🌺 - Bab 55

290 21 2
                                    

Amymas baru lepas pulang dari kolej pukul 5 tadi dan mereka tidak memberitahu mama mereka langsung tentang pertandingan yang telah mereka lalui pagi tadi. Mereka ingin mama mereka sendiri yang tanya mengenai pertandingan mereka itu, kerana mereka tidak akan memberitahu selagi seseorang itu tidak tanya. Lain lah mereka sendiri yang nak beritahu, kalau gosip? Tak payah tanya, diorang awal awal dah bergosip.

Emylia terperap dalam bilik itu kebosanan, kalau nak keluar mama tak kasi sebab alasan mereka ingin ke club malam, memang tak bolehlah. Jadi, Amymas hanya berkurung di dalam rumah bersama mama-mama mereka. Tiba-tiba tengkuk Emylia berasa kering. Dia dahaga.

Game yang di main terus di tutup, dia membuka timbul pintu tersebut dan kakinya laju melangkah turun, sampai di bahagian ruang tamu, dia nampak Mamanya, Mama Karina dan Emysha dan Danisya sahaja. Kaisara dan mama Darwina entahlah ke mana.

Kaki laju menuju ke dapur, air kosong di dalam peti ais diambil lalu diminum, bila sudah selesai, dia ingin pulang ke bilik semula tetapi langkahnya disekat kerana dia terfikir ingin makan aiskrim pula.

Dia menuju ke arah peti ais, apabila Emylia membuka peti ais bahagian atas, dia ternampak sesuatu bekas, bekas aiskrim berwarna biru dan perisa vanila. Setahu dia perisa ini sudah habis di makan dengan mama, mama beli lain ke? Bila masa? Kerana ingin tahu apa isi dalamnya, dia terus membuka bekas itu, terbeliak biji matanya!

"Arghhhhhhhhhh! Mama tolong!" Emylia terlepas bekas itu dan kakinya dihentak hentak seperti kanak kanak kecil dan menjauhi bekas itu.

Kerana terkejut dengan jeritan Emylia. Semua yang berada diruang tamu agak terperanjat, mama Emylia iaitu Ellyna adalah orang pertama yang bangun untuk ke dapur. Barulah diikuti semua orang.

"Lia?! Kenapa?" Ellyna sedikit cemas apabila anaknya menjerit seperti nampak hantu, atau menjerit seperti orang nak kena culik.

Emylia bagaikan budak merengek disitu, mungkin kerana ketakutan yang datang secara tiba-tiba. Apa yang berlaku sebenarnya? Karina, Darwina dan Emysha menjadi penonton.

"Mama tolonglah!" Emylia memandang ke arah bekas itu sambil wajah yang ingin menangis sahaja, kenapa benda tu boleh ada dalam peti ais rumah aku?!

"Ya allah! Kenapa jatuh bekas ni, Lia? Lia kenapa ni?" Tegur Ellyna sedikit pelik + cemas, Ellyna lihat kearah lantai, bekas itu sudah pun mencium lantai.

"Tu..tu.." Emylia tidak menjawab soalan. Malah dia menunjuk bekas tersebut.

"Kenapa dengan bekas ni?" Tanya Karina pula.

"Dalam tu.. dalam tu ada.. ada.. ada apa?! Aduh.. apa nama benda tu? Ahh tu..tu.. daging mentah!" Jawab Emylia gagap sebentar, budukun!

Terkejut mendengar jawapan daripada Emylia. Daging mentah.. je pun. Sampai nak merengek macam budak kecil bisik hati Ellyna, yang panik terus menjadi tenang.

"Daging mentah je! Yang nak menjerit tak tentu pasal kenapa?! Terkejut aku kau tahu tak? Nasib baik tak ada penyakit jantung" balas Danisya menyampah.

"Kau cakap senanglah! Bukan kau yang sentuh dading mentah tu, masa masak dekat kolej tadi pun aku lari dari menu masakan sebab kau tak letak ayam, kau pun geli kan!" Balas Emylia kasar.

"Ya allah budak ni, daging je pun, apa yang nak ditakutkan?. Ni Lia dah jatuh kan macam mana mama nak masak? Esok Lia nak pergi beli ke?" Tanya Ellyna.

"Memang taklah, buang je lah daging tu!" Jawab Emylia selamba "Mama tu, yang bawak masuk daging mentah dalam rumah ni kenapa? Orang geli lah"

"Dah mama nak masak kan memanglah kena beli. Korang ni, dah macam anak jantan tak pandai masak. Anak jantan pun pandai masak" perli Ellyna dia mengutip bekas tersebut.

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now