Amymas mengejar mama mereka yang kelihatan sangat marah bersama dengan suara pujuk rayu tetapi kata-kata mereka diabaikan begitu sahaja. Mereka mengejar mama mereka sampai depan pintu masuk rumah.
"Mama! Maa.." panggil Emylia sampai mengejar mamanya.
"Korang ni melampau sangatlah! Kenapa nak kena cakap macam tu dekat Mak Tom? Biadab korang tahu tak?! Biadab!" Marah Darwina dengan nada yang bengang.
"Mak Tom yang mula dulu!" Emylia menjawab dengan suara agak sedih.
Mereka hampir sahaja ingin menangis apabila mama mereka memarahi mereka seperti itu dan tidak marah Mak Tom yang mulakan dulu. Sedih tetapi air mata tidak keluar lagi
"Kalau mak tom mula dulu, korang sabarlah! Tak payahlah nak melawan orang tua. Berdosa! Korang cakap mak Tom asyik buat dosa, korang pun sama je! Dah tahu kerja dia asyik bergosip, membawang tak payahlah layan dia!" Marah Darwina lagi.
"Mama kecewa bila korang terlalu biadab dengan orang tua, marah dia, tengking dia, maki dia, macam-macamlah! Takkan korang taktahu berdosa?" - Karina
"Kalau korang datang kampung sebab nak cari pasal dengan Mak Tom baik korang pergi balik rumah korang dekat bandar tu. Dulu tak suka balik kampungkan, sekarang datang sebab nak cari pasal je ke?!" Marah Ellyna dengan suara yang agak kuat.
"Korang berambus pergi balik rumah korang!" Halau Karina dengan kasar, tangan anaknya yang memegang dia itu ditepis kasar.
"Tak... kami datang nak jumpa mama! Nak berbaik dengan mama balik!" Hampir sahaja menangis Kaisara dibuatnya.
"Kalau korang nak berbaik dengan mama, korang buat apa yang mama suruh!! Bukan ingkar dengan apa yang mama suruh! Benda lain mama ajar, benda lain yang korang buat!" - Ellyna
"Mama suruh buat apa?" Emylia pelik
"Berubah!" Pantas Ellyna menjawab "Berubah, jangan nak cari masalah je, jangan cari pasal, jangan bergaduh terumatanya dengan orang yang lebih tua dari korang. Yang paling penting buang perangai Miss TroubleMakers korang tu!" Marah Ellyna dengan suara kuat.
Bagi diri mereka, mereka agak terkejut dengan permintaan mama mereka. Perangai itu sudah terbiasa dengan mereka, macam mana mereka nak buat tabiat itu macam tu je? Memang susahlah.
"Mama.." Emysha memanggil mamanya.
"Kalau korang tak boleh buat apa yang mama suruh! Korang pergi dari sini, jangan ganggu kami dah. Tak sanggup kami, orang mengata ada anak yang biadab!" Tengking Darwina.
Muka yang amat sedih muncul tiba-tiba apabila mereka ditengking, terkejut juga mendengar suara tengkingan mama mereka. Selama ini mama mana pernah tengking mereka, paling teruk pun tegur sahaja.
"Mesti dekat bandar tu, korang ada tengking orang tua juga kan? Selain Tuan Malik?" Soal Darwina kasar.
"Korang tak tahu ke berdosa?" Soal Karina dengan wajah dan suara yang amat-amat kecewa.
Amymas hanya membuat muka sedih tanpa bersuara, memang rasa nak nangis apabila mama marah mereka seteruk itu.
"Korang rasa diri tu tak boleh berubah kan? Korang boleh pergi dari sini, sekarang pun tak apa. Mama tak suka bila ada anak yang biadab macam ni! Mama cakap elok-elok taknak dengar!" Marah Darwina lagi.
"Keluar. Korang rasa apa yang mama suruh ni cuma satu permainan sebab tu lah korang taknak dengar apa yang mama cakap. Mama larang, korang buat. Dah rasa diri tu bagus sangat, penuh dengan dosa je? Baik korang pergi dari sini.. berambus sekara..." belum habis Darwina berkata Emylia memotong terlebih dahulu.
YOU ARE READING
Miss TroubleMakers
FanfictionAmymas ! (Complete) Cerita ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan yang bernama Amymas. Kumpulan tersebut terdiri daripada empat orang iaitu Emysha, Emylia, Danisya dan Kaisara. Mereka berempat sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Mereka...