🌺 - Bab 127

157 14 1
                                    


Dalam masa yang sama, ada yang tengah memerhatikan Amymas dari jauh, mereka pergi ke rumah tersebut dan orang itu adalah Lucky Girls!

Lucky Girls langsung tidak mendengar arahan daripada Amymas malah mereka patah semula dan parking kereta agak jauh dari kereta Amymas. Baru Amyma tak nampak diorang.

Kalau Amymas nampak Lucky Girls mesti mereka akan kena halau orang Amymas. So, mereka datang semua dengan senyap-senyap. Mereka melihat apa yang dilakukan oleh Amymas dari tadi

Lucky Girls kelihatan sedang mengintip di celah-celah pokok yang berada beberapa meter sahaja dengan rumah Aminah. Lucky Girls pandang dengan teliti.

"Tak matang langsunglah diorang tu.." - Zatty

"Kau pun sama.." perli Lucy

"Aku punya risaulah diorang akan mengamuk tapi tak rupanya. Lagi cari nahas dengan geng sendiri ada lah.." bebel Sally pula.

"Bodoh betullah diorang ni.. jom balik!" Ajak Zatty dengan bengang "Ingat kan nak kena bunuh ke apa tapi tak jadi apa-apa pun.. tengok dekat rumah pun macam tak ada orang"

"Kita tunggu je.. aku nak jalan dekat kereta pun tak larat beb. Jauh betul parking kereta.." rungut Lucy sendiri

"Kaulah yang parking. Aku nak jalan datang sini pun dah nak patah tulang kaki aku ni.. larat lagi aku nak ke kolej.." Sally menjeling ke arah Lucy

"Dah tu kau nak diorang nampak kereta kita ke? Tak pasal-pasal kena halau fasa kedua" balas Lucy

"Taknak diorang nampak pun agak-agaklah kalau nak parking kereta sekali pun. Jauh gila, beb" Sally jeling "Nanti kalau nak balik, Aku dengan Zatty tunggu sini kau pergi ambil kereta" arah Sally

"Banyak hodoh muka kau! Kau ingat aku driver kau ke nak kena ambil hantar kau, macam kau bos?" Lucy jeling Sally dan juga Zatty kemudian dia kembali memandang Amymas "Kalau kau bayar aku sekali pun, belum tentu aku ni layak dengan kerja driver. Jatuhkan maruah keluarga aku je.. belajar pandai-pandai.. last-last kerja driver" bebel Lucy sendiri

"Salah kau lah! Kau ingat kita datang sini nak berjoging ke? Ada sukaneka dekat sini? Nak parking kereta pun agak-agaklah"

"Diam ah!" Suara jantan Lucy muncul

Mereka hanya menjeling Lucy. Kalau taknak Amymas nampak pun, kau parking kereta tu agak-agaklah, ni jatuh betul hampir 3 atau 4 kilometer lebih.. agaknya bisik hati Sally geram.




Danisya membulatkan mukanya dekat muka Emysha, Emysha berkerut
pelik melihat Danisya yang tiba-tiba sahaja menarik baju dia. Kena rasuk ke? Bisik hati Emysha.

"Aku tengah cakap dengan kau tau. Kau bisu eh?" Tanya Danisya geram, dan tidak sedar bahawa dia tengah mengatakan perkataan bisu.

"Pekak.. okey.. bukan bisu" tegur Emysha

"Hah? Aku cakap pekaklah, kau tu yang pekak! Kau pekak ke aku tengah bercakap dengan kau tadi?" Danisya mendekatkan mukanya dengan muka Emysha seperti mana dia buat dekat Emylia

"Arghh.. sembur bodoh!" Emysha lap mukanya dengan telapak tangan dia apabila terasa air liur Danisya merecik dimukanya dan dia kembali memandang ke arah Danisya yang sibuk mengenggam bajunya.

"Aku tak dengar pun kau tengah cakap dengan aku! Aku sibuk mengintip Aminah dengan Saleha lah, siot!"

"Kau tahu maki je kan? Kau ingat aku ni tengah bercakap dengan tiang ke? Ah? Kau fikirlah pakai otak kau! Aku bukan tiang bercakap dengan tiang!"

"Hey stupid!" Emysha katuk perlahan kepala Danisya dengan muka yang serius.

