- ' 35

276 16 0
                                    

Dear Knight

- i'm here because of you, my dear knight. -

- i need somebody to heal, somebody to know, somebody to have, somebody to hold. it's easy to say, but it's never the same. i guess i kinda liked the way you numbed all the pain. -

_________________________

USAI menjamu selera, punggung diangkat lalu langkah diatur perlahan menuju kearah sink di sudut kantin itu. Sampai sahaja, pili air dibuka lalu jari tangan dibawa menyentuh air. Sambil menunggu jari tangan siap dibilas, anak mata meliar memandang pantulan diri di cermin satah dihadapannya kemudian beralih pula pada imej pantulan sekumpulan gadis yang ligat bersembang.

Keluhan lemah dilepaskan.

" Kalau aku ingat siapa diaorang, mesti aku sebahagia itu. " gumam Masha perlahan. Tidak menunggu lama, pili air ditutup lalu langkah diatur keluar daripada kawasan kantin itu. Dengan harapan, pemergian dia tidak disedari mereka.

Dengan berbekalkan lampu mentol di setiap siling sekolah, langkah tanpa tujuan itu Masha harungi sambil mata meliar memandang sekeliling. Mungkin mencari tempat yang sesuai untuk dia memandang langit malam sambil cuba mengingati memori lama satu-persatu.

Langkah Masha terhenti.

Pandangannya kaku pada satu sudut yang terasa familiar baginya. Terutama damparan rumput yang kian menghijau di tengah taman bunga itu. Entah, dia rasa ada sesuatu tentang tempat itu. Tanpa berfikir lama, damparan rumput itu dihampiri lalu punggung dilabuhkan. Pandangan meliar memandang hadapan namun masih tiada memori lama yang ingin berlegar di ruang fikirannya. Akhirnya keputusan diambil, posisi duduk Masha berubah kepada posisi berbaring. Kekemasan tudung bawal hitam yang terletak didadanya diperbetulkan lagi diikuti lipatan tudung di sisi pipi kiri dan kanan.

Pandangan Masha kaku melihat dada langit. Subhanallah, indahnya ciptaan Mu, Ya Allah. Perlahan bibir melakar senyuman nipis. Langit yang gelap namun masih tetap terasa indah dengan kehadiran bintang-bintang di langit. Tidak dilupakan, bulan yang sentiasa menemani malam. Sungguh, cantik !

" Sebab sayang tengoklah, bulan tu nampak cantik. "

Kening Masha mulai bergerak-gerak apabila terasa ada satu suara bermain di fikirannya. Pelipis dahinya yang tadinya normal kini mulai terasa berdenyut-denyut. Memori lama kah ?

Nafas diambil, lalu dihembus keluar.

Dengan lafaz bismillah, perlahan-lahan Masha menutup sepasang kelopak matanya. Membiarkan memori lama yang menguasai mimpinya. Mungkin ini yang terbaik ?

" Abang. " panggil Masha meleret. Kepala yang beralaskan rambut lepasnya dijatuhkan ke bahu Aryan. Tiupan angin malam serba sedikit membuatkan rambut Masha terbuai diikuti langsir balkoni biliknya yang kian mengikut atur tiupan angin.Balkoni bilik yang sepenuhnya ditutupi dengan cermin membolehkan dia membiarkan rambut bergerak mengikut angin. Dari dalam jernih, semua boleh nampak. Tapi dari luar, serba gelap.

" Yee ? " sahut Aryan lembut. Tangan dibawa memeluk bahu Masha lalu diusap perlahan.

" Kenapa bulan ni cantik sangat ea ? " soal Masha sengaja. Bukan dia tak tahu, cuma saja nak bermanja. Bebola mata masih terpaku pada dada langit.

Tawa halus Aryan keluarkan. Masha yang terasa diri diejek, mencebik.

" Kenapa gelak ? " soal Masha dengan riak wajah masam mencuka.

[C] Dear Knight Where stories live. Discover now