- ' 39

251 15 0
                                    

Dear Knight

- i'm here because of you, my dear knight. -

- see the lights, see the party, the ball gowns. see you make your way through the crowd. and say, " hello ". little did i know .. -

_________________________


PANCARAN cahaya asing membuatkan wajah Masha berkerut-kerut. Tangan segera dibawa bagi menghalang cahaya tersebut daripada menghalang pandangannya. Sapaan daripada seseorang membuatkan dia tersentak.

" Masha ? "

" Huhh ? " pantas Masha cuba untuk mengubah posisi baringnya kepada menduduk, tetapi hampa apabila kepalanya kembali terasa sakit. Melihatkan akan itu, segera si dia berlari anak menghampiri Masha.

" Kau tak ok lagi. Baring je. " arahnya lalu posisi baring Masha dibantu. Usai itu, punggung dilabuhkan dikerusi bersebelahan katil Masha.

" Aku dah inform budak ni, tapi diaorang buzy. Yang aku sure datang, Eva dengan Sya je. Yang lain aku tak sure. " ujar Qas tiba-tiba. Terkebil-kebil Masha mendengar tapi apabila sudah faham inti perbualan itu, segera senyum nipis dilakar.

" Ar, sokeyy. Aku faham. Lagipun, aku pengsan je. Nothing lah. " balas Masha dengan nada lembutnya. Gelengan perlahan diberikan. Risau bebeno.

" Nothing kau kata ?! Kau tu- "

Belum sempat Qas membebel panjang lebar macam nenek hilang gigi palsu, segera Masha memotong.
" Dah-dah, tak payah membebel. Ni hospital yee cik kakk, bukan ruang kaunseling or bilik disiplin hape tu semua. " omel Masha.

Qas mencebik bosan. Rolling eyes turut dihadiahkan buat Masha.

" Hahh, btw aku nak tanya something ni. " ujar Masha tiba-tiba membuatkan Qas berpaling kearahnya. Keningnya terangkat sebelah.

" Hahh apa ? "

" Siapa Melynda ? " soal Masha apabila nama itu dari tadi melekat dalam fikirannya. Macam ada satu bisikan yang sentiasa menyebut nama itu. Melihat dari gaya perempuan itu sebelum dia pengsan, macam ada something antara dia dan perempuan itu. Macam satu pertalian aneh. Musuh, tapi- something wrong.

Deheman perlahan Qas berikan sebelum nafas diatur semula.
" Owh dia- " bicara disusun bagi menjelaskan semuanya. "-dia "

Knock. Knock

Ketukan pintu membuatkan perbualan mereka terhenti. Segera pandangan Qas dan Masha berpaling ke arah pintu. Tidak menunggu lama, daun pintu terkuak dari luar dalam tersembul keluar tubuh seorang lelaki yang mengenakan jubah doktor.

Kening Masha terangkat sebelah.
" Siapa- "

" Eh, Doktor Lutfi. " ujar Qas tiba-tiba. Punggungnya diangkat. Masha yang mendengar sekadar meng'o'kan sahaja.

" Since awak dah sedar, saya nak terangkan tentang amnesia awak. " ujar Doktor Lutfi lalu pintu kembali ditutup. Langkah diatur menghampiri mereka berdua.

" -dan awak ? " pandangan terhala ke arah Qas. Qas yang tersedar pantas menjawap.

" Uh saya, kawan sekolah menengah dia dan juga, hou- " tersedar akan sasulannya, pantas Qas berdehem. Yelah, dah ada nickname ' puan ' tapi ada housemate. Tak ke pelik tu. " Ehem, keawan sekolah menengah dia. "

Anggukan perlahan dia berikan.

" Berkenaan dengan amnesia Puan Masha- " pandangan kembali beralih pada Masha yang terbaring diatas katil. Fokus mereka berdua tertumpu pada Doktor Lutfi yang bakal menghujahkan sesuatu.

[C] Dear Knight Where stories live. Discover now