Dear Knight
- i'm here because of you, my dear knight. -
- dancing on the hood, in the middle of the woods. of an old Mustang, where we sang. songs with all our childhood friends. and it went like this, say. -
_________________________
LIPATAN tudungnya diperkemaskan lagi. Pantulan imej dirinya pada cermin solek dilihat. Setelah merasa puas, senyuman nipis dilakar lalu sling bag diatas meja diambil dan digantung pada bahu kirinya. Bagasi disisi katil ditarik lalu disorong keluar. Setelah memastikan suis lampu, kipas tertutup, pintu bilik dikunci lalu kunci itu disumbat masuk kedalam sling bag.
Langkah diatur perlahan menuruni anak tangga. Usai sampai, angkatan beg diletakkan diatas lantai lalu kembali disorong seperti biasa. Qas yang menunggu di depan pintu dihampiri.
" Sorry lambat. " ujar Masha sambil memaparkan sengih kerang busuknya. Sudah lali dengan perangai Masha, gelengan kepala diberikan.
" Girl. " komen Qas dengan keluhan lemah. Masha sekadar menayangkan barisan giginya yang cantik tersusun.
" Dah tak payah tayang senyum kau tu, menyampah aku. " komen Qas lalu berlalu meninggalkan Masha yang masih terpinga-pinga memakai kasut.
Cebikan Masha hadiahkan lalu sarungan kasut yang terakhir dilakukan. Langkah Masha terhala kearah kereta milik Qas bersama sorongan bagasinya. Bahagian bonet yang sudah Qas buka dihampiri. Beg petak itu Masha angkat lalu disumbat masuk kedalam bonet.
Bonet ditutup lalu Masha dan Qas berlalu menyumbatkan diri kedalam ruangan seat masing-masing. Qas dibahagian pemandu manakala Masha dibahagian seat sebelah pemandu. Stereng dipusing. Kereta yang dipandu perlahan-lahan membelah jalan bandar metropolitan itu. Keberangkatan awal pagi membuatkan faktor kesesakan jalan raya untuk dihadapi berkurangan.
> 💗 <
SELESAI memarkingkan kereta, tubuh Masha menggeliat kecil. Qas yang perasan memandang Masha sekilas lalu mencebik bosan.
" Aku yang pandu, kau yang menggeliat. " perli Qas. Masha sekadar menghiraukannya sahaja. Malas melayan. Sempat juga bebola matanya digulingkan keatas tanda dia malas nak dengar Qas membebel.
Pintu seat sebelah pemandu terkuak. Punggung diangkat lalu tubuh dibawa membolosi perut kereta. Mata meliar memandang sekeliling. Tempat yang tidak terasa asing itu membuatkan Masha tersenyum lebar.
" Sekolahku, nerakaku. Hiyakk. " badannya menggeliat. Tulang jari dipatah-patahkan kemudian diakhiri dengan lehernya. Usai itu, tubuh dipusingkan memandang tingkap kereta, kekemasan tudung diperbetulkan.
Masha yang menggeliat dipandang sekilas lalu pandangan kembali terarah pada bonet kereta yang sudah terbuka. Dua bagasi petak diangkat dan dibawa keluar lalu bonet kembali ditutup rapat. Butang kunci ditekan.
" Bipp. "
Tangan Qas bergerak menarik pemegang bagasi lalu disorong. Gelengan perlahan di hadiah buat Masha. Macam budak-budak.
" Cepat. " arah Qas membuatkan Masha terkebil-kebil. Terasa diri mahu ditinggalkan, segera Masha berlalu mencapai bagasinya lalu disorong laju. Langkah Qas disaingi.
" So lepas ni nak gi mana? " tanya Masha sambil pandangan meliar memandang sekeliling. Wajah setiap manusia dilihat bagi mengenal pasti identiti mereka. Mata Masha mengecil lalu membulat apabila identiti mereka sudah diketahui. Tawa halus dilepaskan.
YOU ARE READING
[C] Dear Knight
Teen FictionTheBest Floriarity Teen Fiction 2020 [ COMPLETED ] ✔ " i'm here because of you, my dear knight " Masha Darwisy, gadis kelahiran Istanbul yang telah berumah tangga. Kasih sayang yang diterima daripada orang tersayang membuatkan dia sedar dunia ini ti...