Kereta itu selesai diparking lalu mereka, dengan kalut mereka terus keluar daripada kereta mereka. Mereka nampak ke arah Sufiah yang sedang memandang mereka diluar pintu rumah Darwina.
"Mama aku mana?!" Soal Danisya kalut.
"Aunty ada dekat dalam.." jawab balas Sufiah
Sufiah nampak Danisya, Emysha dan Emylia ingin pergi ke rumah mereka terus Sufiah bersuara membuatkan mereka semua memandangnya.
"Kak Sha, Kak Lia, Kak Nisya. Mama akak ada dalam rumah Kak Kai sekali. Diorang duduk sekali.." beritahu Sufiah perlahan.
"Duduk sekali?" Danisya pelik
"Ha'ah. Diorang taknak susahkan sesiapa, so diorang tinggal sekali sejak diorang tak larat nak buat apa-apa.. sakitkan.." - Sufiah
"Maka sakit apa sebenarnya ni? Setahu aku mama mana ada apa-apa penyakit, bukan mama aku je.. mama Rina dengan Mama Wina sekali kan.." soal Emylia kepada Sufiah, kemudian dia memandang rakannya "Kan.. kan.." sambung Emylia.
"Aunty Ellyna sakit macam demam macam tu je.. tapi akak jangan ingat deman biasa, Piah pun tak tahu demam apa sebab tak baik-baik pun deman tu. Piah syak demam panas jelah.." - Sufiah
Mereka tidak sangka yang mama boleh sampai demam. Last jumpa mama pun masa Danisya dan Kaisara kena lempang, ikutkan taknak balik kampung tetapi disebabkan sayang seorang anak kepada maknya boleh membuang perasaan ego.
"Tiga-tiga demam panas? Biar betul?" Soal Emysha dalam keadaab risau tetapi masih pelik apabila mereka sama-sama demam tak logik. Sampai tiga orang pula tu
"Lepas dua hari macam tu, Aunty Karina dengan Aunty Darwina nak datang rumah korang sebab nak tolong jaga Aunty Ellyna, korang pula tak balik.. and then masa Aunty Karina nak pergi tandas dia rasa sakit kepala tapi taklah sakit kepala sangat, sakit biasa-biasa je.. tanpa dia sedar dia terpicak benda sampai dia jatuh tandas" panjang lebar Sufiah bercerita.
Amymas dah macam nak menangis mendengar cerita itu. Mereka tidak pernah mengabaikan mama mereka sampai mama mereka sakit, ini adalah kali pertama! Kalau mama tak tipu kitorang pasal arwah papa mesti semua ni tak jadi.
"Aunty Karina jatuh tandas lepastu kaki dia bengkak sebab terseliuh. Dia sakit kaki je masa tu dan disebabkan kaki dia yang bengkak tu, dia bertambah demam pula.. so Aunty Darwina kena jaga dioranglah.." sambung Sufiah.
Amymas hanya mendengar. Mereka nak dengar cerita daripada Sufiah dahulu barulah mereka masuk jumpa mama mereka.
"Lepastu, Aunty Darwina selalu sangat pergi rumah Aunty Rina dengan Aunty Lyna sebab nak jaga diorang. Nampak sangat diorang tu bersusah payah dari kecil sampai sekarang.." Sufiah senyum sendiri "Macam akak juga.. diorang rindukan akak tau, sebab akak tinggalkan diorang dalm keadaan akak tengah marah sebab tulah boleh sakit macam ni" kata Sufiah kepada Amymas.
"Tapi tulah.. taktahu macam mana boleh jadi.. suatu hari tu Aunty Darwina nak pergi rumah Aunty Karina sebab nak jaga dioranglah kan.. tapi tulah dia terpijak paku. Nak kata pakai kasut tu memang pakai tapi paku tu boleh tebus" cerita Sufiah lagi.
"Jadi.. kalau nak bandingkan diorang bertiga. Aunty Darwina yang agak teruklah.. sebab luka dekat kaki dia tak baik-baik. Aunty Darwina penyakut kencing manis tak ada pun tapi tulah.. luka tu taknak baik.. dahlah tak baik, bertambah pula dengan bengkak.." - Sufiah
"Jadi diorang ambil keputusan nak tinggal sekali untuk mudakan kerja diorang sara hidup diorang.. diorang memang tak suka susahkan sesiapa. Piah yang nak tolong jaga ni pun diorang suruh Piah balik sebab taknak menyusahkan Piah.." panjang lebar betul Sufiah bercerita kepada Amymas yang kelihatan sedih itu
YOU ARE READING
Miss TroubleMakers
FanfictionAmymas ! (Complete) Cerita ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan yang bernama Amymas. Kumpulan tersebut terdiri daripada empat orang iaitu Emysha, Emylia, Danisya dan Kaisara. Mereka berempat sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Mereka...