🌺 - Bab 57

255 22 1
                                    

Amymas mengikuti Daniel secara senyap senyap, entah lah Daniel nak ke mana tapi mereka tidak kisah langsung membiarkan mama mereka membeli barang sendiri dan troli mereka juga dibiarkan macam tu sahaja.

Mereka nampak Daniel berhenti berjalan kerana Daniel rasa seperti ada seseorang ikut dia dalam diam. Daniel menoleh belakang, nasib baik Amymas perasan dan mereka menarik seseorang lelaki yang tidak dikenali secara biadab. Lelaki tua pula tu, untuk keselamat, mereka berpura-pura berbual.

"Uncle, uncle apo khabor?" Soal Emylia sambil ekor mata tengah menjeling ke arah Daniel.

"Saya sihat, alhamdullilah" beritahu Kaisara senyum, tak tanya pun.

Mereka nampak Daniel meneruskan perjalanannya. Mereka memberitahu 'Terima Kasih Kerana Menyelamatkan Kami', itu sahaja dan mereka terus pergi dari situ. Lelaki tua itu pelik.

"Kenapa dengan diorang? Hilang mak kut" lelaki itu membuat andaian sendiri, dia juga turut pergi dari situ.

Jalan mereka dihalang oleh beberapa sekempulan family, memang ramai, rasa macam pergi rombongan 10 bas pun ada. Mereka terus menyambung mencari Daniel, Daniel menuju ke arah tandas.

Masuk tandas rupanye, mereka teruskan menunggu Daniel. Tetapi Daniel terlalu lama di dalam tandas tersebut. Mereka bersembunyi di belakang dinding yang ada di kawasan itu, berbual sehingga tidak melihat pada pintu tandas itu. Malah mereka memandang satu sama lain.

"Bapak ahh! Lama gila dia dalam tandas" kata Emylia, kaki sudah penat berdiri lama.

"Dah 5 jam kita tunggu ni, kencing apa sampai 5 jam wey? Kalau aku, paling lama pun 10 jam. Masalahnya dia ni dah 5 jam!" Kata Danisya pula, padahal baru 3 minit menunggu.

"10 jam dengan 5 jam? 5 jam lagi teruk. Dia berak ke buang air besar?" Tanya Emylia pelik, berak dengan buang air besar bukan sama ke?

"Berak kut sebab tu lama tu" jawab Danisya.

"Nak ikut juga ke?" Tanya Kaisara.

"Kenalah ikut" kata Emysha tetiba.

"Haa.. orang tak banyak cakap macam Sha ni lebih bijak dari kau yang ramai orang minat ni" perli Emylia "Mestilah kena ikut dia. Kita nak pastikan dia stalk kita ke tak, pelik macam mana dia boleh ada dekat mana kita ada"

Selepas bersembang, mereka mula mengintai semula ke arah tandas lelaki itu, tunggu pakcik Daniel keluar tapi orang lain yang keluar. Lama juga mereka tunggu, ini baru 8 minit menunggu.

Sambil mengintai sambil itu mereka tertanya tanya mana pula si Daniel ini. Lambat betul dia keluar, berak batu ke punya lama macam ni? Amymas masih lagi mengintai.

Mereka ada mendengar tapak kasut datang dari belakang mereka tetapi mereka tidak ambil tahu. Dalam masa yang masa ada orang menegur mereka dari belakang.

"Assalammualaikum" tegur suara itu.

Amymas sedar akan teguran itu tetapi mata masih tidak lepas pandang ke arah tandas lelaki itu semua kerana tidak mahu Daniel terlepas.

"Ish! Sapa ni, waslm! Pergilah jangan kacau!" Kasar Danisya menghalau pemilik suara tersebut.

"Korang buat apa ni?" Tanpa peduli dengan Danisya punya halau tu.. dia bertanya lagi.

"Ada lah! Jangan sibuk boleh tak? Berambus!" Balas Danisya lagi.

"Jangan lah halau saya, sekurang kurangnya beritahulah apa yang awak buat ni? Mana tahu kita boleh jadi kawan"

"Amymas tak suka berkawan dengan orang tak kenal"

"Kenapa?"

"Bahaya"

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now