Daniel memandang ketujuh-tujuh gadis muda yang tak matang berdiri dihadapannya dengan wajah yang tak bersalah. Lucky Girls boleh terima lagi diorang buat muka macam minta penampar tapi yang Amymas ni rasa macam nak tampar terus aja..
"Apa yang awak letak dekat air tu sebenarnya, Emysha?" Tanya Daniel melihat muka selamba Emysha.
"Saya tak letak apa-apa pun" balas Emysha jujurlah kononnye.
"Jangan nak tipu kalau dah diorang tiga ni muntah balik air tu, cakap tak sedap mestilah awak ada letak something dekat dalam air tu" Daniel menunjuk air yang diletakkan di atas meja itu.
"Saya dah cakap saya tak letak apa-apa. Pergilah tanya makcik kantin tu dia letak apa dekat dalam air tu" Emysha sudah menyalahkan makcik kantin, padahal dia yang suruh.
"Sakit hati betul aku cakap dengan diorang ni. Kalau adik aku, dah lama aku teranjang" rungut Daniel perlahan.
"Mestilah awak ada suruh dia letak something. Makcik kantin tak akan buat air yang tak sedap dekat pelanggan dia. Fikirlah sikit pakai otak"
"Kitorang bukan pelanggan dia. Kitorang hantu yang dilanggan.. cewahhh!" Kata Emysha tiba-tiba sambil senyum.
"Hantu dilanggan untuk mengenakan orang.." sambung Emylia.
"Mengenakan orang adalah hobinya" sambung Emysha semula.
"Hobinya adalah menyusahkan sesiapa yang menyakitkan hati si hantu tersebut" sambung Danisya pula.
"Si hantu tersebut akan balas dendam kepada sesiapa yang menganggu dan cari pasal dengan dia" Kaisara senyum sambil sambung cerita tersebut.
"Pandai betul lah kita, continue.. continue story kan.. ushh.. boleh jadi bintang terkenal ni" balas Danisya.
"Heyyy! Continue continue story kelapa jadah korang. Sekrang ni, Encik Daniel bin taktahu! Kenapa kitorang kena sekali?!" Tanya Lucy bengang.
"Saya lupa pula pasal korang. Saya nak tanylah. Kenapa korang nak kena sembur dekat baju saya? Bukan luas lagi kawasan lain. Bertompok-tompok hitam yang jijik ni siapa nak basuh? Awak ke?" Tanya Daniel tenang.
Mereka semua melihat Lucy secara spontan. Lucy yang sembur dekat Daniel bukan sally, Zatty atau Amymas, bab sembur semua ni mesti minah gedik.
"Kenapa tengok saya? Bukan salah saya. Air tu yang tak sedap. Tanyalah diorang ni letak apa dekat air tu" kata Lucy dengan tenang.
"Kenapa setiap kali diorang buat masalah kitorang kena sekali? Yang gam tu, kitorang kena berdiri lama-lama juga. Yang air tumpah dekat pensyarah tua bangka tu, kami kena tolak markah juga. Kali ni, kena juga?" Rungut si Sally.
"Heyy.. hey.. hey..!"
"Tak payah hey hey sangat lah! Cakap jelah!" Potong Sally dengan tegas.
"Kau ada bukti ke kitorang buat?!" Tanya Emylia pura-pura bengang.
"Dekat mata aku ni korang je yang jahat. Semua benda, aku boleh cakap korang buat sebab apa? Sebab we're the enemy" balas Sally selamba.
"Korang tak payah nak perang mulut dekat sini lah. Kalau saya dah hilang sabar saya akan call parents korang!" Kata Daniel tegas, dia pergi ke arah makcik kantin.
"Nak saya bayar, nasi dengan air tu bagi jelah dekat sapa-sapa, saya tak ada mood nak makan" dia letak duit itu dekat atas meja kantin dan terus dia pergi dari situ selepas jeling ketujuh-tujuh gadis tu.
Amymas mengeluh lega, blah juga di pakcik tua ni! Ehem.. Lucky Girls dipandang pula, diorang ni tak terasa nak blah ke?
"Hey! Aku nak tanya kau, apa yang kau letak dekat air tu?" Tanya Zatty.
"Aku suruh makcik kantin letak air kencing dia!" Balas Emysha selamba.
"What the heck?!! Air kencing? Kau jangan nak kencing aku lah, Sha!" Jerit Zatty bengang, adakah dia dah minum najis? Gelinyee..
"Kan aku cakap, kencing makcik kantin bukan kencing aku lah!"
"Ah.. masa korang tak datang semalam kan. Encik Daniel tu ada datang dekat kitorang, dia tanya pasal korang. Nampak macam risaukan korang tapi tulah.. boleh korang kenakan dia tanpa rasa bersalahkan?" Sambung Zatty.
"Terkena pun tak" kata Danisya perlahan, semua plan mereka mesti akan terkena dekat orang lain.
"Kau cakap apa kat dia? Kau jangan nak buat cerita yang bukan-bukan. Kau cakap apa?"
Tak suka Amymas bila Lucky Girls cakap benda tak ada kena mengena dekat diri mereka diceritakan oleh Lucky Girls. Itu semua fitnah!
"Aku ada lah beritahu dia yang korang ni baik, selalu pergi masjid, selalu tolong orang, suka bersedekah dan macam-macam lagilah" balas Lucy pula.
"Yelah. Korangkan seribu kali ganda baikkan?" Bidas si Sally pula.
"Hello! Sejuta kali ganda lebih baik okey. Thanks ahh selalu cakap aku pergi masjid" berlagak suara si Danisya menegur.
Juling biji mata Lucky Girls mendengarnya kata kata Danisya. Lucky Girls pergi dari situ dengan keadaan bengang tapi diorang suka juga sebab dapat ludah dekat Amymas. Nak kenakan orang, diri sendiri terkena.
___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉
YOU ARE READING
Miss TroubleMakers
FanfictionAmymas ! (Complete) Cerita ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan yang bernama Amymas. Kumpulan tersebut terdiri daripada empat orang iaitu Emysha, Emylia, Danisya dan Kaisara. Mereka berempat sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Mereka...