🌺 - Bab 45

319 22 2
                                    

Lucky Girls menunggu Daniel di library kerana ada seseorang memberitahu mereka bahawa Daniel ingin berjumpa atas sebab apa pun tidak tahu.

Lucky Girls duduk dengan cara gedik. Si Zatty membuat live di instagram, Sally bersolek manakala Lucy menolong Sally bersolek.

Mereka merungut apabila Daniel tidak sampai-sampai lagi kepada mereka. Dia ingat kami tunggul kayu ke nak kena tunggu lama-lama.

Mata Sally meliar ke sekeliling, sampai sahaja dibahagian pintu masuk library kelihatan Amymas sedang menuju ke arah mereka.

"Amymas?!" Sally terkejut sehingga terkeluar dari mulutnya.

Zatty dan Lucy yang membuat kerja masing-masing tu memandang ke arah Amymas apabila Sally menyebut nama musuh mereka.

"Korang buat apa haa kat sini?" Tanya Sally agak kuat.

Tanpa dia sedar suaranya sudah melebihi had kerana mereka ada masih ada di library. Ada seseorang perempuan menegur, Sally hanya jeling tanpa peduli.

"Korang pekak ke?" Bengang Sally dibuatnya apabila Amymas buat dek je dengan soalannya.

"Datang sini nak makan lah. Kau apa hal? Nak gaduh?" Balas Emylia kasar dengan selamba.

"Kalau kau nak makan.. kau pergilah makan jauh jauh sikit. Jangan dekat dengan kitorang!" Zatty melayan lawak bodoh Emylia.

"Tak bolehlah. Pakcik Daniel suruh kami duduk dengan korang sekali" balas Kaisara.

"Aku taknaklah duduk dengan korang. Menyampah!" Beritahu Sally.

"Kau ingat aku nak duduk dengan kau ke?! Excuse me!" Pen di tangan menghala ke arah Sally "Geli tahu tak? Ge..li" sambung Emylia.

"Dah tu pergilah tempat lain.. ah.. tu..tu pergi makan dekat kaunter tu" kata Lucy sambil menuju ke arah kaunter.

Tanpa memperdulikan Lucky Girls. Amymas terus melabuhkan punggung duduk dihadapan mereka. Nanti Daniel marah, itu dah dikira cari pasal dengan Daniel, mereka malas nak berperang dengan Daniel pada hari ini.

Tidak lama kemudian.. dua orang perempuan datang ke arah mereka dengan membawa 2 kotak besar yang berisi kertas.

"Assalammuaikum" kata salah seorang dengan alimnya.

"Ni Encik Daniel suruh korang buka ubat stapler dekat kertas ni. Nah.. stapler ada sorang satu" beritahu perempuan tu dan dia memberikan beg yang berisi stapler.

Lucky Girls dan Amymas memandang 2 orang perempuan itu dengan tajam. Apa? Buka ubat stapler?

"Halloo! Kenapa kitorang yang kena? Banyak gila ni!" Kata Lucy kepada mereka.

"Encik Daniel kata korang tak buat apa pun dalam kelas dan asyik tidur, baik tolong dia. Itu yang Encik Daniel kata kalau korang tanya"

"Tolong? Tak ada isu tolong dalam kamus hidup aku bro! Kau buat sendiri!" Danisya dah malas nak melayan.

"Dia kata kalau korang taknak buat. Dia akan tolong markah korang"

Amymas dan Lucky Girls memandang mereka dengan tajam. Bagus korang kan dah boleh jadi posman tanpa berbayar Daniel..

"Kau beritahu Encik Daniel kau tu.. aku akan report dekat mama aku! Dahlah korang blah lah!" Kata Danisya sambil mengambil kotak itu dan siap menghalau dua orang perempuan tu.

Dengan malas mereka mengeluarkan semua kertas yang ada dekat kotak itu. Masing-masing membuka ubat stapler tersebut.

Kau siap kau Daniel! Kau ingat kitorang ni kuli batak kau ke? Kerja kau, kau suruh aku yang buat eh? Makan gaji buta! Tak kenang budi!

Beberapa minit kemudian, kerja mereka membuka stapler pun siap. Siap dalam keadaan mulut membebel tak tentu pasal.

Mereka memanggil dua orang perempuan itu semula untuk mengambil kotak kertas tu dan kotak itu diberikan kepada mereka.

Perempuan tu lihat ke arah kertas tersebut dan Amymas dengan Lucky Girls pelik. Apasal kau pandang kertas tu macam tu, aku buat apa yang kau suruhlah!

"Ambik lah kertas tu caw!" Kata Emylia pula.

"Pasang balik stapler dekat kertas ni" kata perempuan itu.

Terbeliak biji kata Amymas dengan Lucky Girls apabila perempuan itu berkata demikian. Buka balik?

"Hey betina! Kau cakap apa? Pasang ubat stapler balik? Tadi kau yang suruh buka kan! Kau bongok ke sekejap je dah hilang akal!" Marah Danisya dengan tegas tetapi suara perlahan.

"Kau jangan nak cari pasal dengan kitorang!" Zatty dan mula bersuara.

"Kau ingat kami ni kuli batak kau ke?" Soal Emysha tenang tetapi bengang.

"Tapi itu yang Encik Daniel suruh buat. Dia suruh saya beritahu korang"

"Aku taknak buat! Kau suruhlah orang lain buat!" Kata Danisya tegas.

"Tak boleh. Encik Daniel ugut saya suruh korang buat juga kalau tidak korang kena tolak markah. Saya-saya kena sekali"

"Nak kitorang buat juga? Okeyy.. kau blah lah. Kitorang buat. Jangan risau" kata Emysha tetiba.

Semua pandang Emysha tak puas hati tapi riak muka Emysha seperti tiada apa apa. Kedua-dua perempuan itu pun pergi dari situ.

"Buat.. buat kerja masing-masing" - Emysha

Emysha mengambil kertas tersebut dan stapler itu untuk memasang semula. Dalam hati bengang gila dengan Daniel!

Kau tak tahu sapa lagi aku Daniel! Kau tengah cari pasal sekarang ni kau sedar tak? Emysha membuat kerja dan turut sama dengan yang lain.

"I nak mengadu dekat mama i" kata Sally tiba-tiba, letih nak buat semua benda tu.

Tetapi tiada sesiapa peduli dengan kata katanya. Hampir sejam juga semua kertas itu nak siap ni pasang.

"Aku rasa awal lagi nak pulangkan kertas ni. So kita kena tambah something dekat kertas ni"

Danisya mengambil pen dan dia melukis pelbagai benda dekat kertas itu, Lucky Girls yang musuh itu pun setuju kerana bengang dengab Daniel.

Pelbagi kartun, bentuk, apa apa jelah mereka luka dekat kertas itu.. penuh dengan kartun sahaja.

20 minit kemudian.. mereka masih lagi leka melukis dengan lukisan masing-masing. Mungkinf mereka rasa semua lukisan mereka itu cantik.

Sibuk melukis.. tiba tiba ada suara menegur mereka dan membuatkan mereka terkejut. Tangan yang melukis berhenti sekejap..

"Apa korang buat ni?!"








___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now