Amymas terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk yang berada di kantin itu. Mereka penat gila berdiri tadi, rasa macam mana patah kaki, agak-agak kalau Daniel yang kena dia akan denda benda yang sama tak?
Mereka yang tengah duduk untuk berhenti itu ditegur seseorang yang amat sukakan Kaisara. Lelaki itu dipadang sekilas, suka sibuk!
"Hai Kaisara. Awak okey ke? Nampak penat je" tegur Faizal lembut kepada Kaisara.
Kaisara hanya sengih. Dia memberi isyarat mata kepada rakan dia yang lain supaya halau Faizal. Faizal ni tak habis-habis datang dekat Kaisara, Si Lucy yang tergilakan dia.
"Hello bro. Kau buta ke buat-buat buta? Aku kan tengah bersama dengan kawan aku. Yang kau sibuk nak datang dekat dengan dia kenapa? Blah lah!" Tegur Danisya tegas.
"Aku datang nak jumpa Kai, yang kau sibuk kenapa?" Balas Faizal selamba.
"Jangan kacau Kai boleh tak? Pergilah dekat si Lucy tu!" Marah Emylia pula.
"Lucy tu yang tergilakan kau lah bro. Jangan kau nak kaitkan kawan baik aku pula, kalau kau dengan Kai couple.. dua-dua aku sembelih" tegas suara Danisya, siapa gerakkan jari dekat leher lagi.
Tetiba semasa mereka tengah bersembang, ada lagi bala yang datang ke arah mereka mereka dengan suar yang mengedik memanjang.
"Baby Faizal!" Jerit Lucy dari jauh, semua dikantin itu memandang, bukan benda biasa.
"Alamak.. datang bala yang kedua" kata Kaisara perlahan sedikit, sejujurnya diorang memang penat gila kena denda tadi.
"Baby. Kenapa you datang dekat minah tempoyak ni?!" Perli Lucy.
Minah tempoyak kau panggil aku, jangan disebabkan aku kena simbah dengan air durian kau panggil aku mina tempoyak. Kasar bahasa anda.
"2,3 kaki terpijak taik kucing. Bahasa sila lah jaga sikit eh" Kaisara sudah memberi pantun.
"Ali pergi kedai, nak buang air. Mulut kau yang patut jaga!" Balas Lucy tegas.
"Kait seribu, jatuh 2 kali. Kalau kau nak gaduh, mari kita ke gelanggang!" Balas Kaisara bengang.
"Wan menangis, Wan teriak. Kau jangan nak kacau boyfriend kawan aku boleh dok?" Balas Sally bagi pihak Lucy.
"Abu jalan-jalan, terjatuh dalam longkang. Sejak bila Kai kacau boyfriend kau?" Kali ini Emylia memberi pantun bagi pihak Kaisara.
"Lucy terpijak paku, dia nangis tak henti henti. Boyfriend kau yang kacau Kaisara okey!" Balas Danisya pula.
"Nasi berkuah, nasi berlumpur. Faizal aku punya, kau tak ada hak!" Kata Lucy.
Emysha, Faizal hanya mendengar tetapi di reaksi muka mereka sangat berbeza. Emysha hanya diam seperti tiada apa-apa manakala Faizal agak pelik dengan pantun mereka.
"4 kali mengorek hidung, 10 kali sapu di baju. Kai langsung tak tergila-gilakan Faizal lah" - Danisya.
"Danisya, Emylia jatuh motor, mereka terkena taik anjing. Dah terang-terang korang layan Faizal kan" - Sally.
Bulat biji mata Danisya dengan Emylia apabila nama mereka disebut oleh Sally untuk pantun itu.
"Sakit perut, membuat kita cirit birit sehingga tidur di tandas. Dari dulu sampai sekrang, aku dah kata si Faizal ni yang datang dekat kitorang!" - Emylia.
"Wahai Faizal yang tersadung sampai mampus. Boleh berambus dengan awek kau ni tak?" - Danisya.
"Kait makan, makan pun makan gelojoh. Korang boleh blah tak? Bawak si Faizal ni sekali kalau dah tergila kan dia" kali ini Kaisara memberi pantun lagi.
"Korang.. boleh berhenti bagi pantun yang merapu tak?" Tanya Faizal tiba-tiba.
"Jika kencing mestilah dibasuh, jika tidak dibasuh sapulah dibaju. Kalau taknak dengar kitorang berpantun kau ajak lah awek kau si Lucy ni blah dari sini, kau-kau sekali blah" kata Emylia selamba badak.
"Baby! Kenapa baby asyik datang dekat minah tempoyak ni? Dia ni dahlah mandi air durian. Busuk gila baby tau tak?" Rungut Lucy sambil memaut lengan Faizal.
"Jom lah tak payah lah layan orang gila ni. Busuk!" Zatty pergi dari situ.
"Yang nak kata pasal hal semalam kenapa? Aku dah wangi kut sekrang ni!" Bebel Danisya sendiri.
Mereka hanya memerhatikan reaksi gedik Lucky Girls itu dari belakang. Peluk lengan lah apa lah, haram. Waw.. kau pasal ni tau pula haram, kau pergi lepak dekat disco tu tak haram pula?
___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉
YOU ARE READING
Miss TroubleMakers
FanfictionAmymas ! (Complete) Cerita ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan yang bernama Amymas. Kumpulan tersebut terdiri daripada empat orang iaitu Emysha, Emylia, Danisya dan Kaisara. Mereka berempat sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Mereka...