Terkejut dengan pukulan Emysha, genggaman terlepas dari baju Emysha, Danisya menyentuh kepalanya yang terasa sakit sedikit dengan pukul Emysha sebentar tadi

"Kau jangan buang masa boleh tak? Kalau minah dua ekor tu terlepas kau sendiri yang meroyan! Aku nak usya diorang.. kau membuli aku pula ah?" Marah Emysha

"Dah kau palau aku.."

"Dah aku tak dengar kau bersuara.."

"Dah kau buat-buat pekak memanglah tak dengar suara aku! Ha.. apahal kau? Ha? Ha? Apahal? Apahal? Nak gaduh?" Danisya tidak mahu mengalah lalu dia menolak sedikit tubuh Emysha sehingga dia ke belakang.

"Ish kau ni.." hilang sabar Emysha dibuatnya, lalu pipi Danisya terus ditampar. Kuat tidak, perlahan pun tidak.

Kelihatan Danisya terkejut dengan tindakkan Emysha sebentar tadi. Dia memegang pipinya, Emysha dipandang menggunakan ekor mata.

"Sampai hati kau.."

"Kau tu yang sampai hati! Sampai hati kau tolak aku yang lebih tua dari kau ni hah? Nak derhaka?" Marah Emysha sambil mecengkam pinggangnya.

Kalau ikutkan Danisya asyik kena tampar je dengan semua orang. Siapa suruh dia yang banyak bunyi dan banyak menyakitkan hati orang.

"Dahlah! Tak payah gaduh eh?.." Emylia menyabarkan kakaknya yang bermuka serius itu.

"Kau tahu tak? Kau tak layak sentuh pipi cantik aku.." Danisya ingin sahaja menangis apabila Emysha memukulnya tapi sempat lagi berlagak cantik.

Kaisara yang sibuk melihat rumah itu, berjalan sekeliling rumah tersebut. Sebaik sahaja dia sampai dipintu belakang rumah itu, dia mendapat cadangan untuk menangkap Aminah dan Saleha yang sengaja tidak mahu buka pintu tersebut.

Kaisara mendekati Emysha, Danisya dan Emylia yang sibuk membual itu. Korang boleh bersembang dan biarkan aku fikir sorang-sorang, kau fikir aku kuli batak kau ke? Bisik hati Kaisara dan dia menghampiri mereka dengan lebih dekat.

"Beb, aku ada idea. Apa kata kita masuk dalam rumah ni melalui pintu belakang dengan pintu depan?" Soal Kaisara.

"Pintu belakang ada? Srs lah.. Kenapa tak beritahu awal-awal? Daripada tunggu macam tunggul kayu dekat belakang ni, baik pakai pintu belakang. Jom!" Ajak Emylia, baru sahaja beberapa langkah, Kaisara menariknya semula.

"Kita kena guna dua pintu beb, dua orang pintu belakang. Dua orang lagi pintu depan sebab kalau Kita sama-sama guna pintu belakang, diorang akan lari ikut pintu depan" beritahu Kaisara dengan terlebih bijak.

"Boleh ke?"

"Boleh lah, pintu ni terkunci dari dalam dan kebetulan diorang dekat dalam.. diorang boleh buka lepastu pecut lari. Diorang lari kau yang merana nanti, diorang sengaja taknak buka pintu ni, confirm diorang nak lari.." balas Kaisara dengan senyuman.

"Oh.. okey.." - Emylia.

"Okey. Aku dengan Lia tunggu dekat sini. Kau dengan Sha pergi dekat belakang.. aku tunggu korang serang diorang dari pintu belakang.. Okey.." cadang Kaisara.

"Kejap-kejap kau cakap aku dengan siapa tadi? Ulang balik.." Danisya mendekatkan telinganya dengan Kaisara.

"Dengan Sha lerrr.. takkan dengan setan kut.." balas Kaisara

"Hey dey! Aku lebih rela dengan setan daripada dengan dia.. kau tahu tak? Dia baru je lempang aku tadi.. syakitt.." beritahu Danisya sampai menyentuh pipinya.

"Kenapa?" Kaisara sedikit pelik, Kaisara tidak nampak bahawa Emysha telah menamparnya kerana sibuk melihat rumah tersebut.

Tiba-tiba tangan Danisya ditarik..

"Eh.. apahal ni?"

"Dah tak payah banyak cakap.. jom!" Emysha menarik tangan Danisya menuju ke pintu belakang rumah tersebut.

Danisya membuat muka..














__________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now