🌺 - Bab 46

311 25 1
                                    

Wanita yang menegur Amymas dan Lucky Girls itu dipandang dengan menyampah. Dua orang perempuan ni kan.. kenapalah sibuk!

Tanpa memperdulikan dua orang perempuan itu, Amymas dan Lucky Girls meneruskan lukisan barbie doll kartun mereka.

Kelihatan perempuan tersebut panas dengan Amymas termasuk Lucky Girls, habis rosak kertas itu semua.

"Stop lah!" Kata perempuan itu panik.

"Kenapa pula?" Selamba Sally bertanya.

"Nanti Encik Daniel marahlah korang conteng ni. Pakai pen pula tu!"

"Kau nak risau kenapa? Yang buat kitorang dan kau.. tak ada kena mengena!" - Sally

"Tapi tak payah lah conteng!" Kata perempuan itu tegas apabila mereka masing conteng kertas tersebut.

Amymas pelik dengan 2 orang perempuan itu. Kenapa mereka nak kena risau? Bukan masalah diorang pun.

Kerana pelik dengan dua orang perempuan tu. Emysha membuka kertas tersebut dan baca. Selama mereka membuka dan memasang stapler tersebut, mereka tidak membaca langsung isi kertas tersebut.

Kelihatan seperti soalan budak sekolah menengah tingkatan 2 saja. Dua orang perempuan tu, Emysha pandang dengan tajam.

"Apasal macam soalan budak sekolah menengah ni?" Soal Emysha pelik.

"Mana nk tahu! Encik Daniel yang bagi suruh buat" balas perempuan tersebut.

"Dia yang suruhkan? Kau tak payah nak bajet risau. Kau blah jelah sekarang ni. Kerja yang Encik Daniel suruh kami buat ni.. masih belum siap!" Kata Danisya kasar.

Mereka sambung conteng kertas itu dengan selamba badak. Kedua-dua perempuan itu tidak berani nak melawan tetapi taktahu kenapa mereka jadi berani melawan Amymas dan Lucky Girls apabila melihat kertas itu diconteng tanpa berhenti.

"Berhentilah bodoh!" Maki perempuan itu!

Sekelip mata mereka berhenti melukis dan mengeluh kasar! Berani betul diorang maki Amymas dan Lucky Girls sebab kertas itu. Apa yang penting sangat kertas tu kepada merek? Daniel yang patut risau sebab Daniel punya kan?

"Kau ingat aku peduli dengan maki hamun kau tu? Kau cakap Daniel yang suruh kan? Aku tengah fikir.. Daniel tu ingat kitorang ni kuli dia ke nak kena buat kerja dia. Itu yang aku fikirlah kan?.., sebab tu lah aku nak balas balik dengan conteng kertas ni. Kau ada masalah ke?" Balas Emysha kasar.

"Tapi tak payahlah conteng kertas ni! Penting kot!" Tegas suara perempuan itu.

"Kau ingat aku peduli ke?!" Balas Emysha dengan tangan masih menconteng.

Perempuan itu merampas pen tersebut dengan kasar dari tangan Emysha tetapi Emysha masih bersabar.

"Bagi balik!" Kata Emysha.

Perempuan tu buat bodoh.

"Kau nak gaduh ke? Dia minta balik kan pen tu!" Emylia bersuara bagi pihak kakaknya.

"Jangan sampai semua orang pandang kita, bro! Kau sedar tak kau tengah cakap dengan sapa sekarang ni? Nanti kau juga yang malu!" - Danisya.

"Janganlah begituww! Pulangkanlah semula pen nya.. tidak baik main rampas-rampas sebegitu" - Kaisara berkata dalam keadaan senyum.

"Kau memang nak semua tengok kita ke?" Danisya bersuara sambil tangannya conteng kertas itu, yang ambil Emysha bukan dia.

Perempuan tersebut datang dekat Danisya untuk mengambil pen itu, Danisya sempat mengelakkan diri tetapi perempuan itu tetap merampas pen tersebut.

Sally yang memandang itu buat bodoh sahaja dengan pergaduhan mereka, kerana sudah ramai mata memandang ke arah mereka. Library kut! Tanpa pedulikan siapa-siapa Sally ambil kertas dalam kotak itu dan conteng.

Perempuan lagi sorang itu nampak dan dia merampas pen tu dari Sally secara mengejut. Membuatkan Sally mengamuk..

Pergaduhan besar belaku di situ. Ramai yang ingin memberhentikan pergaduhan mereka itu tetapi tidak boleh, kerana mereka berperang mulut dan perempuan yang tidak dikenali itu tak habis-habis nak ambil pen datang Danisya, pergi beli lain lah.

Kerana mereka membuat bising dan tidak mahu diam. Salah sorang dari mereka memanggil pensyarah yang mereka rasa tegas dan yang boleh tegur Amymas dengan Lucky Girls.

Tidak sampai 5 minit, seorang pensyarah datang dengan kilang kalut ke arah mereka, pergaduh itu dipandang sekejap.

"Amymas, Lucky Girls! ENOUGH!!"

Mereka terkejut dengan jerkahan tersebut terus berhenti. Siapa yang jerkah itu dipandang dengan pantas. Siapa?






___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now