- ' 30

261 17 0
                                    

Dear Knight

- i'm here because of you, my dear knight. -

- little do you know, i know you're hurting while i'm sound asleep. little do you know. all my mistakes are slowly drowning me. little do you know, i'm trying to make it better piece, by piece. little do you know i, i love you 'til the sun dies. -

_________________________

MUG yang sudah terisi dengan air milo panas dipandang sekilas lalu jari tangan kanan Masha dibawa memegang tangkai mug lalu menyentuh pinggir bibir dan dihirup perlahan. Usai itu, phone kembali diletakkan di hadapannya.

Phone disebelah mug dicapai. Kata laluan dimasukkan dan aplikasi WhatsApp segera dicari. Group yang mencapai pesanan sehingga 500 lebih dipandang dengan keluhan lemah. Malas membaca chat yang tahpape, description group dibaca.

" reunion, september 19.
24 - 26.
siapa tak datang, aku nak tanya.
kau siapa nak putuskan silaturahim kita? datang or aku tuntut kat akhirat, kau ingat aku lupa janji kau lepas habis spm? "

Masha sekadar menggulingkan anak matanya tanda bosan. Siapa lah yang type ayat skema macam ni. Gelengan perlahan diberikan. Cakap pasal reunion, terus Masha teringat bahawa dia belum apply cuti dengan Aydil.

Ruangan search ditekan. Pandangan dibawa ke atas memikirkan nama apa yang perlu dia cari. Selesai berfikir sejenak, jari tangan bermain di ruangan keyboard.

" Mumia "

Kenalan yang dicari akhirnya dijumpai. Nama itu diketik lalu message dihantar.

" aku nak apply cuti empat hari. start hari ni. thanks. "

Tanpa menunggu sebarang balasan, phone kembali di'off'kan lalu diletakkan disisinya. Mug diteguk sekali bagi menghabiskan air yang masih bersisa lalu langkah terhala ke singki. Mug dibilas.

" Masha. " panggilan itu Masha meng'hm'kan sahaja. Mug yang sudah dibilas disusun didalam rak. Badan dipusingkan lalu figura Qas memandang dibalas dengan angkatan kening sebelahnya. Punggung dilabuhkan di kerusi asalnya dimana dia menghirup air milo sebentar tadi.

Kedua belah tangan Qas yang menongkat dagu diikuti pandangan mata yang tak sudah-sudah berkelip membuatkan Masha mengerutkan dahinya hairan. Dengan dia-dia sekali ikut terkelip-kelip mata. Gelengan perlahan diberikan bagi menyedarkan dirinya.

" Kau pahal, sakit mata? " tanya Masha yang lebih kepada memerli. Sengih senget dipamer.

Qas mencebik mendengar soalan acah tak faham Masha. Tongkatan dagu berubah dengan bantuan tangan kiri Qas sahaja.

" Macam ni, esok kan ada reunion kan? " pertanyaan kurang bijak Qas dibalas dengan anggukan perlahan. " —so, why not kita shopping. " cadang Qas dengan angkatan kening sebelahnya yang berkali-kali.

" Shopping untuk apa? Baju kan dah berlambak. Pakai jelah hape yang ada. Bersyukur sikit, dekat luar sana- "

" Iyaa, Masha. Iya, aku tahu. " Qas mendengus bosan. Lain yang dimaksudkan, lain yang dia hadam. " Aku just nak beli satu baju je. Tu pun dipakai time malam tu. Lagipun, esok kan ada crush kau. Kau try lah melawa sikit. Mana tau last day, dia lamar kau ke? Kan. Kan. " provok Qas supaya dia turut ikut shopping. Masha yang terasa amnesia disitu pantas menjawap dengan kerutan didahi.

[C] Dear Knight Where stories live. Discover now