🌺 - Bab 108

186 15 1
                                    


Kecil besar kecil besar sahaja Faizal memandang Danisya yang berada disebelahnya. Danisya pula hanya sengih seperti tiada apa yang berlaku.

Aduh.. sibuk betul lah semua kawan Faizal ni bisik hati Danisya sambil memandang ke arah lain. Faizal hanya memandangnya dan dia tahu Danisya cuba memberi alasan sekejap saja lagi.

"Kenapa kau ponteng?" Tanya Faizal tenang, matanya tajam memandang Danisya.

Danisya hanya memandang Faizal dengan ekor mata dan dia memandang ke arah kawan Faizal pula. Di kepala hanya fikir alasan apa yang mahu diberikan kepada Faizal.

"Ha.. guys! Sedap juga air ni walaupun air kosong je.. rasa manis tu perhhh.. merusuk masuk ke dalam hati. Cia cia cia.." Danisya ketawa sendiri sambil menepuk meja sedikit. Dia ketawa terbahak-bahak.

Faizal, Aiman hanya berwajah serius sahaja tetapi rakannya yang lain terus tersenyum melihat Danisya yang comel itu tapi malang tak matang dan orang yang tak matang selalunya manja dengan mak bapak sebab itu jadi begini.

"Kau ni comel juga kan Danisya.." kata lelaki yang berada di hadapannya itu dengan tetiba.

Danisya yang mendengar kata-kata lelaki itu terus berhenti ketawa dan dia memandang lelaki itu dengan pandangan yang memikat. Sejak tahu Amymas dah berubah.. makin berani yang lain nak bersuara.

"Thank you bebehh.. apa nama you? I boleh letak dalam senarai penyelamat i nanti.." sengih Danisya, puh.. ada juga yang nak cakap dengan aku. Selamatkan lah aku dari soalan Faizal.

"Haziq.. kau nak panggil oppa pun boleh.."

"Apa? Oppo? Sorry aku tak minat oppo.."

"Tak.. aku cakap kau nak panggil aku oppa pun tak apa.. cantik kau ni.."

"Hahha.. i know that" berlagak suara Danisya "Tapi.. i tak minat oppo. I boleh terima samsung lagi.."

"Bukan.. aku cakap oppa.. oppa.. OPPA.. Bukan oppo tapi oppa.. kau nak panggil aku dengan panggilan oppa pun tak apa. Aku suka.." Haziq senyum.

"Tapi.. aku tak minat oppo. Baik aku panggil kau dengan nama kau je.. oppo? What the heck?" Danisya membuat asyik geli "Nama sedap-sedap nak juga orang panggil oppo.."

Haziq hanya tersenyum.

"Hahaha.. okey.." Haziq memandang ke arah rakan yang lain "Pekak rupanya.. hahhaha" kata Haziq perlahan sambil ketawa

"Apa kau cakap.. aku tak dengar.. cakap kuat sikit" tegur Danisya mendekatkan telinganya.

"Tak ada apa.."

Faizal menjeling kawannya.. Faizal tahu yang Danisya sengaja tanya begitu padahal dia dengar yang si Haziq ni kata perkataan 'oppa' sengaja je nak buat orang bersangka buruk dekat dia iaitu bersangka yang dia pekak.

"Kau jangan nak tolong dia lari daripada soalan tau bro" tegur Faizal kepada Haziq.

"Mana ada bro. Aku cakap benda yang betul.. Amymas ni cantik tapi tulah berlagak, selalu buli orang sebab tulah ramai yang takut.. and now.. aku tak takut dengan diorang dah" Haziq separuh berbisik kepada Faizal.

Faizal geli mendengarnya

"Kau ni kan Danisya.. aku dah anggap kau macam adik aku kau tahu tak walaupun kau suka sangat menyakitkan hati aku.." kata Faizal perlahan..

"So?" Danisya mengangkat kening

"Kenapa kau ponteng?"

Danisya memandang ke arah lain. Dia sengaja melabai tangan kepada Haziq walaupun lelaki itu hanya berada disebelahnya sahaja.

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now