Kali ini Faizal betul betul memberi maklumat tentang lelaki yang telah langgar Kaisara. Walaupun hanya dimana dia tinggal, Emysha, Emylia dan Danisya sudah berpuas hati. Mereka akan pergi ke rumah tersebut dan akan buat apa yang diorang nak buat.
Kali ini cara pakaian mereka lain daripada yang lain kerana mereka ini pecah masuk orang lelaki tersebut. Selepas bersiap mereka menurun tangga dan terlihat Darwina, Ellyna yang tengah menonton TV.
Mereka hanya berwajah seperti tiada apa-apa yang berlaku tetapi baru sahaja jalan sampai di tepi sofa, mereka di tahan oleh Ellyna
"Korang nak pergi mana ni?" Tanya Ellyna pelik.
"Keluar" jawab Emysha tenang.
"Keluar? Nak pergi mana? Dah malam kan. Esok kang bangun lewat, kata nak pergi melawat Kaisara. Ni malam malam nak dekat pukul sepuluh nak dekat pukul sepuluh dah, nak pergi mana?" - Ellyna
"Nak pergi melawat Kai lah" bohong Emylia.
"Melawat Kai apa? Petang tadi dah pergi. Sekarang bukan waktu melawat, korang jangan nak tipu mama. Pakaian korang pun pelik lah mama tengok, dah macam gangster" tegur Ellyna lagi.
"Kitorang nak pergi melawat Kai lah mama. Mama nak tengok Kai tu anggap kitorang kawan yang tak berguna ke tak datang dekat dia time dia sakit?" Emylia memberi alasan, kalau mama dia tak ada dah lama dia boleh keluar rumah dia sesuka hati pada bila bila masa pun.
"Jangan tipu. Sekarang bukan waktu melawat dan jangan kata korang tiga nak jaga Kaisara, pengaja tak lebih dari sorang dan mama dia dah jaga dia pun" kali ini Darwina pula yang tegur.
"Mama berdosa tahu tak kalau tak bagi anak keluar"
"Berdosa apa? Korang kalau tak dengar cakap mama yang berdosa. Bukan mama yang berdosa" tegur Ellyna.
"Mama nak ke jadi mama yang derhaka?" Soal Danisya.
Bulat mata Darwina dan Ellyna apabil mereka tanya begitu. Mama yang derhaka? Amboi mulut tak ada lesen langsung anak mereka ini. Ehh.. budak ni.
"Mama tak izin kan korang keluar malam malam. Korang tu perempuan, pergi masuk tidur. Kang penat pula, nak kolej lagi nak jumpa Kaisara lagi"
"Mama you tak boleh larang i. Suka hati i lah nak pergi mana pun" - Emylia.
"Mama tak boleh larang you? Excuse me! You're my daughter, mama tahu apa yang bagus apa yang tak bagus untuk korang" Balas Darwina pula.
"Now.. pergi masuk tidur" arah Darwina lagi.
Emysha, Emylia dan Danisya mengeluh geram. Diorang merungut kasar dan masuk semula ke dalam bilik mereka semula,
Emysha masuk ke dalam bilik dan suis lampu dan kipas dibuka. Beg yang digalas di baling kasar di atas katil dengan geram, itu untuk melepaskan marahnya. Kau tunggu si penyebab Kaisara jadi macam tu! Kau jangan ingat kitorang akan mendiamkan diri ja.
Dendam aku untuk kawan aku terhadap kau, aku akan balas walaupun cara mengikat kau sahaja. Emysha tiba tiba ada plan yang lain, dia terus masuk ke dalam bilik Danisya dan Emylia untuk memanggil mereka masuk ke dalam biliknya.
Tunggu jelah kitorang muncul depan rumah kau!
___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉
YOU ARE READING
Miss TroubleMakers
FanfictionAmymas ! (Complete) Cerita ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan yang bernama Amymas. Kumpulan tersebut terdiri daripada empat orang iaitu Emysha, Emylia, Danisya dan Kaisara. Mereka berempat sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Mereka...