Seminggu kemudian..Amymas aman apabila Mak Tom sudah pulang ke rumah mereka sendiri, Sufiah pula dapat sambung belajar, mybe sebab mereka tak ambil tahu langsung.
Amymas duduk diluar rumah untuk menghilangkan stress yang teramat. Kenapa ramai sangat yang susah nak sokong apa yang mereka buat? Lucky Girls pun tidak sokong apa yang mereka buat minggu lepas.
Mereka memandang ke arah kereta yang tiba-tiba sahaja muncul dihalaman rumah mereka itu terus mereka menuju ke pintu pagar tersebut.
Muka menjadi meluat apabila melihat Daniel, bersama Faizal datang ke rumah mereka. Kalau halau nanti kata biadab pula.. jadi Amymas membuka pagar tersebut dan menyuruh mereka duduk di meja luar.
"Assalammualaikum"
"Wa'ailaikummuasalam!" Jawab mereka serentak dengan kasar sekali tanpa memandang kedua-dua wajah jejaka tersebut.
"Korang buat apa datang sini?"
"Seminggu awak tak datang kolej. Awak lupa ke apa yang mama awak nak dekat awak?"
Amymas diam sambil memandang tempat lain.
"Diorang taknak awak pontengkan? Awak tak ada sakit mana-mana pun.." Daniel memandang Amymas.
"Guys! Korang ada dengar suara tak?" Soal Danisya selamba.
Daniel menggeleng. Dah buat dah perangai mula-mula mereka berjumpa dengan Daniel. Buat macam dia tak wujud di situ.
"Aku tak dengar apa-apa pun.. kau rasa patut tak kita masuk tidur?" Balas Emylia dan tanya kepada Danisya kembali.
"Korang ni.. daripada tak pekak, jadi pekak tiba-tiba macam mana? Suka sangat buat-buat tak dengar.." tegur Faizal kepada Amymas.
"Eh...dengar macam suara lain pula. Kau ada nampak sesiapa ke?" Danisya memandang sekeliling.
"Awak masih marah lagi ke pasal minggu lepas?" Soal Daniel tiba-tiba.
Amymas diam, buat-buat pekak
"Kenapa dah lama awak tak balik kampung? Awak tak ambil tahu langsungkan pasal mama awak dekat kampung tu?" Kali ini suara Daniel agak tegas.
Amymas masih buat taktau.
"Saya rasa yang awak semua ni sangat manja dengan mama awak sendiri tapi kenapa hal kecil macam ni pun awak nak kena biarkan mama awak dekat kampung sendiri?" Soal Daniel Tegas, mata tak berkelip memandang Amymas.
"Korang please lah balik jumpa mama korang tu. Macam-macam dapat dari mama korang tapi mama korang, korang abaikan macam diorang tak wujud kepada? Tak ambil tahu langsung apa yang mama buat dekat kampung.." - Faizal
"Dia tipu kitorang.." - Kaisara
"Awak tak balik sebab awak masih marahkan mama awak tipu awak pasal benda dah lama selesai? Dia kan kata dia tipu untuk kebaikan awak, hari nasib baik saya sempat datang, kalau tidak dah lama ajal awak panggil awak.." marah Daniel.
"Yang pakcik nak marah kitorang kenapa? Saya dah kata yang saya taknak pakcik masuk campur hal kitorangkan? Pergi balik sekarang!" Halau Danisya tegas.
"Saya datang sini sebab nak beritahu awak yang mama awak sakit. Pergilah balik jumpa dia, mama awak sakit, awak semua enjoy dekat sini. Derhaka namanya.. berdosa" tegur Daniel kalinini lembut sedikit bahasa dia.
"Sakit? Hahaha.. kelakarnye. Mama mesti menipu lagi tu.. yelah selama ni nak dekat setahun kitorang tak balik, sihat je.. kenapa kali nak nak kena sakit pula? Baru 2 bulan lebih, tak sampai 3 bulan lagi.." beritahu Danisya dengan senyuman.
YOU ARE READING
Miss TroubleMakers
FanfictionAmymas ! (Complete) Cerita ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan yang bernama Amymas. Kumpulan tersebut terdiri daripada empat orang iaitu Emysha, Emylia, Danisya dan Kaisara. Mereka berempat sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Mereka...