- ' 1

800 49 2
                                    

Dear Knight

- i'm here because of you, my dear knight -

- remember when i told you, no matter where i go. i'll never leave your side, you will never be alone. -
__________________

RAMBUT yang basah Masha serabaikan. Tuala berwarna purple pastel yang bersidai di bahu kerusi dicapai lalu dijatuhkan pada rambut basahnya. Usai memastikan rambutnya hanya lembap sahaja, tuala itu dijauhkan dari rambut hitamnya lalu disidai kembali di tempat asalnya.

Punggung dijatuhkan pada birai katil. Keluhan lega dilepaskan.

Kembang kempis hidungnya apabila haruman biliknya menusup masuk kedalam deria baunya. Bau wangian seorang suami.

Senyuman nipis terukir dibibir mungilnya.

Satu objek yang terletak kemas diatas meja sisi berjaya menarik perhatiannya. Keningnya bertaut. Objek itu pantas dicapai lalu ditilik. Disebabkan pandangan yang kabur, matanya dikecilkan.

" Pregnancy test? " omelnya hairan.

' Owhh lupa. Sebelum pergi Cafe aku ada try benda halah ni. Well, my mum yang cadangkan. So, i'm just try. Katanya period aku tak datang lagi untuk bulan ni. Bagi aku normal lah. Cepat, lambat. It's normal ok. ' desisnya sendirian.

Spec di penjuru meja sisi dicapai lalu disarungkan pada bahagian penglihatannya. Kedudukan spec yang sedikit senget diperkemaskan. Fokusnya kembali terarah pada pregnancy test yang dipegangnya.

" Omaiii " mulut ditekup. Matanya membulat tanpa berkelip. Dia terkedu. Tak tahu nak bagi respon apa. Gambira? Takut? I don't know.

Dua jalur merah.

> 🥀 <

JARI kanannya bermain dengan jari kirinya. Jam dinding kaca bersaiz bulat tanpa bingkai itu dipandang sekilas. Bibir bawah digigit kegelisahan.

Degupan jantungnya semakin laju apabila bunyi enjin kereta milik suaminya menyapa pendengarannya. Lantas punggung diangkat, langkah diatur laju menunggu kehadiran suaminya. Senyuman manisnya mekar menghiasi wajah bersihnya.

Daun pintu terkuak dari luar. Wajah kusut sang suami tersembur keluar disebalik pintu.

" Biey. " panggil Masha meleret.

" Not now Masha. I'm tired. " katanya perlahan namun dapat didengari Masha. Masha? Hurmm, biasa kalau macam ni dia terus merajuk but now, still boleh senyum. Haihh lahaii.

Kasut kulitnya dicabut lalu disusun dirak kasut. Langkah diatur memasuki rumahnya. Masha yang sedari tadi tersenyum manis kini membuntuti dirinya. Tuxedo yang disangkut pada lengan sasanya kini disidai pada bahu sofa. Punggung dihenyakkan.

Nafas kelegaan dihembus kereta.

Sang suami yang bersandar sambil memejamkan matanya dilihat. Punggung pantas dijatuhkan bersebelahan cinta hatinya. Ecehh.

" Bieyy. " sunyi plus sepi. " Bieyyy " panggil Masha lagi. Lebih manja, lebih meleret. Lengan sasa sang suami diragut. Jari tangan dimainkan pada lengan sasa yang dilitupi kemeja putih kosong itu.

Rahangnya bergerak-gerak. Tangan Masha pantas dipegang erat.  " Please sayang, jangan goda bieyy. " ujarnya bersama mata yang tertutup.

Glupp.

Goda? Eww, kesitu lak dia.

" Ishh dia ni. " lengan sasa itu ditampar perlahan. " Sayang nak cakap something ni. "

" Esok ea sayang. Bieyy penat ni. " matanya masih tertutup. Kerenah isterinya dilayan acuh tak acuh.

" Please. Janji .. " tangannya diangkat tanda ikrar. " .. sayang janji, lepas cakap sayang tak kacau bieyy dah. " tangan suaminya diraih.

" Haihh lahai. Nasib sayang. " posisi duduknya dibetulkan. Wajah bersih isterinya dipandang kosong. " What? " tanyanya straight, malas mahu berbasa-basi.

Nafas diambil lalu dihembus. Relax Masha. Be cool.

" I'm pregnant. " kata Masha senafas. Punggung diangkat lalu dia berlari menaiki tangga menuju ke biliknya.

Dia terkedu.

" I'm pregnant. " ayat yang keluar dari bibir mungil itu perlahan-lahan cuba untuk dia hadam. Pregnant? Mengandung? Whatt?!

> ⏳ <

BERKALI-KALI tombol pintu itu dipulas diikuti pula ketukan dipintu namun hampa. Masha masih mendiamkan diri.

" Masha sayang. Please jangan buat biey macam ni. " rayunya bersama ketukan dipintu.

Sunyi.

Wajah kusutnya diraup kasar.

" Suri hati Encik Aryan William, Masha Darwisy. Tolong jangan buat biey macam ni, please. " rayu Aryan lagi. "

" Pergi lah rest. Kata penat tadi. " kata satu suara merdu disebalik pintu. Dan sekali lagi, Aryan meraup kasar wajahnya.

" Sayang pliss. "

Sunyi.

" Ok fine. Sayang minta je apa-apa. Nanti biey belikan. Promise. " serentak itu daun pintu terbuka luas. Tersembur keluar wajah excited Masha.

" Betul ni? Promise? " jari kelingking dikeluarkan.

Aryan tergelak kecil. " Yee, promise. " jari kelingkingnya bertaut dengan jari kelingking Masha. Janji itu terbina berbuktikan pinky promise. Berharap janji yang terbina bukan hanya sekadar omong-omong kosong.

[C] Dear Knight Where stories live. Discover now