🌺 - Bab 107

182 15 2
                                    

Emylia dan Kaisara yang berada di dalam kelas itu, tidak habis-habis memandang ke arah pintu apabila Danisya tidak muncul-muncul lagi. Emysha pula hanya duduk dengan tenang dan tidak kalut sangat seperti rakannya.

Emylia dan Kaisara berbisik sambil memandang ke arah pintu tetapi cara mereka berbisik itu seperti tidak berbisik kerana Daniel masih boleh mendengar suara mereka. Emylia dan Kaisara tidak perasan yang Daniel tengah memerhati kerana mata sibuk kelihatan ke arah pintu.

Senang kata mereka tidak berbisik. Dewan itu besar, Daniel yang boleh tahan jauh itu pun boleh dengar apa yang mereka bualkan, pekak sangat ke nak kena cakap kuat-kuat?. Dari pertama kali kenal Amymas , gaya sahaja seperti berbisik tetapi suara kuat kalah lelaki.

"Wey.. lama gila Danisya pergi tandas" rungut Kaisara sambil menggoncangkan bahu Emylia dan juga Emysha. Diwajahnya jelas yang Kaisara risau akan sahabatnya.

"Tulah.. dia berak batu ke? Kesian Danisya lama-lama dalam tandas. Kena ditemani setan pula" balas Emylia sambil mengambil tisu lap mukanya yang kononnya menangis.

"Kau jangan nangis beb. Kita berdoalah yang Danisya selamat dekat tandas tu okey.." pujuk Kaisara kepada Emylia yang sibuk membersihkan air mata walaupun setitis pun tak turun.

"Kau pun kena bertabah tau.."

Daniel yang tengah memerhatikan mereka itu seperti mahu cekek sahaja tekak mereka tetapi dia tidaklah keterlaluan. Daniel hanya mahu menggeleng kepala sahaja. Over betulah.. pergi tandas je pun.

"Emylia! Kaisara!" Tengking Daniel bengang.

Emylia dan Kaisara agak terkejut dengan suara Daniel yang menengking mereka itu, disebabkan Kaisara hanya duduk dua kaki kerusi sahaja, Kaisara terjatuh dari kerusi. Kaisara tertarik baju Emylia sehingga Emylia juga jatuh, Emysha terkejut apabila melihat mereka jatuh. Pecah ketawa satu kelas.

Kaisara yang tersepit dicelah kerusi itu mengadu sakit sambil menarik kaki sendiri. Emylia bangun duduk seperti biasa dan turut mengadu sakit. Emylia berasa bengang, dengan pantas dia bangun berdiri. Kerusi yang berbalik hanya dibiarkan.

"Encik Daniel kenapa?!" Emylia bertanya dengan suara yang agak kuat, hati terasa panas. "Tak rasa bersalah langsungkan dah bagi kitorang jatuh? Kenapa?"

"Awak tu yang kenapa? Saya tengah mengajar. Awak pergi pandang tempat lain kenapa? Nak ajak pintu tu kawin ke?" Marah Daniel dengan suara yang tegas.

Semua pelajar yang dengar Daniel marah Amymas hanya menahan ketawa. Melihat cara Emylia dan Kaisara mengelabah itu pun dah buat semua pelajar nak tergelak kerana mereka tahu Amymas bakal kena marah dengan Daniel.

"Encik Daniel.. Danisyaaa.."

"Kenapa dengan dia?"

"Kenapa dengan dia apa? Nampak tak dia tak balik kelas lagi ah? Buta? Dah 2 hari ni Encik Daniel. Dia pergi tandas sorang-sorang, saya nak teman tak bagi. Kalau jadi apa-apa dekat Dia saya saman Encik Daniel" tegas suara Emylia berkata.

"Awak nak risau apanye? 30 minit pun tak sampai lagi. Mana tahu dia sakit perut ke.. sebab tulah dia lama"

"Encik Daniel! Danisya tak pernah pergi tandas selama 30 minit tau.. lama sangat tu."

Daniel sedikit pelik..

"Tak pernah pergi selama 30 minit? Saya tak faham. Maksud awak.. korang semua ni tak pernah pergi tandas lebih dari 30 minit ke?" Soal Daniel

"Yelah. Buat apa pergi tandas lama-lama selain berkawan dengan syaiton huh? Saya ni tahu agamalah"

"Wait.. so selama ni awak pergi tandas selama 2 jam tu apa benda huh, berkaroeke? Awak nak kata yang awak pergi merayau selama 2 jam ke sebelum masuk kelas semula?"

"Tu kalau pergi sekali lah.." Emylia tidak perasan dengan soalan yang ditanya oleh Daniel. Dia hanya tahu memandang pintu dengan wajah yang risau sahaja.

"Ouh.. okey.. okey.. so.. lepas ni saya tak boleh bagi awak pergi berkumpulan lah ni? Saya kena bagi awak keluar solo, macam tu ke?"

Emylia dan Kaisara memandang Daniel tajam. Muka mereka kelihatan serius sahaja.

"Saya cakap pasal Danisya tahu tak sekarang ni? Apa kena mengena dengan lagu Solo Jennie Blackpink ah? Apa masalah Encik Daniel?"

Daniel membulatkan biji matanya. Sah pekak budak ni, aku macam nak lempang je diorang.. Sabar.. sabar. Kau kena ingat Daniel, diorang dah berunah. Walaupun bagi kau diorang still sama..

"Malaslah nak cakap dengan Encik Daniel ni. Sha, Kai.. jom pergi cari Nisya.." Emylia ingin menuju ke arah pintu keluar..

"Hey.. siapa izin kan aw.." belum habis Daniel bersuara, Emylia memotong kata-katanya.

"Danisya tak pernah pergi tandas sorang-sorang dari fisrtday masuk kolej ni tau. Dahlah tandas jauh dekat Amerika tu.. kalau jadi apa-apa siap Lu.. wa kerja kan" ugut Emylia dengan menunjukkan muka hodohnya

Emysha dan Kaisara hanya mengikut dari belakang. Kaisara sempat lagi melabai ke arah Daniel dengan mengenyit mata.

"Sayang sangat ke dekat kawan sendiri sampai macam ni sekali perangai? Dulu pasal Kaisara. Jangan jadi macam diorang buat dekat Rayyan tu sudah.." kata Daniel kepada diri sendiri.

Daniel memandang semua pelajar

"Kelas.. awak semua buatlah kerja yang saya bagi tadi. Saya nak keluar kejap.." beritahu Daniel sambil senyum kepada pelajar yang ramai itu.

Semua pelajar hanya mengangguk kepala dan mereka tahu yang Daniel ingin mengikut Amymas pergi cari si Danisya itu. Over betullah Amymas ni.. benda kecil pun nak kecoh.










___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now