- ' 41

244 13 0
                                    

Dear Knight

- i'm here because of you, my dear knight. -

- love you every minute, every second. love you everywhere and any moment.always and forever i know, i can't quit you 'cause, baby, you're the one, i don't know how. -

_________________________

MASHA menongkat dagu. Jiwanya berterbangan dibawa lamunan. Riak kosong sekadar menemani hati yang berbolak-balik. Baru sahaja Yaya mahu menyapa Masha, getaran notification disisi Masha menyentakkan dirinya. Pantas pandangan kembali ke realiti. Phone dicapai. Notification tak diundang dibaca.

CEO kerek
" woii cepat , aku dah kat depan hotel ni ! "

Wajah bosan Masha pamerkan. Waktu phone dipandang sekilas lalu meniti di bibirnya.

" 5 pm. "

Usai menjelaskan kenyataan yang dia kena ganti cuti lama dengan teman date si Ray ni kepada si Yaya terus Masha mengatur langkah longlai menuju ke lokernya. Kejamkan ? Bos buruk siku. Dah bagi cuti, halalkan jelah. Ni gedik nak ganti cuti. Ganti pulak tah pape. Eyy !

Dengan berbekalkan jarak 100 meter antara loker pekerja dan kaunter, akhirnya masa 2 minit perjalanan Masha berbaloi. Berbaloi ke ?

Tidak mahu mendengar bebelan makcik jelmaan yang menunggu dalam kereta tu, pantas loker dibuka. Sling bag dicapai lalu disangkut dibahu kirinya. Baru sahaja Masha berura-ura mahu menutup pintu lokernya, tiba-tiba matanya tertancap pada sejambak bunga. Dahinya berkerut. Terkebil-kebil matanya memikirkan andai dia ada order bunga.

" Hm, maybe sebab baru keluar hospital kot tu yang ada orang wish ' gws ' " duga Masha. Bahunya terangkat spontan. Sejambak bunga diambil lalu dipeluk. Hasrat untuk menutup pintu loker kembali diteruskan. Usai itu, langkah diatur malas menuju ke luar hotel.

Pandangan sekeliling Masha hiraukan. Kecoh benor warga pekerja hotel ni. Bunga je pun. Lek lek sudahh. Malas nak jadi buah mulut orang, langkah dilajukan.
Akhirnya—

Terus Masha menyumbatkan dirinya kedalam perut kereta. Seat belakang pemandu menjadi pilihan Masha. Keluhan lega Masha lepaskan.

" Woii ! " terkejut beruk Masha mendengar sentakan itu. Elok-elok hati dah lega berdebar, ni berdebar macam kena kejar anjing. Njing lu Rayy. Wajah tak puas hati Masha pamerkan.

Wajah bosan Ray perlahan-lahan bertukar apabila melihat sejambak bunga disisi Masha. Sengih nakal Ray ukir.

" Uu, ada orang dapat bunga. Uuuu. " usik Ray mintak ciuman setapak kasut sneakers Masha.

Masha berdehem.
" Driver, jalan sila. " arah Masha dengan wajah majikan kerek. Tengoklah, bos pun kerek nak mati.

" Driver muu ! Kau duduk depan sini. " arah Ray bengang. Masha mencebik bosan. Bebola mata digulingkan tanda menyampah.

Daun pintu dikuak lalu tubuh dibawa keluar. Usai itu, pintu kereta kembali ditutup. Langkah diatur menghampiri seat sebelah pemandu. Daun pintu dikuak lalu punggung dilabuhkan.

" Tunang kau mana ? " Pintu ditutup.

" Otw ke sana lah. " balas Ray lalu pemanduan diteruskan.

" Ni aku ikut, tunang kau tahu tak ? " soal Masha lagi. Kang si tunang Ray ni tak tahu, mahu naya marathon sekeliling mall. Wushh, viral nanti. Ehem, socmed— wait yee. ai kameng.

" Dia yang suggest ajak kau. " mendengar akan itu, Masha sekadar meng'owh'kan sahaja. Senyum nipis Masha ukir sorok. Baik yini perempuan. Serius salute. Even dah tunang pun, still tak berani nak keluar berdua. Uu, serius suwit weyy! Arghhh.

[C] Dear Knight Where stories live. Discover now