🌺 - Bab 13

535 33 3
                                    

Habis sahaja waktu kelas, Amymas cuba untuk melarikan diri dari berdepan dengan Daniel. Tak malu ke lelaki ni? Dia sorang dengan 4 perempuan? Semasa semua pelajar berebut keluar, Amymas mengambil peluang tersebut. Tapi apakah daya.. mereka mendengar suara 'berdehem'..

Suara Daniel yang agak kuat menarik perhatian pelajar lain. Semua pelajar memandang ke arah Daniel tetapi mereka tahu bahawa Daniel maksudkan empat gadis nakal itu, pelajar lain terus keluar. Baru sahaja Amymas hendak melangkah keluar tiba-tiba terdengar suara.

"Jangan sampai ibu bapa awak semua jejak kaki di kolej ini!" Amaran Daniel agak tegas.

Mereka berdiri gelak dan menoleh ke arah Daniel sambil mengeluh geram. Menyampah dengan pensyarah baru ini. Perlahan-lahan mereka menuju ke arah Daniel.

Hanya tinggal mereka berlima sahaja di dewan besar itu. Kawasan itu sunyi sepi kerana tiada sesorang pun bersuara lagi.

"Ehh.. kau ada nampak sapa-sapa tak selain kita?" Tanya Danisya sengaja ingin menyakitkan hati Daniel. Sapa suruh tahan kitorang..

"Tak ade. Jom lah balik, beruban pula bulu ketiak aku tunggu lama-lama. Buang masa je" balas Emylia

Amymas pun baru nak beredar terdengar Daniel berdehem lagi sekali. Sepantas kilat mereka menoleh kearah dengan muka menyampah.

"Pakcik berhenti berdehem.. ehem.. macam tu boleh tak?! Ingat lagu ke, kalau lagu pun belum tentu best kalau pakcik yang nyanyi!" Balas Danisya menyampah gila.

"Kenapa tak datang kolej sejak semenjak ni?" Tanya Daniel sambil menyusun file-filenya di atas meja itu, kata-kata Danisya langsung tak ambil peduli.

"Eh.. eh.. ada suara lah.. siapa tu wey?" Tanya Emylia sambil melihat sekeliling kawasan itu, padahal Daniel ada betul-betul di depan dia je.

"Entah lah.. aku tak nampak someone pun" balas Danisya geram sambil menjeling Daniel, kang korek biji mata kau nanti, Nisya.. padan muka.

"Korang ni memang suka sakitkan hati orang ke? Cuba korang diam macam dia ni" Daniel menunjuk Emysha, bulat muka Emysha, apa dia Daniel ni?

"Time dekat shopping mall tu pun dia ni diam je.. jangan melawan!" Sambung Daniel sambil memandang mereka, tapi jari tangan menunjuk Emysha.

Emylia, Kaisara dan Danisya serentak memandang Emysha yang sedang blur itu. Diam? Memang betul dia.. tapi kalau Daniel cakap dia 1000 kali ganda 'baik', memang Daniel salah puji orang.

"Hey pakcik! Dia ni nampak je diam tapi sekali dia bersuara mengalah tahap dewa! Saya pun kalah!" Kata Emylia sedikit kuat.

Emysha merasakan kakaknya itu talam dua muka, ish.. ish.. ish.. Emysha Emysha bila nak taubat ni? Soal hati Emylia.

"Pakcik, For your information dia ni talam 100 muka!" Sambung Kaisara pula, dia dengan Emylia buat hi-5.

Emysha jeling menyampah. Emylia memerli kakaknya sendiri tanpa rasa bersalah, siap gelak lagi.

"Kenapa tak datang kolej?" Tanya Daniel lagi dengan soalan yang sama tanpa memperdulikan kata-kata mereka.

Mereka hanya diam, tadi banyak bunyi.

"Jangan sampai saya tanya lagi sekali. Awak langsung tak buat surat sakit, kalau awak pergi jumpa doktor mesti ada mc cuti sakit!"

"Ingat sekolah rendah ke nak mc-mc bagai?" Bebel Emysha perlahan tetapi jelas didengari semua.

"Pakcik saya pakai tau jam yang pakcik ganti rugi tu. Lawa kan?" Soal Emylia tiba-tiba dia menujuk jam tersebut.

"Yelah pakcik.. takkan pakcik tak ingat kot" Danisya pula yang menyambung kata-kata Emylia, mereka ingin lari dari soalan Daniel.. bagi mereka soalan itu bawa maut.

Daniel menolak rambutnya kebelakang, geram pula aku dengan budak-budak ni. Dalam masa yang sama, Emylia meniru gerak langkah Daniel itu, sahaja nak menyakitkan hati. Macam ni lah kalau sesiapa tahan mereka.

"Tak lawak okey! Tak lawak!" Marah Daniel, mereka terkejut apabila Daniel meninggikan suara.

Alah marah? Benda biasa lah bagi Amymas..

"Pakcik! Pakcik marah kami, pakcik sayang kami ke? Sebab mama dan papa kitorang beritahu.. marah tu tanda dia sayang" kata Emysha tiba-tiba sahaja, dari tadi diam.

Daniel terkejut dengan kata-kata Emysha, bukan Daniel sahaja.. Emylia, Danisya dan Kaisara turut sama terkejut.

"Ni bukan sayang tapi kesian! Kesian dengan awak semua ni. Kenapalah lurus bendul sangat? Susah ke nak jawab soalan mudah macam tu? Cacat dah mulut tu untuk jawab soalan berikut?" Sindir Daniel dengan selamba.

"Kenapa lurus bendul sangat?" Sambung Daniel, ingat mereka sahaja ke yang boleh sakitkan hati orang, ni.. Daniel pun boleh lah.

"Pakcik.. nak balik.." kata Danisya tiba-tiba

"Awak boleh balik lepas jawab soalan saya" tegas Daniel bersuara.

Geram pula ada dengan diorang ni, kalau boleh nak je aku lepaskan diorang tapi aku kena lah tanya diorang kenapa tak datang kelas sebab aku pensyarah diorang. Nampak sangat yang diorang tak fokus dalam kelas.

Amymas terkaku, mereka pandang satu sama lain, kemudian pandang Daniel pula dan kembali melihat kearah mereka semula. Soalan? Soalan apa?

"Pakcik tanya soalan apa?" Tanya Emysha kemudian kembali pandang sahabatnya.

"Taktahu" balas Emylia.

"Dia tanya apa wey?" Tanya Danisya memandang Emylia.

"Mana aku tau!" Balas Emylia.

"Aku taktahu.. dia tanya apa gais?" Kaisara pula yang bersuara.

"Aku cakap aku taktahu!" Balas Emylia

Mereka semua memandang Daniel dengan wajah yang tak bersalah langsung, ada yang melihat telefon.. ada yang berbual. Padan muka kau Daniel! Tapi... bila dia nak lepaskan Amymas.. macam lama pulak pensyarah baru ni tahan mereka.






___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now