- ' 10

414 30 0
                                    

Dear Knight

- i'm here because of you, my dear knight -

- could it be that it's a lesson that i never had to learn? i looked at it like a blessing and now it's just a curse. i don't know why, i don't know why. -
__________________

DERUMAN enjin kereta di halaman apartment menyentakkan Masha yang sedang asyik menonton televisyen. Segera langkah diatur menghampiri pintu lalu dibuka. Wajah ceria Qas menyapa pandangannya.

" Erkk Qas, aku tak masak ma .. "

" Sokeyy. Lagipun aku baru teringat dekat dapur takda bahan mentah. " ujar Qas bersama senyuman nipis dibibir. Rambut hitam keperangan Masha diserabaikan dengan tangan kanannya.

Masha mendengus. " Ehh, apa ni? " segera tangan Qas dialihkan daripada bertapak diatas rambutnya. Dahlah baru lepas sikat rambut, dia boleh serabaikan. HSJSBSHSSH

Qas tergelak kecil melihat wajah cemberut Masha. " Now kau gi siap-siap. Kita makan luar. " balasan Qas membuatkan Masha terkebil-kebil.

" Kita gi supermarket jelah. " jawapan Masha mendapat gelengan daripada Qas.

" Makan dulu baru supermarket. " setelah mendapat kata putus daripada Qas, akhirnya Masha hanya mengiyakan sahaja.

" Hmm, oklah. Aku gi siap dulu. " segera langkah diatur mendaki anak tangga.

" Cepat sikit ! " laung Qas sedikit kuat.

" Yee ! " balas Masha kuat. Maklumlah dah nak sampai ke biliknya tu yang kalau nak berhubung kena cakap kuat-kuat macam kucing nak terberanak.

Tombol pintu dipulas lalu tubuh disumbat masuk kedalam bilik. Almari baju segera dihampiri. Pintu almari di slide tepi. T-shirt harajuku two-piece berlengan panjang dicapai diikuti seluar trek hitam. Bawal hitam yang sudah siap ber'hanger' turut dicapai.

Usai mengenakan pakaian tersebut, sanggul rambut dibuat. Bedak serbuk Johnson's diratakan pada kulit mukanya. Anak tudung dipakai. Bawal hitam dipakai simple dengan style triangle. Sling bag hitam disangkut silang dibahunya. Sneakers hitam dicapai lalu langkah diatur laju menuruni anak tangga.

Qas yang perasan kehadiran Masha pantas mencapai remote lalu meng'off'kan televisyen. Punggung diangkat. " Ok, jom. " ajak Qas lalu berlalu ke muka pintu seusai mematikan suis elektrik didalam apartment nya. Masha menyarungkan sepasang sneakers hitamnya di kakinya tanpa mengenakan sebarang stokin. Malas katanya.

" Kita nak gi makan mana? " tanya Masha. Sepasang matanya terarah kepada Qas yang sedang sibuk mengunci pintu dan gate rumah.

Qas berpaling kearah Masha. Wajah blank Masha dibalas dengan senyuman gatalnya. " RAH-SIA. " balas Qas diikuti gelak 'Santa'nya. Langkah Qas yang sudah menjauhinya segara Masha ikuti. Tubuh disumpat masuk kedalam perut kereta. Enjin dipanaskan lalu mula membelah jalan raya yang diterangi dengan lampu jalan dan lampu-lampu warna warni daripada bangunan tinggi pencakar langit.

> 🥀 <

KERETA diparking di parking lot. Enjin dimatikan lalu kunci dibawa keluar dari lubang kunci kereta. Daun pintu dikuak dari dalam. Tubuh mereka dibawa keluar daripada perut kereta. Usai menekan butang kunci, kunci kereta kembali Qas simpan kedalam handbagnya.

Bangunan dihadapannya dipandang hairan. Kening lebat Masha terangkat sebelah. " Hotel? Candle light dinner ke hape? " tanya Masha hairan. Qas disebalahnya dipandang.

[C] Dear Knight Where stories live. Discover now