Malik membuka rakaman cctv, dia membuka rakaman beberapa minggunya lepas. Dulu tidak dapat buka dan tidak dapat tengok siapa yang telah prank dia kerana cctv dan komputer rosak. Kini telah pun berjaya dibaiki.
Malik makin hilang sabar apabila dia tidak habis terkena dengan permainan yang telah pelajar lakukan kepadanya. Badan dia yang tua itu pun bertambah sakit apabila tidak habis terkena dengan prank pelajar.
Sebelum bertindak, dia dah chek kawasan, makanan, minuman tetapi tetap kena juga prank mereka. Nampak sangat pelajar ini sangat licik dan susah nak cari. Ramai yang syak Amymas dan Lucky Girls tetapi pensyarah tiada bukti yang kukuh.
Kini mereka bercadang ingin membuka rakaman cctv. Bahagian file dibuka, video beberapa minggu yang lalu dibuka dan mereka memerhatikan video tersebut dengan teliti.
Malik dan Puan Choung agak terkejut apabila kata-kata pelajar semuanya betul dan mereka syak Amymas dan Lucky Girls. Memang betul pun mereka yang buat. Malik kelihatan marah apabila melihat video tersebut.
Amymas dan Lucky Girls memandang Malik dan Daniel yang berada di hadapan mereka sambil mencengkam pinggang itu. Amymas dan Lucky Girls menjeling Malik yang berlagak bagus itu sambil memeluk tubuh.
"Dengan bukti yang cctv dah tunjuk ni, kamu masih taknak mengaku salah kamu?! Kamu nak saya report dekat mama kamu ke?" Marah Malik.
"Apalah nasib kita kan geng. Semalam kena marah dengan pakcik Daniel. Hari ni kena marah dengan Tuan Malik botak tengah pula.. werkk!" Emylia membuat gaya seperti kanak-kanak teriak.
"Kamu jangan nak cari pasal yaa Amymas! Kamu ingat saya main-main ke?! Kenapa kamu buat saya macam tu? Biadab tahu tak? Saya dah tua, tolonglah hormat sikit saya ni!" Marah Malik tegas.
"Tu lah Lucky Girls dan kata.." Lucky Girls memandang Danisya apabila dia menyebut nama group mereka "Itu adalah rezeki tuan. Dari dulu lagi saya dah kata yang tu rezeki tuan, apasal tuan susah nak faham ah? Pekak ke?" Sambung Danisya.
Emylia sedikit pelik, kenapa rezeki Tuan Malik pula? Apa yang Malik dah buat. Emylia memandang Danisya, taktahu kenapa Emylia tiba-tiba sahaja blur.
"Kenapa rezeki Tuan Malik?" Soal Emylia pelik.
"Yelah.. dia punya rezeki" jawab Danisya.
Mereka berbual dihadapan Daniel dan Malik termasuklah Lucky Girls.
"Kenapa?" Ulang Emylia bendul.
"Kau ni bodoh lah. Rezeki lah kut. Kitakan nak kenakan Daniel tapi Tuan Malik yang dapat bala semua tu. Daniel dari dulu sampai sekarang tak kena apa-apa. Tu lah.. hero malaya tua" balas Danisya, suaranya agak kuat. "Lucky Girls pun sama"
Danisya tidak sedar yang dia bercakap dihadapan Malik termasuk Daniel.
Daniel yang dengar itu terkejut, Malik juga terkejut. Mereka memandang Amymas saling berganti, nak kenakan aku tapi Malik yang kena bisik hati Daniel geram, rasa nak marah dan macam-macam.
"Hoi! Awak bertujuh ni memang nak dibuang kolej ke?! Kenapa biadab sangat ah? Saya dan pensyarah lain dah lama bersabar dengan awak semua ni tahu tak?! Awak ni dah buat saya jadi marah dan rasa macam nak belasah awak je!" Tengking Malik kuat.
Disebabkan tengkingan Malik itu semua terkejut termasuklah Malik. Daniel dah tak bersuara, tetapi Lucky Girls dan Amymas sakit hati, boleh pekak telinga diorang dibuatnya.
"Hoi! jangan nak tengking boleh tak?! Kau tu dah tua, buatlah cara orang tua, ni nak menjerit macam kau tu muda lagi apahal? Kalau kau mati tiba-tiba macam mana? Ah?" Danisya membalas balik tanpa rasa dirinya biadab pun.
YOU ARE READING
Miss TroubleMakers
Fiksi PenggemarAmymas ! (Complete) Cerita ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan yang bernama Amymas. Kumpulan tersebut terdiri daripada empat orang iaitu Emysha, Emylia, Danisya dan Kaisara. Mereka berempat sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Mereka...