🌺 - Bab 3

1.1K 64 6
                                    

Di rumah sewa Amymas.. Ruang tamu banglo dua tingkat itu hangat dengan perbualan mereka pagi itu. Selepas mandi mereka berkumpul, apa lagi yang mereka nak bualkan kalau bukan sebab kes semalam. Kalau tidak, mereka sudah tahu dari semalam lagi tapi semua pakat masuk bilik kerana keletihan.

"Wey Nisya! Betul ke kau rampas Faizal dari Lucy?" Soal Emylia, dengan nada sedikit terkejut. Matanya bulat memandang Danisya.

"You never tell me about this!" Sokong Kaisara yang sudah berpeluk tubuh dan ingin menunggu jawapan dari mulut celupar Danisya itu.

"Aku...." Danisya sengaja lambat-lambatkan cerita.. "Aku.. ak.. aku.. hehehhe.. aku.."

"Kau ape?!" Jerit Emylia dan Kaisara serentak.

Danisya sedikit terkejut apabila mereka menjerit.. Danisya ketawa sedikit sebelum menjawab soalan sahabat sahabatnya itu.

"Aku tipu je lah! Aku mana lah pernah rapat dengan Faizal tu. Sembang sikit pernah lah!" Danisya rasa nak pecah perut gelak. Seronok agaknya dapat kenakan Lucky Girls dengan gengnya sendiri.

Emysha, Emylia dan Kaisara hanya diam dan pandang Danisya seperti orang gila maroyan tengah gelak..

"Aku dah agak dah" sahut Emysha yang dari tadi sedang menonton televisyen. Emysha memang dah dapat agak dari semalam lagi tapi sengaja malas nak heboh.

"Kau dah tahu? Kenapa tak bagitahu kitorang?" Tanya Emylia tegas sambil menjeling kakaknya itu.

"Aku tak larat semalam and yang paling penting aku malas " jawab Emysha tenang.

Emylia hanya menjeling kakaknya apabila mendengar jawapan dari mulut Emysha...

"Korang pun sama juga semalam.. tak sabar nak buat anak sebab tu lah masuk bilik cepat-cepat tu kan?" Usik Emysha lagi, dia sengaja serius kan suaranya.

Bulat mata Emylia, Kaisara dan Danisya

"Kepala otak kau bodoh!" Maki mereka bertiga kepada Emysha yang berwajah tenang itu.

"Tapi kenapa Faizal nak kacau kau, Kai?" Tanya Danisya tiba-tiba. Mesti ada yang tak kena ni, Danisya memandang ke tiga-tiga sahabatnya itu.. terutamanya Kaisara.

"Habaq mai Kai.. apa dah jadi?" Soal Danisya.

"Faizal minta couple dengan aku tapi aku taknak. Dia paksa aku banyak kali aku jadi rimas" jawab Kaisara, mereka memandang Kaisara, bulat biji mata mereka mendengar kata-kata Kaisara.

"So, aku cabar dia putus dengan Lucy.. tengok-tengok..." ayat Kaisara berhenti, dia hanya sengih.. tiba-tiba dia buat buat menangis..

"Tengok-tengok... dia putus betul-betul huhuhuhuhu.. macam mana aku nak hadap muka Faizal nanti?" Teriak Kaisara melutut menangis, dia melutut di depan kaki Emylia.

Emysha, Emylia, Danisya memandang satu sama lain.. pelik! Mereka tidak berapa nak faham dengan situasi Kaisara bersama Faizal.

"Kenapa tak beritahu kitorang? Eh! Kau bangun sekarang!" Marah Emylia. "Menyampah aku tengok" sambung Emylia tanpa senyuman.

"Okey aku bangun!" Kaisara terus berdiri tegak, dengan wajah yang ceria tetiba seperti tiada apa yang berlaku.

"Nak tak kita pergi serang Faizal tuh?" Cadang Danisya senyum jahat

"Nak!" Ceria diwajah Emylia
"Taknak!" Muka Kaisara dan berubah

Emylia dan Kaisara cakap serentak.. Kaisara taknak riuhkan keadaan. Mereka kalau buat sesuatu mesti akan membuat orang ramai memandang mereka atau lebih kepada memalukan diri sendiri.

"Dia serang kau kut.. ehh silap! Bukan serang tapi kacau.. itu boleh dipanggil sebagai gangguan seksual dan apabila ditangkap dia akan didapati bersalah dan dihukum atas kesalahan no.826367686856597 iaitu kacau orang! Si pengacau akan dipanggil gile talak dan gila talak akan dihukum sampai mampus" ceramah pula si Danisya ni.. dia geram betul dengan Faizal tu.. kacau kawan orang je..

Kaisara apalagi? Terus sekeh kepala Danisya.. mereka hanya ketawa dengan pelakuan Kaisara tadi.

"Sakitlah bodoh!" Maki Danisya dalam ketawa.

"Dah lah! Jom siap-siap pergi kolej" kata Kaisara dan terus menaiki tangga dengan laju sekali.

Jika tidak tegur mereka tentang kolej memang mereka tak akan pergilah jawabnya kan.. Kaisara kadang-kadang sahaja akan ikut kata-kata sahabatnya jika sahabatnya itu mengajak ponteng kolej.



___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now