is dark and twisted. oh, but it's okay to be different. 'cause baby, so am i ( so am i, so am i, so am i-i-i-i-i ) . -
__________________

" Bukk. " difikirnya gempa bumi. Rupanya tidak.

Wajah cuak Yaya dipandang hairan. Lelaki berkot dihadapan dipandang. Air liur ditelan kelat.

Ah sudah.

Muka ketat yang dipamerkan menjadi tatapan mata helang Masha. Wajah bengis yang poyo itu membuatkan Masha mencebik spontan.

" Ni pahal borak-borak? Dah berani makan gaji buta, hahh?! " jerkahnya kuat. Berdesing gegedang telinga Masha dan Yaya mendengarnya. Muka perit terpancul keluar dari muka bersih mereka berdua. Masing-masing menelan air liur kelat. Masha yang mempamerkan mata helangnya pantas menundukkan pandangannya. Gila kau nak tentang mata dengan boss, kau nak suruh aku kena fired before 1 hour ke duhh?

" Erkk, bos-boss. kami .. " terkebil-kebil Yaya ingin menjawap namun, entah dari mana Masha mendapat keberanian menyampuk pun dia tak tahulah. Awal-awal dah bangang. Dasar newbie tak sedar diri. Tskk,tsk.

" Saya Masha, newbie. That's why saya tanya Yaya selok-belok dekat sini. " ujar Masha acah mesra. Senyuman fake terukir dibibirnya.

Lelaki bertubuh tegap itu memandang Masha dengan angkatan kening sebelahnya. " Kau bukan kerja cleaner, house keeping atau seangkatan dengannya kan? " anggukan teragak-agak diberikan. " So perlu ke tanya selok-belok hotel? Asal, nak pasang bom dekat hotel ni? Or nak plan something yang boleh jatuhkan hotel ni? " serkap jarang lelaki bertubuh tegap itu membuatkan Masha tergamam. Sampai macam tu sekali negatifnya pemikiran boss dekat sini? Wa-what? Yaya yang tertunduk mengetap bibir dipandang sekilas. Aku syak dia pun bengang.

" Erkk, Encik .. "

" Rayyan. " sambung lelaki bertubuh tegap itu senada.

" Tak boleh klise lagi ke nama? " gumam Masha perlahan.

" Ehemm. Miss Asha, i'm talking to you. " dengus Rayyan apabila melihat Masha bercakap sendirian dengan nada perlahan. Mengutuk le tu.

' Hmm, memang klise. Bos memang wajib speaking ke hape? ' monolog Masha bosan. Wajah Rayyan kembali menjadi tatapan matanya. Senyuman acah ikhlas diukir sebaik yang mungkin.

" Hurm, sokey Encik Rayyan. Saya takkan terniat pun nak jatuhkan hotel 5 star ni. Lagipun saya sebagai pekerja dekat kaunter ni wajib untuk tahu selok-belok hotel ni. Yelah, guest-guest yang datang ke sini kan of course lah akan melawat kaunter hotel ni bertanya hala tuju dekat ruangan hotel besar gedabakk mencecah langit ni. Tak ke gitu Encik Rayyan? " balas Masha dengan beberapa ayat yang ditekankan tanpa berfikir dua kali. Senyuman acah ikhlasnya masih terpamer diwajahnya.

Encik Rayyan mendengus geram.

" Dan lagi satu. " wajah bengang Encik Rayyan dipandang. Sengihan sinisnya terukir. " Nama saya Masha, not Asha. "

Encik Rayyan tergelak kecil. Masha dihadapan dipandang atas bawah. Pipi sebelahnya dikembungkan dengan hujung lidah mengherot ke dalam pipi. " I don't care and, whatever! And you newbie, behave yourself in my hotel! Get it?! " balas Encik Rayyan sedikit berang dengan pekerjanya. Malas mahu menatap wajah Masha yang menyakitkan hatinya, lantas langkah diatur menuju ke lif.

[C] Dear Knight Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang