- ' 8

374 35 0
                                    

Dear Knight

- i'm here because of you, my dear knight -

- i hate you, i love you. i hate that, i love you. don't want to, but i can't put, nobody else above you. -
__________________

WAJAH bersih milik sahabatnya dia pandang. Keluhan berat dilepaskan.

" Kesian kau Masha, dugaan kau berat. Segalanya, terlalu berat. Mungkin saat ini orang sekeliling kau akan hilang, tapi aku janji aku akan stay forever. Aku janji Masha, aku janji. Kau sahabat dunia akhirat aku. Sebab kau, kebahagian aku dan aku harap Allah akan kekalkan kebahagian kita. " gumam Qas perlahan. Genggaman pada tangan Masha dilepaskan.

Pipi yang basah Qas lapkan dengan tapak tangannya. Juraian rambut yang menutupi wajah Masha, Qas tolak ketepi. Kedudukan selimut pada tubuhnya, Qas perbetulkan.

" Aku sayang kau. " - Qas

Punggung diangkat. Kerusi tempat dimana dia melabuhkan punggung perlahan-lahan diletakkan ditempat asalnya. Tiba-tiba sahaja phone dipoket berdering.

Disebabkan tidak ingin mengganggu lena Masha, segera Qas bergerak pantas keluar dari bilik. Poket diseluk lalu phone dikeluarkan. Muka phone dilihat.

" Mummy. " gumamnya perlahan. Panggilan diangkat lalu dilekapkan ditelinga.

" Assalammualaikum, anak mummy. " ujar si pemanggil ceria.

" Waalaikumsalam, mummy. Mummy, maaf Qas tak dapat masuk office hari ni. Qas teman Masha. " ujar Qas penuh sopan. Senyuman nipis dia ukir walaupun dia tahu si pemanggil tidak melihatnya. Yelah, call je bukan video call.

" Sokeyy, mummy faham. Jaga Masha elok-elok. Kesian mummy tengok dia. Dia budak baik tapi dugaan dia macam-macam. Ingat pesan mummy ni. " balas mummy. Yupp, sudah lama keluarga Qas menganggap Masha sebahagian daripada keluarga mereka. Peribadi yang baik membuatkan hati mereka luluh melihat kederitaan Masha.

" Hurmm, mummy. Boleh tak kalau Qas bawa Masha tinggal dekat apartment Qas? "

" Eh, bukan dia dah berkahwin ke? Mana husband dia? Dia izinkan ke? " soal mummy hairan.

" Husband dia, cuu . " balas Qas sedikit teragak-agak.

" cu? "

" husband dia pergi oversea. " ujar Qas segera. Dia tersenyum kelat. Mungkin belum tiba waktunya untuk ceritakan masalah Masha lagipun Masha pasti taknak mummy aku tahu.

" Lah yeke? Ingatkan apalah tadi. Hahh, mummy izinkan. Bagus juga ada Masha, boleh buat peneman. Lagipun bahaya anak dara duduk sorang dekat apartment macam tu. Jangan lupa minta izin suami Masha dulu. Ok lah bye, mummy ada meeting ni. "

" Bye. " panggilan dimatikan. Sekujur tubuh yang sedang tidur lena dia jengah melalui celah pintu. Senyuman halus terukir. Langkah diatur menuju ke ruang tamu. Remote dipegang.

> 🥀 <

USAI menunaikan solat fardu isyak diikuti doa memohon keredhaan Allah serta permudahkan urusannya di muka bumi ini, telekung dan sejadah dilipat petak lalu diletakkan diatas meja sisi.

Setelah memastikan suis bilik sudah ditutup, langkah diatur menuju ke ruang tamu. Qas yang ligat menonton drama melayu dipandang sekilas kemudian punggung dilabuhkan bersebelahan Qas.

[C] Dear Knight Where stories live. Discover now